Kamis, 07 Januari 2016

*Siapa Aku?*

*Siapa Aku?*
Aku adalah dia yang datang dari SANA dan yang akan kembali kepada NYA. Hidupku
di sini terbatas dan di sana kekal dan abadi. Hidupku di sini adalah laksana burung di
dalam sangkar, mata lepas badan terkurung, terkongkong, tidak bebas.
Aku ingin bebas tetapi tidak lepas. Aku berdiri dan berbadan. Diriku terdiri dari
kumpulan zat serba zat yang bagi badanku berdiri dengan sendirinya. Tempatku ialah di dalam diriku, di pertemuan kiri dan kanan. Maka adalah aku dahulu
dari diriku. Jadi adalah diri mendatang kemudian setelah aku berada di dalam
badanku.
Maka adalah kewajipanku untuk mengetahui keadaan diri dan badanku. Begitulah pula
diri harus mengetahui keadaan badannya yang kasar dan sepatutnya pula mengetahui
“aku” yang sebenarnya.
Badan pun harus mengetahui akan keadaan diri dan akunya. Maka adalah sepatutnya
tiap-tiap kita manusia mengetahui akan keadaan kita yang sebenarnya, supaya kita
tahu akan badan kita yang kasar, tahu akan diri sendiri dan tahu akan aku yang
sebenarnya.
A-ku dan diri letaknya di dalam badan atau terkandung di dalam badan dan adalah a-ku
yang sebenarnya letaknya di dalam diri. Keadaan badan adalah nyata dan keadaan a-
ku dan diri tidak nyata. A-ku adalah pokok pangkal dari jalannya kehidupanku di dalam.
Perkembanganku menimbulkan diriku dengan sendirinya. Diriku mealiri seluruh apa
yang ada padaku, iaitu seluruh anggota batang tubuhku di dalam. Alirannya
mendatangkan pergerakan, yang mana pada kenyataannya titik tolaknya dari jantung
kita terus mealiri seluruh isi batang tubuh kita. Alirannya berisikan daya-daya tenaga
hidup, mengisi jalannya kehidupan kita di dalam. Adalah isi dari daya-daya tenagayang hidup itu, kalau diambil perumpamaan, seperti butir-butir darah yang mealiri
seluruh batang tubuh kita. Dan adalah seluruh pergerakan yang disebutkan di atas
berlakunya di luar kemahuan kita. Alirannya keluar berbataskan bulu dan kulit.
Pergerakan-pergerakan yang berlangsung di dalam batang tubuh kita yang berlakunya
di luar kemahuan kita itu, tujuannya ialah menjamin jalannya kehidupan kita di dalam.
Sekiranya tenaga yang berbataskan kulit dan bulu itu dapat menembus kulit dan bulusehingga dia dapat langsung berhubungan dengan tenaga-tenaga yang banyak
berkeliaran di luar kita, mungkinkah dia dapat pula menjamin jalannya kehidupan kita diluar?
Untuk ini hendaklah kita dapat mempunyai dan menguasai tenaga-tenaga itu serta
dapat pula mengetahui keadaannya yang sebenarnya. Tenaga-tenaga itu adalah
berasal dari kita sendiri dan diri itu timbul oleh kerana “a”ku ada di dalamnya.
Aku yang berada di dalam diri dan diri yang terkandung di dalam badan, menjadikan
aku menjadi seorang manusia dan bernama Si Sepuloh. Maka adalah aku yangsebenarnya Yang datang dari Tuhan, iaitu Allah dan sewaktu-waktu akan kembalikepada NYA dan bukanlah badan atau jasad yang akan dikembalikan ke tanah setelahaku pergi. Yang akan dikembalikan ke tanah itu ialah badanku setelah aku tiada lagi didalamnya, kerana aku telah lebih dahulu kembali ke Hadirat NYA Tuhanku.
Kehadiranku di dalam batang tubuhku didatangkan dan kembalinya aku ke SANA ke
hadirat Tuhanku dijemput. Setelah aku dijemput maka tinggallah rumah ku (badanku)
dan sepeninggalku maka dihantarlah jasadku ke dalam tanah. Aku adalah yang sulit dapat dikenal dan diketahui orang. Jangankan aku, diriku sahajatak dapat banyak orang mengenalnya. Akan tetapi bagiku taklah sulit untuk mengenaldan mengetahui sesuatu.
