Dalam memperkatakan Alam Tujuh atau Martabat Tujuh ini, ia tidak lepas dari memperkatakan “Asal Mu Mula Balik Semula Pada Tuhan” Ini di sandarkan firman Nya yang bermaksud ;
“Innalillah Wa inna ilai-i rajiun.”
Jatuh hujungnya Asal Mu Allah Balik Mu semula Allah.
Oleh itu disini dua aspek utama diperkatakan;
Asal Kejadian Manusia yang dinyatakan melalui penjelasan pada Martabat Tujuh Atau Martabat Alam Insan
Balik Mu semula Allah iaitu memperkatakan persiapan untuk menyerah atau mengembalikan Diri rahsia yang di kandung oleh jasad sebagaimana asalnya suci bersih.
Diri Empunya Diri mentajallikan dirinya dari satu martabat ke satu martabat atau dari satu alam ke satu satu alam.Dalam kita memperkatakan alam atau Martabat Tujuh atau Martabat Alam Insan yang dikenali juga Martabat tujuh, terkandung ia di dalam Surah Al-Ikhlas di dalam Al Quran iaitu dalam menyatakan tentang kewujudan Allah yang menjadi diri rahsia kepada manusia itu sendiri dan memperkatakan pada proses pengujudan Allah untuk diterima oleh manusia sebagai diri rahsianya.
Proses pemindahan atau Tajalli Zat Allah S.W.T bermula dari Alam Ghaibul-Ghuyyub, terbentuk diri zahir dan diri batin manusia ketika ianya mulai bernafas di dalam kandungan ibu kemudiannya zahir ke dunia iaitu kerana pada martabat Ghaibul-Ghuyyub adalah merupakan martabat manusia yang paling tinggi, suci dan inilah martabat yang benar-benar di redhai oleh Allah S.W.T.
Diri manusia pada martabat “Insanul-Kamil” adalah sebatang diri yang suci mutlak pada zahir dan batin,tiada cacat celanya dengan Allah S.W.T. iaitu Tuan Empunya Rahsia. Lantaran itu Rasul Allah S.A.W pernah menegaskan dalam sabdanya;
“bahawa kelahiran seseorang kanak-kanak itu dalam keadaan yang suci, tetapi yang mencorakkannya menjadi kotor adalah ibubapanya”
Jadi ibubapalah yang mencorakkan sehingga kanak-kanak kotor termasuk masyarakatnya, bangsanya dan juga negaranya bersekali dengan manusia itu sendiri hanyut mengikut gelombang godaan hidupnya di dunia ini.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seorang manusia yang ingin kembali menuju jalan kesucian dan makrifat kepada Tuhannya, selayaknyalah dia mengembalikan dirinya kesuatu tahap yang dikenali “Kamilul-Kamil” atau di namakan tahap Martabat Alam Insan.
Dalam merperkatakan tingkatan atau martabat pentajallian Allah Tuan Yang Empunya Diri yang menjadi rahsia manusia ianya melalui tujuh tingkatan.Tingkatan tersebut secara umumnya seperti di bawah.
1.Ahadah -Alam Lahut -Martabat Zat
2.Wahdah-Alam Jabarut – Martabat Sifat
3.Wahdiah-Alam Wahdiah – Martabat Asma
4.Alam Roh-Alam Malakut -Martabat Afaal
5.Alam Misal – Alam Bapa
6.Alam Ijsan- Alam Ibu
7.Alam Insan – Alam Nyata
*1. MARTABAT TUJUH*
1.1 ALAM AHDAH
Pada memperkatakan Alam Ghaibull-Ghuyyub iaitu pada martabat Ahdah di mana belum ada sifat, belum ada ada asma’,belum ada afaal dan belum ada apa-apa lagi iaitu pada Martabat LA TAKYIN, DZatul Haqqi telas menegaskan untuk memperkenalkan DiriNya dan untuk diberi tanggungjawab ini kepada manusia dan di tajallikanNya DiriNya dari satu peringkat ke peringkat sampai zahirnya manusia berbadan rohani dan jasmani.
Adapun Martabat Ahdah ini terkandung ia di dalam Al-Ikhlas pada ayat pertama iaitu{QulhuwallahuAhad), iaitu Sa pada Zat semata-mata dan inilah dinamakan Martabat Zat. Pada martabat ini diri Empunya Diri (DZatul Haqqi)Tuhan Rabbul Jalal adalah dengan dia semata-mata iaitu di namakan juga Diri Sendiri. Tidak ada permulaan dan tiada akhirnya iaitu Wujud Hakiki Lagi Khodim
Pada masa ini tiada sifat,tiada Asma dan tiada Afa’al dan tiada apa-apa pun kecuali DZat Mutlak semata-mata maka berdirilah DZat itu dengan Dia semata-mata dan dalam keadaan ini dinamakan AINUL KAFFUR dan diri zat dinamakan Ahdah jua atau di namakan KUNNHI ZAT.
1.2 ALAM WADAH
Alam Wahdah merupakan peringkat kedua dalam proses pentajalliannya diri Empunya Diri telah mentajallikan diri ke suatu martabat sifat iaitu “La Tak Yin Sani” – sabit nyata yang pertama atau disebut juga martabat noktah mutlak iaitu ada permulaannyan.
Martabat ini di namakan martabat noktah mutlak atau dipanggil juga Sifat Muhammadiah. Juga pada menyatakan martabat ini dinamakan martabat ini Martabat Wahdah yang terkandung ia pada ayat “Allahus Shomad” iaitu tempatnya DZat Allah tiada terselindung sedikit pun meliputi 7 petala langit dan 7 bumi.
Pada peringkat ini DZat Allah Taala mulai bersifat. SifatNya itu adalah sifat batin jauh dari Nyata dan boleh di umpamakan sepohon pokok besar yang subur yang masih di dalam dalam biji , tetapi ia telah wujud,tdadak nyata, tetapi nyata sebab itulah ia di namakan Sabit Nyata Pertama martabat La Takyin Awwal iaitu keadaan nyata tetapi tidak nyata(wujud pada Allah) tetapi tidak zahir
Maka pada peringkat ini tuan Empunya Diri tidak lagi Beras’ma dan di peringkat ini terkumpul Zat Mutlak dan Sifat Batin. Maka di saat ini tidaklah berbau, belum ada rasa, belum nyata di dalam nyata iaitu di dalam keadaan apa yang di kenali ROH-ADDHAFI.Pada peringkat ni sebenarnya pada Hakiki Sifat.(Kesempurnaan Sifat) Zat Al Haq yang di tajallikannya itu telah sempurna cukup lengkap segala-gala. Ianya terhimpunan dan tersembunyi di samping telah zahir pada hakikinya.
1.3 ALAM WAHDIAH
Pada peringkat ketiga setelah tajalli akan dirinya pada peringkat “La takyin Awal”, maka Empunya Diri kepada Diri rahsia manusia ini, mentajallikan pula diriNya ke satu martabat As’ma yak ini pada martabat segala Nama dan dinamakan martabat (Muhammad Munfasal) iaitu keadaan terhimpun lagi bercerai – cerai atau di namakan “Hakikat Insan.”
Martabat ini terkandung ia didalam “Lam yalidd” iaitu Sifat Khodim lagi Baqa, tatkala menilik wujud Allah. Pada martabat ini keadaan tubuh diri rahsia pada masa ini telah terhimpun pada hakikinya Zat, Sifat Batin dan Asma Batin. Apa yang dikatakan berhimpun lagi bercerai-cerai kerana pada peringkat ini sudah dapat di tentukan bangsa masing – masing tetapi pada masa ini ianya belum zahir lagi di dalam Ilmu Allah Iaitu dalam keadaan “Ainul Sabithaah”. Ertinya sesuatu keadaan yang tetap dalam rahsia Allah, belum terzahir, malah untuk mencium baunya pun belum dapat lagi.
Dinamakan juga martabat ini wujud Ardhofi dan martabat wujud Am kerana wujud di dalam sekelian bangsa dan wujudnya bersandarkan Zat Allah Dan Ilmu Allah.
Pada peringkat ini juga telah terbentuk diri rahsia Allah dalam hakiki dalam batin iaitu bolehlah dikatakan juga roh di dalam roh iaitu pada menyatakan Nyata tetapi Tetap Tidak Nyata.
1.4 ALAM ROH
Pada peringkat ke empat di dalam Empunya Diri, Dia menyatakan, mengolahkan diriNya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamaka roh. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Afa’alnya.Ianya menjadi sempurna, cukup lengkap seluruh anggota – anggota batinnya, tida cacat, tiada cela dan keadaan ini dinamakan (Alam Khorijah) iaitu Nyata lagi zahir pada hakiki daripada Ilmu Allah. Tubuh ini dinamakan ia “Jisim Latiff” iaitu satu batang tubuh yang liut lagi halus. Ianya tidak akan mengalami cacat cela dan tidak mengalami suka, duka, sakit, menangis,asyik dan hancur binasa dan inilah yang dinamakan “KholidTullah.”
Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Walam Yalidd”. Dan berdirilah ia dengan diri tajalli Allah dan hiduplah ia buat selama-lamanya. Inilah yang dinamakan keadaan Tubuh Hakikat Insan yang mempunyai awal tiada kesudahannya, dialah yang sebenarnyanya dinamakan Diri Nyata Hakiki Rahsia Allah dalam Diri Manusia.
1.5 ALAM MISAL
Alam Misal adalah peringkat ke lima dalam proses pentajallian Empunya Diri dalam menyatakan rahsia diriNya untuk di tanggung oleh manusia. Untuk menyatakan dirinya Allah S.W.T., terus menyatakan diriNya melalui diri rahsiaNya dengan lebih nyata dengan membawa diri rahsiaNya untuk di kandung pula oleh bapa iaitu dinamakan Alam Misal.
Untuk menjelaskan lagi Alam Misal ini adalah dimana unsur rohani iaitu diri rahsia Allah belum bercamtum dengan badan kebendaan. Alam misal jenis ini berada di Alam Malakut. Ia merupakan peralihan daripada alam Arwah (alam Roh) menuju ke alam Nasut maka itu dinamakan ia Alam Misal di mana proses peryataan ini ,pengujudan Allah pada martabat ini belum zahir, tetapi Nyata dalam tidak Nyata.
Diri rahsia Allah pada martabat Wujud Allah ini mulai di tajallikan kepada ubun – ubun bapa, iaitu permidahan dari alam roh ke alam Bapa (misal).
Alam Misal ini terkandung ia di dalam “Walam yakullahu” dalam surah Al-Ikhlas iaitu dalam keadaan tidak boleh di bagaikan. Dan seterusnya menjadi “DI”, “Wadi”, “Mani” yang kemudiannya di salurkan ke satu tempat yang bersekutu di antara diri rahsia batin (roh) dengan diri kasar Hakiki di dalam tempat yang dinamakan rahim ibu.Maka terbentuklah apa yang di katakan “Maknikam” ketika berlakunya bersetubuhan diantara laki-laki dengan perempuan (Ibu dan Bapa)
Perlu diingat tubuh rahsia pada masa ini tetap hidup sebagaimana awalnya tetapi di dalam keadaan rupa yang elok dan tidak binasa dan belum lagi zahir. Dan ia tetap hidup tidak mengenal ia akan mati.
1.6 ALAM IJSAN
Pada peringkat ke enam, selepas sahaja rahsia diri Allah pada Alam Misal yang di kandung oleh bapa , maka berpindah pula diri rahsia ini melalui “Mani” Bapa ke dalam Rahim Ibu dan inilah dinamakan Alam Ijsan.
