HATI WANITA LEMBUT TAPI ADAKALANYA BOLIH JADI KERAS
SEPERTI BATU
Hati wanita itu kata orang keras-keras kerak nasi. Kena air sikit,
cair la... Tak dinafikan, wanita itu hatinya lembut, sensitif.
Sangat mengambil berat walaupun akan hal yang kecil. Hatinya mudah ditawan andai diberi lebih perhatian.
Namun, lembutnya hati wanita itu, teramat teguh pabila mencintai
seseorang. takkan berubah walau dihempas ombak tsunami sekalipun. Namun ia bak sekeping kaca yang nipis. Mudah sekali berderai jika dipermain insan yang dicintai. Pecahnya sekeping hati tidak mungkin
lagi dicantum kembali.
BILA HATINYA HANCUR
Hati wanita itu ibarat pohon yang tetap setia di tempatnya sehingga
keakhir hayatnya walau waktu terus-terusan berlalu, walau zaman telah berubah. Wanita itu sekali jatuh cinta ingin kekalnya selamanya.
Walau ada yang berkata, jangan mencintai 100%,
namun bagaimana mungkin diri ingin menghalang jika cinta telah diserah 120%? itu adalah satu kelemahan perasaan wanita kerana terlanjur cinta
dan ada juga segelintir wanita tidak setia dan ada juga wanita yang setia
jika dia beriman dan memiliki akhlak yang baik..
Hati wanita itu tak punya vitamin K yang bisa membentuk proses
pembekuan darah. Sekali ia terhiris, lukanya terus berdarah hingga
kering hatinya. Lalu, harus bagaimana hatinya ingin dibuka untuk insan
lain bila hatinya tandus bak padang sahara?
Sering diperkata, diam wanita itu bererti setuju. Namun bisu wanita itu maknanya tiada lagi sekeping hati padanya. Seluruh dunia ini dirasakan kosong tanpa apa yang dipanggil CINTA
Itu semua kata orang, namun Allah itu Maha mengetahui hati-hati hamba-Nya. Hati wanita yang lembut, sensitif, setia itu cukup kena akan fitrah wanita yang dicipta sebagai ciptaan yang sangat cantik,
seindah hiasan di dunia menjadi pendamping ar-rijal,
penyejuk mata sang zauji. Mampu merubah dunia melalui kelembutan
yang dimiliki. Ingatlah, sekali terjatuh, begitu payah untuk bangkit kembali, namun seorang wanita itu, hatinya kuat.
Mampu menenangkan orang di sekeliling walau hati terasa walang.
Tiada pengubat hati terbaik selain zikrullah dan tilawatul Qur'an.
Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta pada yang haq yakni Allah. Andainya tiada cinta di dunia ini untuk hati seorang wanita, maka ingatlah, Allah masih tetap setia MENCINTAImu. Rebutlah CINTA AGUNG itu,
mudah-mudahan Allah mengurniakan seseorang yang mencintaimu
kerana hatimu, bukan paras kecantikanmu, bukan juga hartamu.
Mencintai mu kerana akhlak dan iman mu
Muhasabah diri selalu like emotikon kiki emotikon
Tidak ada komentar:
Posting Komentar