Selasa, 15 Desember 2015

KAF-HA'-YAA-'AIN-SOD - ILMU PENGUNCI.

SUARA KU
PESANAN TOKKU PALOH : 

MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU 
DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. 
JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU 
MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU 

BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. 
BERHIJRAHLAH, 
BELAYARLAH MENUJU TUHANMU 
KERANA KAULAH MELAYU
Saturday, August 21, 2010

KAF-HA'-YAA-'AIN-SOD

Terlintas untuk menulis tentang huruf-huruf ini 
setelah melihat ramai yang berminat mencari. 
Ramai yang mengetahui rahsia dan kegunaan nya. 
Didalam kitab-kitab diberi kelebihan dan cara mengamalkannya. 

Baca Kaf-Ha'-Yaa-'Ain-Sod,
digenggam nya tangan kanan,
dilemparkan penumbuk sambil membaca Kaffaitu. 
Begitu juga dengan penumbuk kiri, 
digenggam tangan kiri dengan membaca Ha-Miim-'Ain-Sin-Kof, 
dilempar penumbuk kiri dengan mengucapkan Hammaitu. 

Itu kegunaan nya yang disampaikan oleh Abah ketika aku belasan tahun. 
Didalam kitab pula, 
dengan amalan dan bacaan yang sama dilaku kan 
ketika hendak pergi berjumpa orang besar atau untuk pergi interview, 
insyaallah ianya 'bertindak' sebagai penunduk. 
Ayat ini juga digunakan untuk ilmu perang.

Sebenarnya tidak cukup dengan membaca huruf-huruf itu 
tanpa amalan yang boleh menyebatikannya dengan diri kita.
Dari sebati timbul nya yakin. 
Memang sukar untuk mendapatkan ayat ini. 
Akan aku tulis huraian dari huruf-huruf itu. 

Dikatakan oleh Abah, ayat-ayat huraian ini amalan Tokku Paloh. 
Ketika arwah nenek (sebelah Abah) aku Tengku Dalam (Ku Dayang) bt Tengku Embong Tuli masih hidup, pernah aku membaca didepannya,dan didapati banyak tempat dan tajwid yang salah. Malang ketika itu aku tidak mencatit dimana tempat yang salah.

Pesan aku, 
kepada yang ingin mengamalkan kan ayat-ayat ini, 
pergi, bertanya dan perbetulkan dulu ayat ini dari orang-orang tua yang arif 
dengan bacaan Al-Quran.

Bismillahirrahmanirrahiim

Kaf-Ha'-Yaa-'Ain-Sod

Kaf : 
Kamaa in anzalna huminassamaa i fakhtalatobihi nabaatul ar. 
Paasbaha hasiman tazru huriyyah. Ya haf koliza i.

Ha' : 
Huallah hullazi la ilaha illa huwal 'azi mulghaib. 
Wassahaadati warrahmanirrahim. Ya kapaslia i.

Yaa : 
Yaumal 'azi mipati izil kulub. Ladalhanaazi rokalzimi namalizzolimin. 
Namil hamimin wala shafie yuuto-'u naya darza i.

'Ain : 
'Alimat nafsomma ahdorot kala uqsimubil khomsijawa rilqunnas 
wallaili iza asaa'asa wassubhi iza tanappas. Ya waghrila iz.

Sod : 
Sood, Walquranizizikri balillazi nakafaru piizzati wasiqoh yada' sa' ya i tawakkaltu ya qoddam haazihil aatisharif ta'iinu alayya kodoo hawaa iji. Ajali Ajali AlWahab AlWahab assi'al bihaqqitaurat walinjil walzabur walfurqan warhurni warammiyyi nasromminallah wafathom koribon wabashiril mukminin.

Ha-Miim-'Ain-Sin-Qof


Huruf2 Nuranniyyah ialah 
huruf2 yg terdapat pada awal surah di dalam Al-Qur’an dan 
mengandungi berbagai khasiat/rahsia yg tdk terhingga banyaknya.

Kata Imam Ad-Dairaby ” kebanyakan ulama’ ahli hikmah berpendapat bahawa 
huruf-huruf Nuraniyyah ini mengandungi berbagai khasiat. 
Antara lain :
a) S. Abdurrahman bin ‘Auf ra bila ingin agar harta bendanya tdk hilang 
tentu beliau tuliskan huruf-huruf Nuraniyyah di atasnya.

b) Sebahagian salaf shalih jika tengah mengendarai kapal laut 
senatiasa membaca huruf2 Nuraniyyah erlebih dahlu, katanya ”
 Jika huruf2 ini dibaca baik di daratan maupun di lautan, 
nescaya pembacanya selalu dijaga Allah S.W.T. dari kerosakan.

c) Imam Al-Ghazali pula dalam kitabnya ” Khaawaashul-Qur’an ” menyebut bahawa 
” huruf-huruf Nuraniyyah” ini sering dipergunakan oleh para ‘arifiin 
utk berbagai kesulitan di laut iaitu utk menenangkan gelombang dan badai.

Salah satu amalan yg menggunakan huruf Nuraniyyah ialah Ilmu Pengunci dan ini ayatnya :

Bismillaahir rahmaanir rahiim
Kaaf Haa’ Yaa ‘Ain Shood
Tertutup – Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat do’a laa ilaaha illallaah
Berkat do’a anna Muhammadar rasulullaah

Berbeda daripada tujuan amalan ” Kancing Kunci ” di mana amalan ‘ Kancing Kunci ” ini digunakan khusus utk mengunci lawan. 
Lawan yg terkunci akan menyebabkan geraknya terhenti seketika dan seolah2 tubuhnya kaku dan sukar digerakkan. 
Tetapi bagi amalan Ilmu Pengunci, 
lawan bukan sahaja tdk dapat bergerak 
malah tenaga lahir & batinnya tertutup-terkunci dan dineutralizekan.

Sebenarnya amalan ini tdk mempunyai nama yg khusus. 
Ia dipanggil ilmu Pengunci kerana bersesuaian dgn tujuannya iaitu mengunci.

Tatacara lakunya :

Setiap niat atau perbuatan hendaklah dimulai dgn ” Bismillaahir rahmaanir rahiim “

Bacaan ” Kaaf Haa’ Yaa ‘Ain Shood ” 
seraya satu persatu jejari tangan kanan anda digenggam. 

Lihat ringakasan di bawah :

Kaaf – jari kelingking
Haa’ – jari manis
Yaa – jari tengah
‘Ain – jari telunjuk
Shood – ibu jari

Genggam erat-erat seraya bathin anda berkata :

Tertutup – Terkunci
Tiada engkau bersifat qudrat
Lemah urat mu
Hancur tulang
Berkat do’a laa ilaaha illallaah
Berkat do’a anna Muhammadar rasulullaah.

Kuasanya bergantung kpd daya ma’krifat anda 
manakala efeknya pula terserah kpd sekeras mana niat lawan. 

Amaran : 
Gunakanlah hanya bila terdesak 
kerana amalan ini juga boleh mengakibatkan kematian. 
Jangan mengamal ilmu ini utk kejahatan atau keburukan.

Didalam bab Mengenal Diri huraian pada Kaf-Ha-Ya-'Ain-Sod 
tersangat jelas bagi yang mengetahui nya. 
Ianya bukan hanya sekadar bacaan. 
Tauhid Afal adalah pembuka kepada pegangan makrifat.

Kaf : Terbukanya tabir Tabir yang mana?
Ha' : Jiwa keIllahian yang keluar dari tiupan roh Nya. ???????
Yaa : Hati Rasulullah
'Ain : Hakikat wujud Wujud apa?
Sod : Kekentalan Ilmu para Arif Billah. Siapa Arif Billah?

***Sesiapa yang membaca blog ini yang berasal dari Jitra, Kedah 
yang ada kaitan dengan Almarhum moyang Tengku Embong 
juga dikenali Tengku Embong Tuli sila hubungi saya. 
Seketika dulu Tengku Embong pernah 'lari' ke Jitra 
tapi menghembus nafas terakhir nya di negeri asalnya Terengganu. ****

21 komentar:

  1. Assalammu'alaikum. Saya keturunan Wan dari Jitra. Masih mencari ranting keturunan kerana tiada pencerahan.

    BalasHapus
  2. Slm tn. Mcm mana saya nak dptkan pengijazahan ilmu ini?

    BalasHapus
  3. Asalamualaikum, keturunan saya berasal dari kota Kuala muda,merbok kedah,kalau kena salur galur.

    BalasHapus
  4. Semalam sy bermimpi ada wali Allah ajarkan saya sebutan huruf ain dan sod,mohon tuan hiraikan ada dua org yg dtg,pakaian putih,dgn serban putih dgn pakaian jubah biru dgn serban biru

    BalasHapus
  5. Assalamualaikum ..mohon izin di ijazahkan...wassalamu

    BalasHapus
  6. Assalammualaikum...izinkan saya utk amalkan ilmu ini

    BalasHapus
  7. Assalamualaikum.. mohon mngizinkn sya mengamalkn ilmu yg d turun berserta dgn izin Allah swt.

    BalasHapus
  8. mohon izinkn sya utk amal..alhamdulillah..dgn izin allah

    BalasHapus
  9. arwah abah saya banyak ilmu mcm ni kami dari keturunan wan mempelam Terengganu tetapi tak seorang pun anaknya berminat kecuali saya. tapi kerana saya perempuan dia tak bagi amalkan. dulu adik saya pergi somalia banyak ayat dia bagi. ayat tak lut peluru ayat penunduk tapi adik tak amal sbb tak mi
    minat. nak amal kena berguru kerana silap amal buruk jadinya

    BalasHapus
  10. Qobiltu.. Mohon izin mengamalkannya. Tks

    BalasHapus
  11. Bagaimana cara mengobati orang yang terkunci?

    BalasHapus
  12. Alhamdulillah.... Amalan ini saya ada.. kunci gegaman tangan Dan byk lagi ilmu2 pediding diri.

    BalasHapus
  13. Dalam hizib bahar ada kunci khaf ha ya ain shad..

    BalasHapus
  14. Amalan dari guru bacaan sod yang terakhir pada ibu jari kanan didalam genggaman jari telunjuk kemudian dibaca kufitu (dlm hati mendoakan ya Allah selamatkan hambaMu ini. Kemudian bacaan qof ibu jari kiri diatas gengaman jari telunjuk kemudian dibaca humitu (dlm hati disebut Ya Allah makbulkan hajat hambaMu ini. Kemudian dirapatkan kedua penumbuk seketika baru dibuka semua jari tgn Kanan dan kiri seperti berdoa dan diraup ke muka.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

      Hapus
    2. Saya ijazah utk amalan yang baik dan perkara baik sahaja. Semoga bermanfaat . 🙏🙏🙏

      Hapus
  15. Cara perbuatan boleh wasap saya 0199649885 Raden

    BalasHapus
  16. Slm tuan, maaf sebab ada lagi kalimat yg belum jelas, ada sahabat² yg dpt text kalimat yg penuh ke tuan, mohon izin amalkan ya

    BalasHapus
  17. Ijazah saya juga tuan. Berminat untuk mengamalnya

    BalasHapus