Pada martabat ini dinamakan ia pada martabat “InssanulKamil” iaitu batang diri rahsia Allah telahpun diKamilkan dengan kata diri manusia, dan akhirnya ia menjadi “KamilulKamil”. Iaitu menjadi satu pada zahirnya kedua-dua badan rohani dan jasmani. dan kemudian lahirlah seoarang insan melalui faraj ibu dan sesungguhnya martabat kanak – kanak yang baru dilahirkan itu adalah yang paling suci yang dinamakan “InnsanulKamil”. Pada martabat ini terkandung ia di dalam “Kuffuan” iaitu bersekutu dalam keadaan “KamilulKamil dan nyawa pun di masukkan dalam tubuh manusia.
Selepas cukup tempuhnya dan ketkanya maka diri rahsia Allah yang menjadi “KamilulKamil” itu di lahirkan dari perut ibunya, maka di saat ini sampailah ia Martabat Alam Insan.
1.7 ALAM INSAN
Pada alam ke tujuh iaitu alam Insan ini terkandung ia di dalam “Ahad” iaitu sa (satu). Di dalam keadaan ini, maka berkumpullah seluruh proses pengujudan dan peryataan diri rahsia Allah S.W.T. di dalam tubuh badan Insan yang mulai bernafas dan di lahirkan ke Alam Maya yang Fana ini.
Maka pada alam Insan ini dapatlah di katakan satu alam yang mengumpul seluruh proses pentajallian diri rahsia Allah dan pengumpulan seluruh alam-alam yang di tempuhi dari satu peringkat ke satu peringkat dan dari satu martbat ke satu martabat.
Oleh kerana ia merupakan satu perkumpulan seluruh alam – alam lain, maka mulai alam maya yang fana ini, bermulalah tugas manusia untuk menggembalikan balik diri rahsia Allah itu kepada Tuan Empunya Diri dan proses penyerahan kembali rahsia Allah ini hendaklah bermulah dari alam Maya ini lantaran itu persiapan untuk balik kembali asalnya mula kembali mu semula hendaklah disegerakan tanpa berlengah – lengah lagi.
*2. TUJUAN MARTABAT ALAM INSAN*
1.Ada pun tujuan utama pengkajian dan keyakinan Martabat Alam Insan ini;
2 “bertujuan memahami dan memegang satu keyakinan Mutlak bahawa diri kita ini sebenar – benarnya bukanlah diri kita, tetapi kembalikan semula asalnya Tuhan.”
3.Dengan kata lain untuk memperpanjangkan kajian, kita juga dapat mengetahui pada hakikatnya dari mana asal mula diri kita sebenarnya hinggalah kita zahir di alam maya ini.
4.Dalam pada itu dapat pula kita mengetahui pada hakikatnya kemana diri kita harus kembali dan:
5.apakah tujuan sebenar diri kita di zahirkan.
*3. DALAM MEMPERKATAKAN MARTABAT ALAM INSAN*
Dengan memahami Martabat Alam Insan ini , maka sudah pastilah kita dapat mengetahui bahawa diri kita ini adalah SifatNya Allah Taala semata-mata. Diri sifat yang di tajallikan bagi menyatakan SifatNya Sendiri yakni pada Alam saghir dan Alam Kabir.Dan Allah Taala Memuji DiriNya dengan Asma’Nya Sendiri dan Allah Taala menguji DiriNya Sendiri dengan Afa’alNya Sendiri.
Dalam memeperkatakan Martabat Alam Insan kita memperkatakan diri kita sendiri. Diri kita daripada Sifat Tuhan yang berasal daripada Qaibull-Quyyub (Martabat Ahdah) iaitu pada martabat Zat hinggalah zahir kita bersifat dengan sifat bangsa Muhammad. Oleh yang demikian wujud atau zahirnya kita ini bukan sekali-kali diri kita, tetapi sebenarnyadiri kita ini adalah penyata kepada diri Tuhan semesta alam semata-mata.