A-ku ada tetapi tidak ada. Ada dalam sebutan, tak ada dalam kenyataan. Di manaletaknya atau duduknya “A”-ku? Duduknya aku di tempatnya. Tempatnya ialah didalam badan diriku. Di sanalah aku berada. Kalau ada orang hendak mencari aku,
paling ada orang akan menemui rumahku, badanku. Dan aku yang sebenarnya susahorang dapat menemuinya.
Dan adalah aku tidak seperti yang diduga atau seperti anggapan orang banyak selamaini. Lain aku dari orang banyak. Aku tak dapat diraba dan dirasa. Akan tetapi banyak
bukti-bukti atau tanda-tanda yang menunjukkan, bahawa aku ada. Aku bukanlah si
pandai sihir, pandai sunglap, pandan mehipnotiseer, bukan.
Aku adalah si Benar, oleh kerana datang dari Yang Maha Benar. Kalau mau mengenal
aku, kenalilah diriku lebih dahulu. Padanyalah letaknya “Rahsia”ku.
Untuk dapat mengenal aku hendaklah engkau melakukan perjalanan pengembaraan
sejauh mungkin ke dalam, kerana di sanalah tempatku dan di balik aku tidak ada apa-
apa lagi yang akan engkau dapati.
Kalau perjalanan yang engkau lakukan lurus lagi benar, iaitu engkau pakaikan jalan
yang berpetunjuk, maka terlebih dahulu engkau akan dapat menemui jalan diriku dankalau engkau teruskan jalan yang berpetunjuk itu maka engkau akan dapat pula
menemui diriku sendiri dan kalau engkau halusi lagi dengan pengertian berjalan terus didalam diri, maka dengan beransur-ansur engkau akan berasa tidak berdaya lagi dankalau diteruskan juga maka habislah segala daya dan upaya dengan pengertian engkauakan berada di suatu tempat yang tiada titik lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akanberada di suatu ruangan yang tidak lagi di balik itu atau lebih jelas engkau akan berada
di suatu ruang yang tidak ada yang ada, tiada gerak, tiada suara, tiada angin, ya tiada yang ada dan yang ada hanyalah kalau boleh dirupakan dandiumpamakan, ialah hanya Cahaya dan Cahaya melulu. Cahaya jernih lagi Suci keranadatang dan berasal dari Yang Maha Suci.
Itulah dia “AKU” yang sebenarnya. Kalau engkau telah dapat menemuiku di tempatkuyang hanya aku yang ada di sana maka di saat engkau telah menjadi aku itu, bertitik-tolaklah engkau dari tempatmu itu dengan keakuanmu keluar. Ke depan atau ke mukadengan beransur tapi teratur, sehingga engkau dapat menemui dirimu sendiri. Engkauyang di SAAT itu dalam keadaan tidak ada yang sedang berada di tempat tidak ada
yang ada dengan tidak berdaya-upaya, dalam perjalananmu dalam dirimu sendirimenuju ke badanmu sendiri. Dengan beransur tapi teratur akan mulai merasa
mempunyai tenaga daya dan tenaga yang dinamakan kudrat, daya dan tenaga yang
menuju kepada ketentuan, kudrat dan iradat. Daya-daya dan tenaga-tenaga yang dinamakan kudrat yang telah dipunyai itu ialah
kudrat yang timbulnya sesudahnya tiada lagi daya dan upaya, setelah daya tenaga lahirkita sendiri sudah tidak ada lagi.
(Lahaula walaquwattailla billa hil ‘azim)
Dan di waktu itu pulalah berlaku penyerahan dalam erti kata yang sebenarnya dengan
pengertian dan pengakuan, bahawa segala-galanya apa yang ada padaku, kepunyaan
Allah semata-mata. “Lillahi rabbul alamin”. Penemuan kita kepada Nya, di tempat tidak
ada yang ada, di dalam suatu ruangan, ruangan yang berisikan Cahaya, Cahaya dari
Yang Maha Kuasa, Cahaya Allah, Nur-rullah.
Allah memberi Cahaya bumi dan langit. Umpamanya Cahayanya kepada orang
beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu didalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelitaitu dinyalakan dengan minyak kaya yang berkat, iaitu minyak Zaiton, yang tiada tumbuhdi timur dan tiada pula di barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya
meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama Cahaya Allah menunjuki
orang yang dikehendakinya. (Surat An-Nur ayat 35).
