Senin, 07 Desember 2015

AKU DALAM DIRI KU

Carilah dalam dirimu... 
Sungguh dirimu itu sendiri adalah kepunyaan Allah... 
Sentiasa ada dekat dengan diri mu... 
Kadangkala kamu tidak perasan @ belum sedar DIA 
yakni Allah sentiasa dekat dengan kamu... 
Kita mukmin yang dipilih Allah untuk berlindung di bawah cahaya-Nya...
Bila aku kenali Aku... 
Maka tiadalah aku... 
Lenyaplah aku... 
Sekiranya aku tahu diriku adalah Aku... 
Sudah pasti aku kembalikan rahsia aku kepada Aku... 
Maka carilah...??? 
aku dekat Aku.... aku dalam diriku...

Sesungguhnya Allah dalam mengenalkan diri-Nya melalui lidah n hati manusia... 
Maka DIA telah mentajallikan diri-Nya menjadi rahsia kepada diri manusia...

Sebagaiman diperkatakan dalam hadis Qudsi :
"AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU"

Maksudnya : 
'Manusia itu adalah rahsia-Ku n Aku adalah rahsia manusia itu sendiri'...

Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa 
mereka akur berTuhankan Allah semasa mereka di alam roh lagi... 
Ketika itu Allah belum lagi mencipta alam yang lain... 
Manusia yang dimaksudkan disini adalah tanpa jasad iaitu rohani 
yang lengkap nyawa, akal, nafsu n roh... 

Maka keempat2 inilah yang dikatakan manusia... 
Mereka apabila telah dicipta oleh Tuhan, 
maka ditempatkan di alam roh n disanalah mereka ini diambil saksi oleh pencipta-Nya dengan bertanyakan kepada mereka seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak2 Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,
 dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, 
(sambil Ia bertanya dengan firman-Nya)

- 'Bukankah Aku Tuhan kamu???'

Mereka semua menjawab :

'Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi'....
Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak...
- 'Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini..."

Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil 
sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah 
kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan 
ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad 
sebagai saksi atas perbuatan @ gerak geri ataupun ibadat mereka 
sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa 
anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri 
walaupun ia memberi alasan untuk membela diri...

"Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri... 
Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran...

Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama rohani itu 
tetap juga mahu berbohong kepada Allah 
sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam roh...

Apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam roh???
 Ikrar manusia ialah
apabila manusia berkata :
"Ana 'Aabduka Ibni 'Abduka La Ma'abud Ghoirika Illa Anta"

- (Aku hamba Kamu, 
anak2 hamba Kamu,
 aku tidak mengabdikan diriku melainkan kepada Kamu) 
yang membawa maksud
- "Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah..."

Ertinya di alam tersebut buat pertama kalinya kalimah ikrar itu di lafazkan iaitu
"LA ILLAHA ILLALLAH - MUHAMMADARRASULLULLAH..."

Maka sejak di alam roh lah juga manusia mengakui bahawa 
dirinya hamba kepada Tuhan 
ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya 
yang membawa maksud

- Lillahi Ta'ala...
Maka itulah maksud

- 'LA ILLAHA ILLALLAH'...
Kerana itu ada tegah n ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah

'Kullum Min 'Indillah'
- (Segala sesuatu itu datang dari Allah)...

Pada bab ini kita kena belajar qada' n qadar pula supaya tidak terkeliru...
Sebaik saja kita di ambil kesaksian, 
maka tinggallah kita di alam roh menunggu arahan daripada Allah 
bila kita dapat menjadi hamba kepada-Nya 
untuk menjalankan amanah La Illaha Illallah??? 

Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama 
yang Allah jadikan dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah Allah...

"Rasullullah bersabda dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman :
"LA ILLAHA ILLALLAH" adalah kalam-Ku... 
AKU lah yang kehendaki pada kalimah ALLAH... 

Barangsiapa yang berkata kalimah ini bererti ia telah masuk ke kota-Ku... 
Dan barangsiapa yang masuk ke kota-Ku, maka selamatlah ia dari siksaku..."

Ingatlah bahawa ilmu 'La Illaha Illallah' itu 
wajib di fahami dan di pelajari oleh semua manusia, 
tanpa memahami ilmu tersebut boleh menyebabkan seseorang itu 
menjadi kafir nafi dan kafir isbat....
-

Tidak ada komentar:

Posting Komentar