Seperti FirmanNya:
‘INNALILLA WAINNA ILAII RAJIUN’
Yang bermaksud; “Sesungguhnya diri mu itu Allah (Tuhan Asal Diri Mu) dan hendaklah kamu pulang menjadi Tuhan kembali”.
Setelah mengetahui dan memahami secara jelas lagi terang bahawa asal kita ini adalah Tuhan pada Martabat ahdah dan NyataNya kita sebagai SifatNya pada Martabat Alam Insan dan pada Alam Insan inilah kita memulakan langkah untuk mensucikan sifat diri kita ini pada martabat Sifat kepada Martabat Tuhan kembali iaitu asal mula diri kita sendiri atau Martabat Zat.
SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat Allah,Tuhan semesta semata – mata.
4. PROSES MENGEMBALIKAN DIRI
Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada Tuan Empunya Rahsia, maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah Taala.
Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada Alam Insan pada nafsu amarah ke Martabat Zat iaitu nafsu Kamaliah iaitu makam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah S.W.T. tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awalnya.
Sesunggunya Allah dalam mengenalkan diriNya melalui lidah dan hati manusia,maka Dia telah mentajallikan DiriNya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;
“AL INSANUL SIRRUHU WA ANA SIRRUHU”
Maksudnya; “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri”.
Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah S.W.t.atau di kenali juga Martabat Tujuh, itu terbahagi ia kepada 7 Alam;
Ke tujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung ia di dalam surah -Al Ikhlas
QulhuwallahuAhad – Ahdah
Allahushomad – Wahdah
Lamyalidd – Wahdiah
Walamyuladd – Alam Roh (Alam Malakut)
Walamyakullahu – Alam Misal (Alam Bapa)
Kuffuan – Alam Ijsan
Ahad> – Alam Insan
Seperti FirmanNya lagi dalam Al- Quran
[33] Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Al-A’Rad Ayat:33.
#DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS
Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda:
”Demi Allah yang jiwaku di Genggamann-Nya,sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibraila.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada, sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.”.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaankami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuan.”.
Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal.
Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70.000 malaikat itu diutus hanya karena almarhum sering membaca surat ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabiuntuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya danpara malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (HR Qurthuby).
SUBHANALLAH..........
#Kisah yang sangat ajaib
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llahu ahad satu khatam iaitu100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia baca surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara :
1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat,
3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan
4. Kerjakan Haji dan Umrah.”
Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda :
-Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
-Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat.
-Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu.
-Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”
Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya :” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dia sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya :” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab : ”Dia mendapat kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.”
Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya”
Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati. (Bukan pada yang tak mahu membayar atau yang lari dari membayar)
Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.
Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca QulHuwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”
Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata : ”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah SAW bersabda : ” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab : ”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.”
SURAH AL-IKHLAS
Surah Gajah Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat
#TAFSIR AL-IKHLAS ..
dari pandangan ... ILMU TAREQAT / HAKIKAT
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
2. Allah itu selama-lamanya ( Pusat ) Tumpuan seluruh makhluk.
3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.
Surah yang pendek ini menyamai satu pertiga al-Qur'an sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith-hadith yang sohih.
Hadith Daripada Abu Sa'd, :-
Ada seorang mendengar seorang lelaki membaca Qulhuwallahuahad dengan berulang-ulang kali. Pada pagi keesokan ia datang menemui Nabi s.a.w. lalu ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit, lalu
Nabi s.a.w. berkata:
"Demi jiwaku di tanganNya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an."
Tiada sesuatu yang aneh dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini kerana 'aqidah keesaan Allah yang diperintah kepada Rasul-Nya supaya diisytiharkannya dengan "Qulhuwallahuahad" itu merupakan 'aqidah bagi hati, merupakan pentafsiran bagi 'alam dan merupakan satu sistem bagi kehidupan kerana surah ini mengandungi garis-garis pokok yang amat luas mengenai hakikat agung Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
Kata-kata "Ahad" lebih halus daripada kata-kata "Wahid", kerana kata-kata Ahad menambahkan kepada kata-kata Wahid pengertian tiada suatu yang lain bersama Allah dan tiada suatu yang setanding dengan Allah.
Maksudnya ialah keesaan wujud Allah. Di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah, tiada kewujudan haqiqi melainkan kewujudan Allah. Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka daripada kewujudan Allah yang haqiqi dan mengambil hakikat mereka daripada hakikat Allah yang sejati.
Ia mengertikan keesaan pencipta, tiada pencipta yang lain daripada Allah yang menciptakan segala sesuatu di 'alam ini. Itulah 'aqidah yang tersimpul di hati dan itulah juga pentafsiran bagi 'alam.
Apabila pentafsiran itu teguh mantap dan kepercayaan ini jelas dan terang maka bersihlah hati daripada segala kepercayaan yang karut dan daripada segala pergantungan kepada yang lain daripada Zat Allah yang Tunggal ( ESA ) dengan hakikat kewujudan dan hakikat penciptaan.
Yakni hati itu bersih daripada pergantungan dengan sesuatu yang lain di 'alam al-Wujud ini -- walaupun ia tidak bersih daripada perasaan adanya sesuatu yang lain -- oleh itu tiada hakikat kepada sesuatu kewujudan kecuali hakikat penciptaan bagi iradat Ilahiyah sahaja.
Oleh sebab itu tidak ada ertinya hati itu bergantung kepada sesuatu yang tidak mempunyai sebarang hakikat kepada kewujudannya dan sebarang hakikat kepada kudrat penciptaannya.
Apabila hati telah bersih daripada segala perasaan terhadap yang lain daripada hakikat Allah yang Tunggal dan bersih daripada pergantungan kepada yang lain daripada hakikat Allah, maka ketika itu ia akan bebas daripada segala belenggu dan ikatan, bebas daripada keinginan yang menjadi punca berbagai-bagai belenggu dan bebas daripada sebarang ketakutan yang menjadi sumber berbagai-bagai ikatan.
Apa lagi yang diingininya sesudah ia menemui Allah, dan siapa lagi yang patut ditakutinya sedangkan di sana tidak ada kuasa penciptaan melainkan bagi Allah sahaja.
Apabila mantapnya kepercayaan yang tidak melihat di 'alam ini melainkan hakikat Allah sahaja, maka ia akan melihat hakikat ini pada segala kejadian yang lain yang lahir daripada hakikat itu.
Di tahap inilah hati seseorang akan melihat kudrat Allah menguasai segala sesuatu yang dilihatnya dan pada tahap yang lebih tinggi daripada tahap ini tidak nampak sesuatu di 'alam buana ini melainkan hanya Allah, kerana di sana tiada hakikat yang lain yang dilihatnya melainkan hanya hakikat Allah.
Begitulah juga ia akan menafikan sebab-sebab (causes) itu sebagai mempunyai kuasa pencipta, malah ia akan memulangkan segala sesuatu segala peristiwa dan segala gerak kepada Allah sebagai sebab pertama yang melahirkan semuanya.
Inilah hakikat yang amat ditekankan oleh al-Qur'an dalam menetapkan pegangan keimanan. Kerana itu al-Qur'an selama-lamanya menafikan sebab-sebab yang zahir dan menghubungkan segala sesuatu langsung kepada kehendak Allah.
"Bukan engkau yang memanah ketika engkau memanah tetapi Allahlah yang memanah." (Al-Anfal)
"Tiada kemenangan melainkan dari sisi Allah." (Al-Anfal)
"Dan kamu tidak menentukan kehendak kamu kecuali dikehendaki Allah." (At-Takwir)
Ayat-ayat lain yang seperti ini memang banyak. Dengan menafikan semua sebab yang zahir dan mengembalikan segala-galanya kepada kehendak Allah yang Tunggal akan tercurahlah rasa ketenteraman dalam hati dan dapatlah ia mengenal matlamat yang tunggal, dengan ia meminta kepada-Nya apabila ia inginkan sesuatu, dan berlindung pada-Nya apabila merasa takut dan bersikap tenang terhadap segala daya pencipta, penggerak, dan pemberi kesan dan terhadap segala sebab yang zahir yang tidak mempunyai hakikat kewujudan sejati. Inilab anak-anak tangga jalan menuju hakikat yang dicuba oleh ahli-ahli tasawuf dan mereka telah ditarik jauh oleh hakikat ini.
Ini kerana Islam mahukan manusia menyusuri jalan yang membawa kepada hakikat ini semasa mereka menghadapi realiti kehidupan dengan segala cirinya atau semasa mereka menjalani kehidupan manusia dan memegang khilafah di bumi dengan segala asas dan terasnya, dengan mereka merasa tiada hakikat yang sebenar melainkan hakikat Allah dan tiada kewujudan yang sebenar melainkan kewujudan Allah dan tiada kuasa penciptaan melainkan kuasa penciptaan Allah dan mereka tidak berkehendak kepada jalan yang lain daripada jalan ini.
Dari sinilah lahirnya satu sistem hidup yang sempurna yang ditegakkan di atas pentafsiran tadi dan di atas kefahaman, perasaan dan kecenderungan yang ditimbulkan dalam hati seseorang.
Itulah satu sistem beribadat kepada Allah yang Tunggal, dengan tiada hakikat bagi kewujudan yang lain, melainkan kewujudan-Nya dan tiada hakikat bagi kudrat penciptaan yang lain melainkan kudrat penciptaan-Nya dan tiada kesan bagi iradat yang lain melainkan iradat-Nya.
Itulah satu sistem bertawajjuh kepada Allah yang Tunggal sama ada dalam kegemaran dan ketakutan, sama ada dalam kesenangan dan kesusahan, kerana apalah gunanya bertawajjuh kepada yang lain daripada Allah yang tidak mempunyai kewujudan yang haqiqi?
Itulah satu sistem menerima daripada Allah yang Tunggal dalam segala urusan 'aqidah, kepercayaan dan kefahaman nilai-nilai, ukuran - ukuran, syari'at, undang-undang, kedudukan, peraturan, adab cara dan adab resam.
Penerimaan perkara-perkara ini pastilah daripada Allah yang mempunyai kewujudan yang Maha Esa dan hakikat yang tunggal di 'alam realiti dan 'alam hati nurani.
Itulah satu sistem bergerak dan bertindak kerana Allah yang Tunggal untuk mencari perdampingan dengan-Nya dan untuk menghindarkan diri daripada rintangan-rintangan dan kekarutan-kekarutan yang menyesatkan sama ada dalam diri sendiri atau di sekelilingnya dari benda-benda dan manusia, dan antaranya ialah rintangan diri sendiri, ikatan kegemaran dan ketakutan kepada sesuatu di 'alam ini.
Itulah satu sistem yang menghubungkan antara hati manusia dengan segala makhluk yang lain dengan hubungan kasih sayang, saling simpati dan seia sekata, kerana bukanlah maksud melepaskan diri daripada belenggu-belenggu kejadian 'alam ini ialah menaruh perasaan benci terhadapnya dan lari daripada berurusan dengannya, kerana semua makhluk itu adalah daripada ciptaan Allah.
Semuanya mengambil kewujudannya daripada kewujudan Allah dan semuanya dilimpahkan dengan nur hakikat Allah. Oleh sebab itu seluruh makhluk itu harus disayangi belaka kerana seluruhnya merupakan pemberian dan kurnia daripada Allah yang amat dikasihi.