Itulah dia “Aku, iaitu pelita dalam rumahku sendiri. Dan saya dapat menemuinya di
pertemuan kiri dan kanan.
Dan adalah gelas dengan pelita di dalamnya itu diriku dan rumah yang dimaksud ialah
padaku “badanku”.
Maka adalah menjadi kewajipanku menjaga rumahku supaya tetap kuat dan sihat
membersihkannya dan memeliharanya sebaik-baiknya.
Aku mengisi diriku, supaya badanku tetap kuat dan sihat dan bisa bertahan terhadap
bahaya-bahaya atau serangan-serangan yang datang dari luar. Dari tempat
kedudukanku dengan ilmuku aku pergunakan pancainderaku untuk mengetahui
sesuatu yang mendatangiku. Dan seluruh persoalan aku letakkan di hujung kukuku
dan banyaklah sudah rahsianya aku ketahui.
Aku pelajari akan diriku dan banyaklah sudah rahsianya yang aku ketahui, hingga
“Rahsia nya” telah menjadi rahsiaku. Maka setelah aku dapat menembus alamku
sendiri, pengetahuanku bertambah meningkat, kerana aku telah mempunyai banyak
daya-daya tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga ghaib yang sewaktu-waktu dapatdikerahkan untuk keperluan sesuatu.
Aku yang tadinya segala sesuatunya hanya dapat merasakan apa-apa yang ditimpakanterhadap badan diriku, akan tetapi tak dapat berbuat oleh kerana aku terkurung dan terkungkung dan tak pernah pula diikut sertakan, semenjak aku telah bebas, tetapi taklepas aku berlaku dan berbuat dengan apa yang ada padaku untuk kebaikan badan diriku yang selama ini menderita oleh tekanan hidup dari luar. Aku menderita, oleh kerana mereka tak tahu akan keadaanku yang sebenarnya, salah memahami akan aku dalam tangkapan dan pengertian. Dia memandang kepadarupaku, bentukku, badanku, pada hal bukan itu yang “Aku. Aku berada di dalambentuk, di dalam rupa, di dalam badan diriku. Dari itu makanya aku berupa, berbentuk dan bertampan, Tuhanku tidak. Aku beranak dan diperanakkan, Tuhanku tidak.
Aku ganjil, Tuhanku Esa. Tuhanku Maha Pengasih, aku dikasihi dan mengasihi.
Tuhanku Maha Penyayang, aku disayangi dan menyayangi DIA Maha Besar, aku sangat kecil terhadapnya, DIA maha Kuasa, aku tak berdaya terhadapnya. DIA Tuhanku, aku Hambanya.
Aku yang telah lahir unutk kedua kalinya, tidak akan membiarkan badan diriku meranadan menderita oleh tekanan-tekanan hidup dari luar dan berjanji akan memperbaikisegala kesalahan-kesalahan yang sudah.
Kelahiranku yang pertama ialah keluarnya aku dari Rahim ibu yang mengandung aku.
Pendidikan dan peprgaulan yang menyebabkan aku lupa kepada diri sendiri, kepada
aku yang sebenarnya dan pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari Tuhan,
mencari diri sendiri dan mencari aku yang sebenarnya.
Kalau kelahiranku yang pertama, aku keluar dari perut ibuku, maka pada kelahiranku
yangkedua aku terpancar dari badanku sendiri. Jadi kalau orang mau mengenal aku
yang sebenarnya, dia harus mengenal pancaranku. Sewaktu aku belum terpancar,
sampai saat aku sadar akan diriku sendiri, walaupun apa yang telah kupunyai, aku
sentiasa berasa kekurangan. Setelah aku terpancar dan dapat menemui diriku dan
mengenal badanku, maka tahulah aku akan kekurangan yang kurasakan selama ini.
Sebelum aku dilahirkan maka ada aku di dalam kandungan ibuku dan setelah aku
terlahir, maka adalah keadaanku terkurung dan terkonkong. Banyak keinginan-
keinginanku, cita-citaku yang tak terlaksana, tak kesampaian.
Aku menderita oleh kerana salah memahami hidup dan kerana belum tahu kepada aku
yang sebenarnya. Setelah aku terpancar dari badan diriku sendiri, maka aku berasa
bebas, tetapi tak lepas. Dinding yang membatasi alamku dengan alam lain dan alam
Maha Besar telah tembus dan semenjak itu jalan keluar bagiku telah terbuka.
