Rabu, 30 Desember 2015

Guru Ruhani Sejati 7 - CIRI MURSYID HAKIKI

Guru Ruhani Sejati 7 - CIRI MURSYID HAKIKI

Bagian 7
CIRI MURSYID HAKIKI
Oleh Sheikh Hisham Kabbani
New York, 1992


Man assasa bunyanahu ‘ala shfa jurufin harin fanhara bihi fi nari jahannam 
(As-Tawba:109). 

Allah berfirman bahawa sekiranya seseorang membangun rumah 
di tepi lereng tanpa pondasi yang kukuh, maka rumah itu pasti akan roboh. 
Tetapi bila seseorang membangun rumah dengan pondasi yang kukuh 
di atas tanah yang keras, maka rumah itu akan menjadi kuat dan baik. 

Ini bermakna bahwa untuk segala bangunan, kita memerlukan seorang yang ahli. 

Sekiranya kita memerlukan pakar untuk membangun dan membina rumah, 
bagaimana pula dengan membangun dan membina hati kita? 
Kita harus mencari seorang Guru Sejati, 
seorang guru yang ahli untuk menolong kita untuk membina hati kita 
menjadi suci dan baik.

Bagaimana caranya kita mengenali mursid yang sahih? 
Mursid yang sejati? 
Pernah pada suatu masa dahulu, Syaikh. Abdullah Daghestani (qs) berkata bahawa 
untuk mengetahui mursyid yang sejati, 
perkara yang pertama ialah dia harus sempurnakan pakaian atau penampilan luarnya 

Sekiranya rupa dan pakaian luar (sunah Nabi saw dan sya’riah) tidak cukup dan sempurna, maka artinya masih terdapat kecacatan pada hatiya. 
Jangan ikut dia. 

Mursyid di dalam tariqat mestilah sempurnakan rupa luarannya atau syariatnya.

Syaikh Abdullah (qs) juga berkata bahawa sekiranya kita memiliki jam tangan, 
dan jam tersebut mesinnya berfungsi dengan baik tetapi tidak ada jarum, 
maka ia tidak dapat menunjukkan waktu kepada kita – artinya jam itu tidak berguna. 
Dan sekiranya jam itu ada dua jarumnya tetapi alat-alat mesin di dalam jam itu 
tidak berfungsi dengan 100%, 
maka jam itupun tidak akan dapat menunjukkan waktu yang benar. 
Jadi luar dan dalam mestilah sempurna. 
Demikian pula dengan seorang Mursyid sejati, 
100% harus benar luar dalamnya untuk menjadi seorang mursyid yang hakiki.

Apabila kita hendak mencari seorang mursyid, 
pastikan bahwa dia tanpa sedikitpun nuqsaniyya (tanpa kecacatan). 
Sekiranya ada sesuatu yang kurang, jangan ikuti dia. 

Ini berarti sekiranya dia meninggalkan sesuatu daripada aspek pakaian luaran 
(sunnah Nabi saw), sudah tentu aspek dalaman pun banyak yang akan dia lalaikan. 

Karena apa yang di dalam, orang tidak dapat melihatnya. 
Kita berpakaian indah kerana kita tahu orang akan lihat. 
Seandainya tidak ada seorangpun yang melihat kita, 
maka kita tidak akan begitu menghiraukan penampilan kita. 

Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang orang tidak dapat lihat di dalam jiwa kita? 

Sudah pasti banyak perkara yang kita akan lalaikan kerana 
kita tahu mereka tidak dapat melihatnya. 

Begitu pula halnya dengan seorang mursyid – 
dia mesti sempurna dari segi luaran dan dalaman. 

Jika tidak, dia hanya boleh membimbing kita sepotong jalan sahaja 
dan bukannya 100% jalan ruhani yang hendak kita tempuh bersamanya.

Menurut Mawlana Syaikh Abdullah Faiz (qs) 
langkah pertama untuk mengenali seorang mursyid itu sah atau tidak ialah 
melalui pakaian luaran dia ( mengikuti seluruh sunah Nabi Muhammad saw). 
Sekiranya dia sempurna dengan segala-galanya, 
maka dia telah memenuhi satu tuntutan. 

Kedua, ialah dalamannya. 
Bagaimana kita dapat melihat apa yang ada didalam hatinya? 
Pastikan bahwa dia menghormati semua orang, 
tanpa diskriminasi – 
tanpa melihat agama apa yang orang itu menganutnya. 

Karena semua orang adalah hamba Allah, Allah Yang Satu, yang sama. 
Meskipun mereka itu Muslim, Christian, Yahudi, Hindu, Buddhist dan sebagainya - 
itu semua bukan urusan dia, 
kerana mereka semua adalah hamba-hamba Allah.

 Mursyid yang hakiki mestilah menghormati mereka semua 
kerana mereka adalah ciptaan Allah, 
dimana terdapat cahaya Ilahi di dalam diri mereka.

Selain rasa hormat, diapun harus mengasihi mereka. 
Dia harus mau memberi kepada mereka 
apa yang dia berikan kepada diri sendiri dan murid-muridnya, 
walaupun mereka bukan pengikutnya. 

Dia perlu menunujukkan hormat dan kasih sayang kepada semua. 

Ketiga, dia mesti merendahkan diri – bahawa 
dia adalah lebih rendah daripada yang lain. 
Dia tidak boleh bermegahan dan merasakan bahawa 
dia adalah yang paling tinggi dari segi derajatnya, 
karena hanya Allah Yang Maha Tinggi. 

Sekiranya dia merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada yang lain, 
maka dia adalah seperti syaitan 
yang menganggap dirinya lebih tinggi daripada Nabi Adam (as).

Inilah ciri-ciri “dalaman” seorang mursyid yang sahih,seorang Mursyid yang Hakiki. 
Dari segi luaran, dia mesti berpakaian lengkap ahli Sufi (sunnah Nabi yang lengkap) dan dari segi dalaman, dia harus memiliki tiga ciri-ciri di atas. 

Sekiranya ternyata guru anda tidak berpenampilan seperti demikian, 
maka ikutilah dia bila anda merasakan kepuasan bersamanya 
sebab hal inipun merupakan ciri-ciri Mursyid yang Hakiki, 
apa yang kekurangan akan dibekalkan. 
Seandainya anda tidak merasakan hal ini juga, 
maka carilah mursyid yang lain. 
Pasti anda akan jumpa.

Allah amat penyayang pada hambaNya. 
Dengan cara anda memintaNya, tetapi apabila anda tidak meminta, 
maka Allah pun tidak akan memberikannya . 

Apabila anda mencari, Allah akan beri. 
Maka carilah dengan seikhlasnya, 
pasti akan Allah berikan seorang mursyid kepada anda.

Wa min Allah at- tawfiq bi hurmati al-Fatihah.



Dikutip dari http://mevlanasufi.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar