Rabu, 09 Desember 2015

"Kebangkitan Tauhid Awaluddin Ma'rifatullah''

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.

Ketuhanan Allah s.w.t dan kerasulan Muhammad s.a.w tidak dipisahkan. 

Rasul Allah adalah umpama jambatan 
yang menghubungkan segala sesuatu dengan Allah s.w.t. 

Bagaimana mahu sampai kepada Allah s.w.t jika tidak melalui jambatan-Nya. 

Apa juga usaha dan jalan yang diambil untuk pergi kepada Allah s.w.t, 
tidak akan berhasil jika tidak diikuti jalan Rasul Allah. 

Bahkan bolehlah dikatakan Allah s.w.t tidak mungkin ditemui jika Rasul-Nya tidak ditemui. 

Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah. 
Semua nabi-nabi sejak Nabi Adam a.s menyaksikan bahawa 
Muhammad s.a.w adalah Rasul Allah. 

Tidak ada kenabian 
tanpa nur Kenabian Muhammad s.a.w. 

Tiada syuhud (penyaksian) 
tanpa syuhud terhadap nur Kebenaran Muhammad s.a.w. 

Tidak akan sampai kepada Hakikat Allah s.w.t 
tanpa fana di dalam Hakikat Muhammad s.a.w. 

Tiada makrifatullah 
tanpa makrifat Muhammad s.a.w. 

Begitulah hukum hakikat dan makrifat. 

Penyaksian ketuhanan Allah s.w.t dan penyaksian kerasulan Muhammad s.a.w 
tidak boleh bercerai tanggal..

"Kebangkitan Tauhid Awaluddin 
Ma'rifatullah''

Tidak ada komentar:

Posting Komentar