Pintu yang tertutup selama ini bagiku, sekarang telah terbuka dan tiap saat, kalau aku
mau, aku dapat berjalan keluar. Dengan jalanku sendiri aku dapat menghubungi
mereka-mereka, anasir-anasir yang aku inginkan, kerana semenjak pintu telah terbuka
bagiku, maka segala-galanya bagiku letaknya jauh tak berantara dekat tak terbatas.
Aku diam di dalam sebuah rumah yang telah tersedia bagiku dengan isnya, yang serba
sederhana, tetapi cukup. Maka adalah kewajipanku menjaga dan memelihara rumah
tersebut dengan baiknya supaya jangan rosak dan kotor, luar dan dalam.
Sekarang umuruku sudah menuju ke setengah abad. Tulangku telah lapuk dan
berkemungkinan pula isi rumahku ada pula yang rusak atau berkarat. Ini adalah akibat dari kesalahanku juga selama ini yang tak pandai menjaga dan memelihara sebaik-
baiknya. Seperti orang lain juga di waktu itu aku membawakan jalannya kehidupanku
dengan menurut hawa nafsu, keinginan-keinginan dengan tidak memikir panjang dan
jauh ke muka dan ke belakang.
Seperti telah kuhuraikan di atas pengalaman yang menyebabkan aku hendak mencari
Tuhan, mencari diri sendiri dan sampai mencari aku yang sebenarnya.
Dan semenjak pintu telah dibuka bagiku dan setelah aku dapat mengetahui keadaan
badan diriku yang telah lemah itu, maka aku berusaha berjalan untukmemenuhi
kebutuhan hidup dengan tidak usah bekerja keras dan berat. Aku telah mengalami
pembedahan sebanyak dua kali pada bahagian punggungku dengan dua kali pula
tambah darah.
Aku ingin hidup dan mahu hidup sebagai seorang manusia yang wajar dengan tidak
mengemis. Dan kalau aku mahu memakan harta pusaka, kerana aku menganggap aku
harus bisa hidup dan masih bisa hidup dengan apa yang ada padaku, kerana fikiranku
masih sihat, dari itu makanya aku jauhi kampung halamanku, aku mengembara
danbermukim di kampung orang.
Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku di pertemuan kiri dan kanan
akan tetapi jalannya kehidupanku berkiri dan berkanan, kerana dunia yang ku diami
berlurah, berbukit, bergunung, berbatu, berduri, berkeluk,berliku-liku, ada siang, ada
malam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis.
Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke laut lepas, lautan yang tak
berpantai, iaitu lautan hidupan. Aku akan mengalir dan mengalir terus yang mana
untuk dapat mencapai tujuanu itu, aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan guna
menghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satu sungai yang besar
sampai di muara.

Aku adalah “Induk” yang berada di dalam diriku dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan
titik-titik terang lagi cemerlang. Menerangi isi batang tubuhku, laksana dikelilingi oleh
binatang-binatang yang berkeliaran.
Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan dan berdiri senditi tidak di kiri dan
tidak pula di kanan, seperti Alif, Alif berasal dari satu titik,titik, bergerak dan
berkembang sampai tegak berdiri lurus.
Oleh kerana aku datang dari SANA dan aku akan kembali ke SANA, maka terhadapnya
aku melakukan perjalanan yang aku namai “Perjalanan balik batang”.
Dan kehidupan yang akan kujalankan di dunia ini, ialah perjalanan seorang Musafir
yang sentiasa berkelana oleh keran adalah aku seorang “Pengembara”.
Aku seorang “Pengembara”, bukan seorang “Pengembala” kerana lain Pengembara
dan lain pula Pengembala.
Si Pengembala sewaktu-waktu akan mempertanggungjawabkan pengembalaan
terhadap tuannya dan aku si Pengembara, bukanlah mengembara kian kemari untuk
bersamanya dan berpoya-poya mengecap kenikmatan hidup lahir sebagai yang
dibawakan seorang turist.
Aku adalah seorang Pengembara yang tak punya, akan tetapi Tuhan kaya.
Aku si Pengembara yang lebih banyak berguru kepada Pengalaman mendudukan
memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendatangiku dengan cara tindaklaku
perbuatanku sendiri dengan jalan yang ada padaku sendiri.
Sebagai seorang manusia seluruh kegiatan perbuatanku itu adalah amalanku, yang
akan kupersembahkan ke hadirat Tuhanku dan terhadap Nusa dan Bangsa dan
sesama manusia.
Aku akan begerak terus di bidangku sendiri bersama-sama atau aku berada sendiri,
untuk orang banyak dan untukku sendiri.
Aku bergerak dengan kedua belah tanganku, dengan jariku yang sepuluh oleh kerana
itu pula nama samaranku si “Sepuluh”.
Dan terhadapNya Tuhanku, aku sentiasa menyusun jari yang sepuluh, menekunkan
kepala yang satu, mehunjamkan lutut yang dua dengan tujuan memohon ampun
sebanyak-banyaknya atas kesalahan-kesalahan yang telah ku perbuat dengan sengaja
atau tidak disengaja.
Aku si “Sepuluh” yang sentiasa menghamparkan tangan selebar-lebarnya terhadap Tuhan
Yang Memerintah seluruh Alam dengan tiada daya-upaya.
“Penyerahan, sebulat-bulatnya segala apa yang ada padaku kepunyaanNya
“Lillahirabbil ‘alamin”. Dan terhadap sesame manusia aku membuka tangan
menampung segala yang mendatang dan menyelesaikannya sedapt mungkin dengan
sebaik-baiknya dan mendudukan segala sesuatu pada tempatnya.
Aku tadinya adalah seumpama benih yang baru ditanam. Perkembangan dan
pertumbuhanku ke dalam berurat dan berakar, keluar menimbulkan “batang”, batang
berdahan dan berdaun dan menghasilkan buah, buahnya menjadi-jadi, kerana ilmuku
ialah ilmu padi, semakin tunduk menjadi. Hendak padi tanamlah padi. Hendak beras
padi ditumbuk. Untuk mendapat tepung buat bikin kuih beras ditumbuk.
Kalau hendak mengenal dan menemui aku, janganlah sekali-kali dengan pemecahan
melainkan dengan “pemisahan”.
Kalau aku dipecahkan, percayalah tidak akan terpecahkan dan akan membawa akibat
kepada badan dirimu sendiri, sebab di saat engkau mencuba memecahkanku,
keadaannya sama juga seolah-olah engkau memecahkan badan dirimu sendiri. Jadi kalau hendak mengenal aku yang sebenarnya, pelajarilah keadaanmu sendiri lebih
dahulu, terdiri dari apa dan bagaimana cara memisahkannya antara yang satu dengan
yang lain.
Hasil dari “pemisahan” sangat berlainan dengan pemecahan, kukatakan padamu
pisahkan lebih dahulu antara diri dan badanmu sampai engkau dapat mengenal dan
menemui dirimu sendiri. Setelah engkau dapat mengenal dan menemui dirimu sendiri,
pelajarilah akan keadaan dan rahsianya, sehingga rahsianya menjadi rahsiamu dan
sesudah itu berusaha pulalah untuk dapat mengenal dan menemui “aku” yang
sebenarnya.
Dengan rahsia dirimu dapat engkau merasakan yang mana yang diri dan yang mana
badan. Dirikah yang berbadan atau badankah yang berdiri? Jawabnya ialah “Aku
berbadan dan berdiri”.
Jadi setelah engkau dapat mengetahui dan merasakan yang mana diri dan yang mana
pula yang badan, maka hendaklah engkau ketahui bahawa adanya badan dan diri itu,
oleh kerana adanya “aku” di dalamnya.
Di mana aku beradanya? Dan bagaimana pula keadaanku? Aku berada bukan di
badan tetapi di diri dan di diri itulah adanya aku yang laksana pelita, pelita itu di dalam
gelas. Gelas itu kelihatan seumpama bintang yang berkilau-kilauan di langit.
Aku dikelilingi oleh bintang-bintang yang berkilau-kilauan atau bintang-bintang yang
bercahaya-cahaya bertaburan di sekelilingku.
Untuk mengetahui keadaanku, perhatikanlah badan diriku. Aku akan tiada, kalau
badan diriku tidak ada. Badan diriku akan mati kalau aku tidak berada lagi di dalamnya.
Aku dihidupkan dan menghidupkan. Dihidupkan dengan minyak kayu yang berkat
(Zaiton) yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat dan mendatangkan aliran
yang hidup, mealiri dan menghidupkan seluruh anggota batang tubuhku.
