sadar
tak sadar
sadar diri
tak sadar diri
tak sadar-sadar
tak sadar-sadar diri
yang diri itu tetap sedang berada
berada di dalam bayang-bayang
bayang-bayang ketakutan
ketakutan dalam perjalanan
ketakutan dalam pelarian
ketakutan dalam kehidupan
ketakutan dalam kematian
ini semua ada kerana adanya
riak .. sombong
bongkak .. takabur
tamak .. haloba
yang sentiasa menghambat jalan
akibat kerana keakuan
akibat kerana prasangkaan
akibat kerana keduniaan
lupa
terlupa
dilupakan
akibat kerana kewujudan
kewujudan keakuan
minta pujian sesama insan
tak sadar-sadar
diciptakan Allah hanyalah untuk ujian
kesudahan sepatutnya membawa kerahmatan
wakil kepada makna sebenar kekhalifahan
tapi dalam perjalanan seharian
tak abis-abis membawa kerosakan
itulah kedurjanaan keakuan
akulah yang benar
akulah yang betul
akulah yang kuat
akulah yang hebat
akulah itu
akulah ini
semua tentang keakuan
tak sadar-sadar
selagi keakuan tak berhenti menyimpang
perangkap nafsu menunggu peluang
katanya berserah
katanya bersabar
katanya bertawakkal
katanya redha
sikit ujian sesak di dada
keluhan yang keluar sepanjang masa
nabi berpesan
kembalilah kepada islam yang benar
tiangnya ialah sholat
kemuncaknya ialah jihad
kunci semuanya ialah menjaga lidah
basahlah lidah dengan zikir
basahlah lidah dengan sebutan Allah
agar keislaman akan tegak sejahtera
agar keimanan akan tegak sempurna
agar keihsanan akan tegak sentiasa
lepaskan keakuan
lepaskan kedirian
lepaskan kerasaan
dengan cara dan jalan
seperti diperintahkan di dalam al-quran
lepaskan
lepaskan
lepaskan
agar pembuktian terjadi dengan sendiri
melalui cara dan jalan yang dilalui
lepaskan
lepaskan
lepaskan
agar ketuhanan bertajjali
tanpa keakuan merasai .....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar