Jumat, 11 Desember 2015

AKU.

Yang kaulihat di dalam cermin itu bukan AKU, tetapi itulah RuhKU. 
Jangan kaukatakan bahwa ketika kau melihat RuhKu, 
kau telah melihat AKU dan sekaligus mengenal AKU. 
Sebenarnya kau telahpun terpedaya dengan persangkaanmu sendiri, 
kau tidak boleh melihat AKU dan bukan kau yang mengenal AKU. 
Yang melihat AKU itu adalah AKU, yang mengenal AKU itu adalah AKU juga. 
Tidak ada aku-KU atau aku-MU, itu hanyalah ceritamu sahaja. A
KU adalah AKU, tidak ada selain AKU, AKU Yang Awwal, AKU juga Yang Akhir. 
AKU Yang Bathin dan AKU juga Yang Zahir.

Berhati-hatilah tentang ucapan dua kalimah syahadahmu “Asyhadu – Wa asyhadu”. Pastikan di situ dalam penyaksian kau tidak menduakan AKU. 
Pastikan di situ tidak ada wujudmu. Pastikan di situ ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH itu bukan dua wujud yang berlainan dan berasingan. 
Rasul itu adalah dari AKU juga yang KUutuskan untuk menyatakan AKU. 
Tanggalkan huruf MIM awal, barulah tampak dalam Haqiqat Muhammad itulah HAMID. FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID – SESUNGGUHNYA DI DALAM ALAM INILAH YANG MAHA TERPUJI LAGI MAHA MULIA. 
Seluruh WujudKU terkandung di dalam MUHAMMAD RASULULLAH.

Di peringkat kau melihat RuhKU, kau baru saja melepasi samudera 30 ribu hijab. 
Antara RuhKU dengan AKU masih terbatas 40 ribu hijab lagi, kesemuanya 70 ribu hijab. AKU menzahirkan RuhKU itu agar kau dapat menghadap kepada AKU ke mana sahaja kau berpaling. 

Ingatlah RuhKU itu bukan AKU, itulah hanyalah BAYANGANKU. 
Usahlah kau mendakwa telah mengenal dirimu lalu mengenal AKU 
ketika kau melihat RuhKU. 

Tidak ada dirimu sendiri. 
Kau sekadar bayangan ombak dari sebuah lautan. 
Hadirnya kau hanya bersandar pada NAMAKU sahaja. 
Bagaimanakah kau hendak mengenal dirimu sedangkan dirimu sendiri sebenarnya tiada, apatah lagi hendak mengenal AKU? 
KUciptakan dirimu demi untuk menyatakan AKU sahaja, 
bukan menyatakan wujudmu. 
Jika kaukatakan kau telah mengenal dirimu, 
itu cuma persangkaanmu yang kau ada-adakan di dalam khayalan ceritamu sendiri. 

Tidak ada ceritamu kecuali ceritaKU tentang DIRIKU ANA AL-HAQQ! 

Justeru itu ‘Mengenal DIRI’ adalah ‘Mengenal AKU’.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar