ARTI MAKRIFAT.
Makrifat artinya mengenal Allah s.w.t pada :
Zat-Nya
Sifat-Nya
Asma-Nya
Afa’al-Nya.
Rasulullah awal-awal sekali sudah menegaskan bahwa
tugas kita manusia adalah mengenal Allah.
Seperti sabdaNya :
Artinya :
Awal hidup (agama) adalah dengan mengenal Allah s.w.t.
Dan firman Allah didalam al-Quran, Surat : Al Insyiqaaq ayat 6
Artinya:
Hai manusia,
jika sesungguhnya kamu telah berusaha
dengan sungguh-sungguh menuju tuhanmu,
maka pasti kamu akan menemuiNya.
Dan firman Allah lagi, surat : An Nabaa’ ayat 39
Artinya :
Maka barang siapa yang menghendaki
nescaya ia menempuh jalan kembali (mengenal) kepada Tuhannya.
Dan firman Allah selanjutnya. Surat : Al-Ankabut ayat 69
Artinya ;
Mereka yang berjuang pada jalan kami,
akan kami tunjukan jalannya kearah kami.
Dan sesungguhnya cara untuk mengenal Allah itu adalah
dengan cara kita mengenal diri kita sendiri.
Seperti firman Allah didalam hadis Qudsi.
Artinya :
Barang siapa yang mngenal dirinya maka kenallah tuhannya.
Dengan mengenal diri maka dapat mengenal tuhan.
kerana rahsia tuhan itu ditanggung oleh diri manusia.
Oleh kerana itu dapat dikatakan bahawa
mengenal tuhan itu hendaklah dengan mengenal diri sendiri.
Sesungguhnya jalan untuk mengenal diri adalah
dengan cara menjalani latihan tasauf melalui guru hakikat lagi mursyid.
Adapun yang dikatakan Iman, Islam, Tauhid, dan Makrifat itu
tidak boleh dipisah-pisahkan antara satu dengan lain kerana sesungguhnya :
Islam tanpa Iman itu kosong bagai sebiji padi yang tidak berisi.
Iman tanpa Tauhid itu tidak berguna seperti padi yang tidak menjadi beras.
Tauhid tanpa Makrifat itu tidak sempurna bagai beras tidak menjadi nasi.
Makrifat itu adalah landasan pada Islam itu sendiri.
Dan sesungguhnya
beriman tanpa tauhid juga tidak terpakai imannya,
karena tanpa tauhid, iman seseorang itu
bagai ilalang yang bergerak mengikuti arus angin
bila saja di tiup maka tumbanglah dia.
Disamping itu tauhid tanpa makrifat tidak sempurna,
kerana tauhid kepada sesuatu harus mengenal pada siapa yang ditauhidkan,
kalau menyerah diri kepada yang kita tidak kenal
sama saja kita ini buta dan tuli ( meraba tidak mengerti ).
Oleh kerana itu bila kita tauhid kepada Allah s.w.t.
maka harus pula kita mengenal Allah s.w.t.
Islam berkehendak Iman, Iman berkehendak Tauhid dan Tauhid Berkehendak Makrifat,.
Oleh kerana itu saudaraku jangan sekali-kali kamu pisahkan dirimu
dari sisi Islam, Iman, Tauhid, dan Makrifat,
jika kamu ingin mendapat keridhoan Allah s.w.t.
Dan untuk pemahaman lebih lanjut silahkan ditanyakan
kepada mereka-mereka yang hakiki dan makrifat lagi mursyid.
Saudara ku jangan biar kan pohon tauhid saudara ku kering layu
serta tumbang ketika puting beliong Sakaratul Maut Melanda
Tidak ada komentar:
Posting Komentar