HUBUNGAN ROH DENGAN ALLAH
Pernahkah anda terfikir siapakah "AKU" itu?
Pernahkah anda terbayang apakah "AKU" kita itu?
Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini.
Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH.
Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.
ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya.
ROH ini hidup dan tidak akan mati.
ROH inilah juga zat diri kita.
ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT.
Allah itu Maha Hidup.
Dia mempunyai sifat hidup.
Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.
ROH ini juga digelar "bayangan" Yang Maha Hidup itu.
ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang.
Yang Empunya Bayang itu ialah Allah dan ROH kita itu adalah "bayangan" Allah itu.
Demikian pendapat ahli-ahli Sufi.
Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satu pun yang seumpama denganNya.
Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan?
Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada?
Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya.
Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup.
Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin dan sebagainya.
Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin.
Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda-tandanya.
Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT.
Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda-tandaNya.
Tanda-tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini.
Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah "ayat".
Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.
ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat.
Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi.
ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja.
Seolah-olah makan minumnya "zikrullah" sahaja.
ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci.
Najis padanya ialah menyekutukan Allah.
ROH ini tersangat cinta kepada Allah SWT.
Ia memuja dan memuji Allah sentiasa.
Allah itu kekasihnya.
Cukuplah Allah itu baginya.
Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.
--- Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allah ---
=========================
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"
-- Surah Al-Isra; ayat 85
Tidak ada komentar:
Posting Komentar