Pada mengetahui rahsia-rahsia segala huruf khadam-khadam dan khalwatnya
Huruf Alif
Ketahui olehmu huruf Alif itu awal-awal kejadian iaitu bilangan satu. Ialah kandungan rahsia tuturan atau percakapan. Adapun huruf-huruf yang lain kandungan rahsia perbuatan jua. Huruf ini memberi sebab-sebab kesan-kesan ketinggian bagi mereka yang berkekalan amalannya zahir dan batin dan dibawah kehendaknya segala isi alam ini yang semuanya daripada kurniaan tuhan yang maha kuasa.
Ketahuilah huruf Alif ini pati segala kejadian alam dan perhinggaan kemuncak kemuliaan yang amat tinggi yang membawa kepada setinggi-tinggi rahsia kesempurnaan.
Huruf Alif kandungan rahsia nama Allaha Al Qoyawama dan ialah permulaan huruf Asama Allaha Al Aa’zhoma. Permulaan Fatahah, permulaan segala surah-surah. Huruf ini dibangsakan kepada Nawaranaya (nurani) cerah cuaca. Baginya beberapa khasiat yang banyak daripada khasiat huruf ini. Jika ditulis 1,000 kali di secuping kain sutera dan ditanggung oleh kanak-kanak yang bodoh nescaya cerdik dan kuat ingatannya.
Jika ditulis sebanyak bilangan asalnya 111 kali dikembarkan bersama-samanya nama engkau dan nama orang yang dikehendak dan ditanggung nescaya dapat kasihan belas dan mudahlah segala pekerjaan.
Jika ditulis huruf ini serta nama engkau nescaya dikasihi oleh tiap-tiap orang atau nama yang dikehendaki pada hari Ahad pada ketika Al Shamasa dan ditanggungkan nescaya dikasihani olehnya.
Jika ditulis wafak huruf ini bilangan 111 kali dengan bilangan nama yang berkehendak serta nama yang dikehendak diatas emas pada ketika Al Qomara pada burujnya Al Hawata bertentangan dengan bintangnya dibaca bacaan serta doa pada waktu menurunkan angka-angka atas emas itu, nescaya dapatlah apa-apa yang dikehendak.
Jika engkau hendak ke tempat perbendaharaan di dalam gua atau di dalam tanah, tulis huruf Alif serta nama khadam dan bacaannya dan engkau tanggung, nescaya terbuka dan tidak tertutup pintu perbendaharaan itu.
Jika ditulis huruf ini bilangannya 111 dibatu serta bacaannya, diletak di tempat harta benda dan engkau berkata: Ayuhai khadam huruf ini, pelihara olehmu akan harta ini, nescaya terpeliharalah.
Jika diraupkan raup kibas dengan kulit atau perutnya dan ditulis bilangan huruf Alif dengan nama khadam kemudian diletak di binaan-binaan atau rumah-rumah nescaya runtuh ia.
Jika hendak dijadikan pengasih tulis nama orang yang berkehendak dan nama orang yang dikehendak serta dengan nama ibu keduanya dengan bilangan huruf Alif, menyampaikan semua-semua itu pada hari Ada pada ketika Al Shamasa pada burujnya Al Asada dan tulis wafak pada ketika dan burujnya diperasap dengan kemenyan pada waktu menulis maka orang yang dikehendak itu tidak tertahan daripada menyerahkan dirinya kepada engkau.
Ada satu aturan lagi bagi menjadikan pengasih hendaklah tulis nama orang yang berkehendak dengan nama orang yang dikehendak dengan huruf bercerai-cerai pada wafak ruangan empat dan tulis padanya nama khadam dipenjuru wafak itu dan tulis huruf Alif pada tiap-tiap penjuru 30 kali. Kecuali penjuru yang keempat hendaklah tulis sebanyak 31 kali, jadi jumlah semuanya 121 di sekeping emas beratnya 2 misykal (bersamaan dengan 3 dirham berat) pada hari Ahad dan diperasap dengan benda-benda yang keluar daripada bilangan hurufnya kemudian tanggunglah nescaya dikasihi olehnya.
Jika ditulis huruf ini dengan nama khadamnya di sebilah pisau kemudian diisyaratkan mengertakkan penyakit di limpa, pitam atau pengasih nescaya sembuh ia.
Dan lagi daripada khasiat huruf ini bagi melindungkan diri daripada pandangan orang hendaklah lumur kulit burung hantu dengan (Hana dan Shabat) kemudian tulis huruf ini, nama khadam doa dan bacaannya dan pakailah di atas kepala engkau nescaya terlindunglah engkau daripada pandangan orang.
Jika diceraikan huruf ini di tapak ruangan enam pada ketika Sharafa Al Shamasa di bintang Al Marayakho di sekeping kertas dengan dakwat merah dan ditanggung oleh siapa pun nescaya kebal tubuh badannya.
Jika ditulis huruf ini dengan darah di atas tangan kanan oleh tangan kiri engkau pada ketika Al Qomara di bintang Al Nathoha bertentangan dengan Al Marayakho kemudian engkau letak tangan kanan engkau keatas dada orang yang tidur atau berjabat tangan dengan orang sedar (jaga) nescaya bercakaplah ia dengan bermacam-macam perkataan yang ajaib.
Dan bagi huruf Alif ini khalwat dan riadah selama dua puluh lapan hari pada hari-hari berkhalwat itu hendaklah bersih dan suci (zahir dan batin). Bagi mendatangkan khadamnya hendaklah baca doa dan bacaannya (akan datang) tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 111 kali. Inilah bacaan pada ketika itu:
Bercucilah tempat khalwat dan nampaklah khadam huruf ini diantara langit dan bumi mintalah daripadanya apa yang engkau kehendak.
Adapun doa huruf Alif ini jika engkau baca jadikan wirid yang berkekalan nescaya diperkenankan oleh segala A’walama (malaikat ruhani dan sebagainya) dan dikasihani oleh manusia inilah doanya:
Sumber: Kitab Peti Rahsia
Tidak ada komentar:
Posting Komentar