Temuilah aliran hidup tersebut dan pelajarilah akan isinya. Pelajari dia sejak dari luar
sampai ke dalam. Ibarat satu sungai kalau sudah ditemui muaranya janganlah terus
diharungi lautan lepas dengannya, melainkan mudikilah sungai itu lebih dahulu sampai
ke hulunya supaya dapat tahu lekuk likunya, lubuknya dan lain sebagainya dan dari
hulunya benar turutilah alirannya sambil mempelajarinya sampai ke muara dan untuk
menambah jalannya atau kelancarannya ilmu pengetahuan dilakukan hendaknya dengan berulang-ulang sampai kita dapat mengerti keadaannya yang sebenarnya.
Badankah yang menguasai diri atau dirikah yang menguasai badan? Badan tidak akan
berdiri kalau tidak ada aku dan diripun tak akan ada kalau aku tidak ada.
Maka adalah badan dan diriku bergantung kepada aku keduanya. Padaku keduanya
satu, akan tetapi untuk dapat mengenal satu sama lain orang harus meadakan
“pemisahan”. Pemisahan bukan pemecahan. Pemecahan dalam soal badan dan diri akan membawa akibat, kecuali “pemisahan”. Untuk itu orang harus dapat memisahkan
badan dan diri dan “aku” yang banyak mengandung rahsia itu.
Setelah orang dapat mengenal badannya, maka sesuah itu dia harus dapat pula
hendaknya mengenal dirinya sendiri. Mengenal badan tidaklah sesulit mengenal diri,
sebab badan nyata dan diri tidak nyata.
Bagaimana hubungan badan dan diri?
Kalau mau orang pasti dapat mengenal badan dan isinya. Untuk ini telah banyak yang
ahli, specialis yang mengetahui benar selok-beloknya batang tubuh kita dengan isinya,
iaitu para doctor. Bagaimana kita dapat mengenal diri yang terkandung dalam badan,
apa lagi keadaannya tidak nyata. Bagi orang yang telah dapat mengenal dan menemui
dirinya, dia akan mengatakan adalah badan dan diriku itu seumpama rumah dan isinya,
yang kelihatan dari luar, pintunya tertutup dan “aku” ada di dalamnya, yang bagiku
sendiri pintu untuk keluar rumah pun tertutup.
Kalau orang mau mencari aku tentu dia akan mendatangiku ke rumahku dan kalau mau
menemui aku tentu orang akan memasuki rumahku. Rumahku

Mungkin mudah orang dapat mengenalnya, akan tetapi sanggupkah orang
memasukinya dari luar melalui pintu yang tertutup itu Dengan paksa? Kalau ini
kejadian tentu itu orang namanya orang jahat.
Aku yang duduk di tempatku di dalam rumahku, kalau mau dapatkah aku berjalan
keluar dari rumahku? Untuk aku keluar pintu pun tertutup. Kebebasanku bergerak
hanya dalam rumahku sahaja, tidak dapat keluar. Aku tak tahu siapa yang mengunci
pintu rumahku itu dan sama siapa terpegang anak kuncinya.
Orang harus mengenal aku dan aku harus mengenal orang. Perkenalan satu sama lain
yang akrab menyebabkan rapatnya hubungan antara keduanya. Satu sama lain butuh
membutuhkan. Aku membutuhinya dan dia pun sangat membutuhiku.
Orang yang menuju kepadaku tentu dengan jalannya dan aku pun ada pula jalan
sendiri. Jalan yang berlainan yang menyebabkan satu sama lain susah untuk bergaul,
kenal-mengenal apa lagi untuk mendapati yang sebenarnya, walaupun sama-sama
mempunyai keinginan atau kemahuan baik.
Jalan menuju rumahku adalah jalan orang banyak. Akan tetapi untuk dapat menemuiku
aku hendaklah dipakai jalanku sendiri, kalau tidak aku tak akan bersua. Bertentangan
akan mendatangkan pertengkaran, persesuaian akan menghasilkan yang diinginkan.
Jalanku jalan berisi,berisikan nikmat lagi berpetunjuk. Aku mengisi dan mealiri seluruh
batang tubuhku di dalam. Perjalananku mengisi dan mealiri seluruh batang tubuhku didalam. Perjalanan ku mengisi dan mealiri itu menimbulkan apa yang ada pada
badanku ada pula didiriku. Dan hubungan antara yang satu dengan yang lain, adalah
laksana kawat letrik dengan aliran stroom yang ada di dalamnya.

‪#‎C10‬

Tidak ada komentar:

Posting Komentar