SYARIAT > TAREKAT > HAKIKAT > MAKRIFAT.
SYARIAT dari segi bahasa ertinya 'hukum' @'undang-undang. Alam semesta ini tak terlepas daripada hukum. Hukum Alam (hukum adat). Kerana segala sesuatu itu memerlukan kpd peraturan utk kesejahteraan pentadbiran.
Maka,,insan juga tidak terkecuali dari peraturan bagi mentadbir kehidupan dengan sempurna.
Olih itu mereka memerlukan pada peraturan dalam hubungan dgn alam, sesama mereka dan yg pokoknya hubungan dengan Pencipta Segala Alam.
Justeru itu, materi hukum bagi manusia merangkumi beberapa displin ilmu ;-
Ilmu Fiqh, ilmu usol dan ilmu akhlak @ adab.
Dalam ertikata lain ;-
Islam, Iman, Ihsan.
Apakah tujuan hukum ?
Tujuannya mencari kebenaran.
Hukum dan undang-undang islam adalah bersumberkan Al-Quran, al-Sunnah, ijma& qias.
Melaksanakan peraturan dan ketentuannya tanpa menghayati maksud, tidaklah mencapai kesempurnaan, bak bidalan org dulu,
" Kulit tanpa isi "
TAREKAT dari segi bahasa ialah cara, jalan @'mazhab . Maka perlulah mengetahuinya supaya tidak sesat olih salik iaitu hamba yg menjalani perjalanan menuju Allah Taala.
Juga, jln @ cara itu merangkumi perbuatan @'amalan dari zahir dan batin, hal keadaan pada hati meniti maqam-maqam, yang mana keduanya bersangkutan dan cermin antara mereka,,namun cermin hati menjadi tujuan utama pada menyucikan dan mengisi dengan segala sifat mahmudah yg terpuji.
Dalam pada merentasi jalan menuju Ilahy yg hanya dicapai dgn mata-hati ( penampakan dengan perasaan / zauqi ) maka perlu mendahului aturan bagai peringkat ;-
Ilmu, muhasabah, mujahadah, muraqobah pada mengecapi musyahadah.
Seharusnya ada persiapan bagi melalui maqam-maqam hati agar tidak sesat mahupun terhenti dalam menuju fana mengetuk pintu baqa.
Maka timbullah berbagai mazhab tarekat yg dipelopori olih ahlinya iaitu al-arifbillah @ al-sufi yang telah mereka itu lalui mengikut cara tersendiri dalam mengecapi musyhadah.
Mereka menjadi petunjuk cara, petunjuk arah dalam memimpin murid yg mengambil mereka sebagai murobbi pada mencari makrifah sebenar, makrifah hakiki mengenal al-HAQ.
HAKIKAT dari segi bahasa ialah " kebenaran "
Kenyataan asal @ " yang sebenar-benarnya".
Maka, hakikat dalam kehidupan adalah perkara yg dicari & ditujui. Hakikat Alam dan Hakikat Diri insan itu sendiri saling berkait rapat dan pada bahasa klasik ada menyebut ;-
" Diri mencari sebenar diri "
Diri mencari jati dirinyang hakiki, maka jua seumpama pengertian ;-
" Jasad, Hati, Nyawa, Ruh "
Nafas, akal, nyawa & ruh, maka mencapai hakikat bukan hanya pada akal fikiran dan hati tapi memerlukan rasa jasmani dan rasa nurani yg penuh dgn cahaya dan anwar (nur) .
Nur diperlukan pada mengecapi kebenaran yang menjadi istana kebebasan & cinta kasih hakiki pada membinasakan diri iaitu "fana" dalam mengetuk pintu Ilahy memasuki maqam ' baqa-billah' memetik Rahsia-Rahsia Ladduni.
Ini juga dikatakan ;-
" Siapa yang mencari? & Siapa yang dicari ? "
Arifbillah memperkenalkan istilah Amrun Zauqi.
" Urusan perasaan yang paling dalam "
Yang menjadi rahsia yang terlepas dari segala iktibar dan isyarat, raqom @ lukisan, rasam @ gambaran dimana hati mengecapi rahsia perasaan yang tanpa huruf tanpa suara.
Maka mereka para arifbillah dgn rasa rendah hati berkata kepada diri mereka sendiri ;-
" Man Lam Yazuq Lam Yadri "
Siapa yg tidak merasa, nescaya tidak akan tahu.
MAKRIFAT dari perkataan 'arafa iaitu mengenal.
"MAN 'ARAFA NAFSAHU
FAQAD 'ARAFA RABBAHU"
Barangsiapa yang telah mengenal dirinya, sesungguhnya ia mengenal Tuhannya.
Sesungguhnya diri ini lemah, hina, jahil, faqir lagi fana, yang diciptakan dan memerlukan kepada keterusan (tajalli) dalam nikmat pemeliharaan dan pentadbiran bagi segala sesuatu utk diri yang terperi ini.
Maka inkisar-lah hati dan menangi kurnia Ilahy menharap baqa daripada Allah yang memeliki dan mentadbir segala alam langit dan bumi yg tiada satu zarrah yang gerak @ diam terlepas dari izin-Nya.
" La Haula wala Quata illa billah "
Tiada makhluk yg mencapai makrifahtullah yg sejati lagi hakiki melainkan...
" Hanya DIA yang kenal DIA "
Maka, Zun Nun al-Misri parnah berkata :
" 'ARAFTU RABBI BIRABBI "
Aku mengenal Tuhan-ku dengan Tuhan-ku jua.
Iaitu dengan nurNya, hidayahNya, Qudrat-Nya dan Iradah-Nya, semuanya bergantung harap,akan kurniaNya jua.
DIA mengenal diriNya pada sesiapa yg DIA kehendaki dan jika DIA ingin engkau mengenalNya maka DIA menemukan dgn waliNya utk memimpin dan menujukkan jalan &'cara supaya engkau tiada tersesat dan terhenti dalam maqam hati sehingga mencapai akhir tujuan pada suluk mereka itu.
Dan sebaik-baik petunjuk jalan kebenaran itu adalah junjungan kita Nabi Muhammad saw yg nur @'anwar Baginda mencerahi segala alam serta menjadi petunjuk arah kebenaran yg hakiki. Maka, tiada lain selain syariat yg dibawa beliau pada zahir dan batin, dengan zahir syariat dan batin syariat perlu bertepatan pada apa yg dibawa Baginda saw dan diteruskan olih sahabat, tabi'in, tabik tabi'in dan seterusnya bersambung hingga hari kiamat .
" TAMMAT "
Binasalah segala sesuatu selain Wajah Allah yang DIA adalah ....
" QADIM dulu QADIM kini dan
selamanya QADIM "
Tiada wujud yg hakiki selain DIA yang WAJIBUL WUJUD, senantiasa DIA itu BAQA.
Wujud yg Qadim lagi BAQA...
HUWA.
Assalamualaikum wbt
Tidak ada komentar:
Posting Komentar