Itulah satu sistem yang luhur dan bebas, dengan bumi ini dipandang sebagai sebuah 'alam yang kecil, kehidupan dunia sebuah kehidupan yang pendek dan keni'matan hidup dunia juga suatu keni'matan yang sedikit, dan usaha mencapai kebebasan daripada rintangan-rintangan dan kekotoran-kekotoran dunia merupakan matlamat dan cita-cita (orang yang beriman), tetapi kebebasan dalam Islam bukan bererti pemencilan diri, bukan bererti pencuaian atau pengabaian dan bukan pula bererti benci dan lari, malah ia bererti percubaan dan perjuangan yang berterusan untuk memajukan manusia seluruhnya dan untuk membebaskan kehidupan mereka seluruhnya, kerana itu manusia diserahkan teraju khilafah dan kepimpinan dengan segala tugas dan kewajipannya, serta menegakkan kebebasan dengan segala nilainya.
Pembebasan diri dengan bertapa di rumah-rumah ibadat merupakan satu perkara yang mudah, tetapi Islam tidak mahu cara itu, kerana tugas menegakkan khilafah di bumi dan tugas memimpin umat manusia merupakan sebahagian daripada sistem agama Allah untuk pembebasan manusia.
Ia merupakan satu cara yang amat sukar, tetapi itulah satu-satunya cara yang dapat menegakkan insaniyah manusia dan menjamin kemenangan tiupan roh yang luhur dalam dirinya.
Pendeknya kebebasan dalam Islam ialah kebebasan roh manusia menuju kepada Allah selaku sumber yang melahirkannya. Ia juga bererti perjuangan manusia untuk menegakkan hakikat rohnya yang luhur, dan hakikat roh inilah yang bekerja dalam bidang yang dipilih Allah penciptanya yang Maha Bijaksana.
Kerana ini semua, maka da'wah Islam di tahapnya yang pertama ditumpukan kepada usaha menegakkan hakikat Tauhid dalam hati manusia dengan gambaran seperti ini kerana konsep Tauhid dengan gambaran seperti ini merupakan 'aqidah bagi hati, pentafsiran bagi 'alam dan sistem bagi kehidupan.
Tauhid bukan semata-mata kata-kata yang diucapkan dengan lidah, bukan suatu gambaran yang mantap dalam hati, malah Tauhid merupakan keseluruhan agama, dan segala perincian dan cabang-cabang yang lain darinya hanya merupakan hasil tabi'i daripada kemantapan hakikat Tauhid dalam hati manusia.
Penyelewengan-penyelewengan yang menimpa umat-umat Ahlil Kitab zaman dahulu yang telah merosakkan 'aqidah, pemikiran dan kehidupan mereka adalah pada mulanya berlaku akibat daripada terhapusnya gambaran Tauhid yang murni dan kemudian diikuti pula oleh segala penyelewengan yang lain.
Ciri yang membezakan gambaran Tauhid dalam 'aqidah Islam ialah cirinya yang meresap dalam seluruh kehidupan dan seluruh kehidupan itu ditegakkan di atas asasnya. Ia menjadi tapak bagi semua program amali dalam kehidupan, kesan-kesannya kelihatan jelas dalam bidang perundangan sebagaimana kelihatan jelas dalam bidang kepercayaan.
Kesan pertama daripada 'aqidah Tauhid ialah Syari'at Allah hendaklah merupakan undang undang yang tunggal yang memerintah semua urusan kehidupan. Apabila kesan ini tidak wujud bererti 'aqidah Tauhid belum lagi berdiri teguh, kerana itu 'aqidah Tauhid harus berdiri teguh dan melahirkan kesan-kesannya dalam segenap bidang hidup.
Maksud Allah itu Maha Esa ialah Allah itu satu-satunya tumpuan seluruh makhluk, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tiada siapa yang setanding dengan-Nya. Al Qur'an menyebut butiran-butiran ini untuk menambahkan kejelasan.
Sekian.. selamat beramal.
Jika anda menshare ini kepada 1 orang artinya anda sudah menyebarkan 10 kebaikan di akhirat
Ya Allah, jadikanlah kami yang mengucapkan 'Subhanallah' di kolom komentar menjadi manusia sehat, bermanfaat, dan wafat dalam keadaan khusnul khatimah.
Aamiin ya Rabbal'alamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar