Kamis, 18 Februari 2016

Phoenix Bangkit Dari Abu 

Phoenix Bangkit Dari Abu 
  
Bina jambatan menuju ke seberang 
Melangkah jurang lebar dan dalam 
Dengan darah dan keringat 
Dengan airmata berpegang pada taliNya 
  
Rapatkan saf semangatmu jangan goyah 
Kota yang telah roboh harus dibina semula 
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris 
Semua serangan yang datang kita tangkis 
  
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri 
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti 
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu 
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru) 
Phoenix bangkit 
  
Bina jambatan menuju keseberang 
Dengan darah keringat dan airmata oh... 
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan 
Dirindukan 
Demi cinta tiada lain demi cinta 

Lagu dan Lirik oleh M. Nasir 
© 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd.  
  



M Nasir adalah salah seorang penyanyi yang sangat saya minati. Minat saya bukan hanya kerana lagunya yang merdu tetapi liriknya yang bermutu tinggi dan meruntun perasaan. Album Phoenix Bangkit adalah album beliau yang saya rasakan terbaik pernah dihasilkan. Malah, bagi saya, Phoenix Bangkit adalah album Melayu terbaik yang pernah saya miliki. 
  
Bayangkan dalam album ini, M Nasir telah berbicara mengenai nasib  Masirah  di Palestine, lalu bercerita mengenai Rumi dan Mawlawinya, bercerita tentang Wak Dogo, bercerita tentang Ashabul-Kahfi dalam Sahabat Gua dan seperti biasa tak akan lupa menyelitkan lagu keroncong.  
Saya dapat merasakan yang M Nasir banyak membawa pengaruh penyair Rumi dalam lagu-lagu beliau. Kebanyakan lagunya membawa  mesej Cinta yang universal. 
  
Album ini sarat dengan nasihat, sindiran, teguran dan pengamatan yang tajam. Saya rasa album ini cukup kuat jiwa Melayu nya dan ini adalah cubaan berani M Nasir untuk menjejak susur galur dan kekuatan diri umat melayu.   

Lagu Phoenix Bangkit Dari Abu sangat berbekas pada saya.  Jiwa ini rasa tersentuh setiap kali mendengar lagu ini. Umat ini harus bangkit seperti legenda burung phoenix yang bangkit dari kematian yang panjang. Bangkitnya phoenix  dari abu dengan membina kekuatan baru. 
Saya akan terimbau tentang kegemilangan Melayu Melaka dan kegemilangan umat Islam di Adalusia bila mendengar lagu ini. 
  
Ya, kita pernah gemilang dan terbilang dulunya, dan tak mustahil kita kan kembali gemilang 
jika kita punya jiwa yang kuat dan bangkit bagai burung phoenix. dengan darah keringat dan airmata....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar