Rabu, 30 Desember 2015

SADAR DIRI

BILALAH NAK SEDAR DIRI?....
Semalam seharian saya bercakap pasal TAKLIF. 
Sebabnya itulah masalah sebenar kita...pengabaian taklif, iaitu tanggungjawab peribadi. 

Kalau kita cakap pasal taklif kita bercakap tentang batang hidung sendiri, 
bukan tentang orang lain. 

Bahkan kita takkan ada masa ataupun berani untuk menyibuk dengan hal orang 
kerana hal sendiripun masih banyak yang tidak kita selesaikan.

Taklif itu berkait dengan DIRI dan NASIB AKHIR. 

Maka tak boleh main2 dengan taklif. 
Taklif setiap orang tidak sama antara satu dengan lain. 
Maka setiap orang nak kena tahu taklif masing2. 
Dan itulah sebabnya ILMU itu jadi kewajiban setiap lelaki dan perempuan. 

Tanpa ilmu bagaimana dia nak tahu apa taklifnya dan bagaimana menunaikannya?

Taklif bermula dengan diri. 
Kemudian kepada diri2 di sekeliling kita yg diletakkan di bawah amanah kita. 
Contohnya keluarga. 
Keluarga itulah 'kerajaan' kita 
di mana kita menjadi penguasa, pembuat dasar, dan pelaksana. 

Kalau institusi keluarga terjaga dengan baik, 
masyarakat dan negara tentulah jadi baik juga. 
Tapi tidak ramai yg nampak hakikat ini. 

Demokrasi barat mengajar kita memandang ke luar dan lupa melihat ke dalam. 

Maka orang ramai diajar melihat kepada 'negara' sebagai 
punca masalah dan penyelesai masalah. 
Mereka lupa unit2 kecil yg membentuk negara dan masyarakat itu adalah 
dirinya sendiri dan keluarganya.

Maka siang malam dia 'berfikir' kononnya tentang dosa2 dan kezaliman pemerintah 
dan lupa terhadap dosa2 dan kezaliman diri sendiri kerana telah mengabaikan taklifnya. 

Sedangkan dia akan ditanya tentang taklifnya sendiri....bukan taklif orang lain. 

Akibatnya dia telah gagal mentadbir diri dan keluarganya dengan sewajarnya. 
Dan alangkah ramainya orang yg gagal itu. 
Tetapi mereka yg demikian sifatnya itulah yg begitu rakus mahu menyibuk 
dengan urusan yg lebih besar, iaitu urusan pentadbiran negara! 

Bagaimana mereka yg gagal mengurus diri dan keluarga sendiri 
merasa dia layak mengurus negara dan hal ehwal masyarakat? 

Dia dah ada 'kerajaan' sendiri yg dia gagal uruskan tapi nak kerajaan yg lebih besar. 

Dia tak mampu pun untuk mengajar anak bininya 
tentang makna kehidupan tapi sibuk nak mengajar orang lain 
bagaimana mengurus urusan hidup. Gila ke apa?

Sungguhlah mereka ini tiada sedar diri dan tiada insaf tentang nasib akhir. 

Mereka lupa pesanan Nabi bahawa: 
"di antara tanda keelokan Islam seseorang itu adalah 
meninggalkan apa yg tiada berkenaan dengan dirinya...."
‪#‎syeikhJk‬

Tidak ada komentar:

Posting Komentar