Berkata Sheikh Abdul Qadir al Jilani:
"Wahai Salik!
Dalam perjalanan yang begitu sulit ini,tiada mustahil ada patah di tengah jalan,
sebab tidak tertanggungkan pedih yang menyucuk dari ranjau dan duri
yang berserakan di sana sini.
Ataupun dikalahkan oleh ujian ujian yang berat yang mengganggu gugat syahwat dan nafsu dan seumpamanya dari gejala gejala yang mengacau ketenangan diri,
sebab tidak kurang iblis dan syaitan yang datang untuk meniup debu debu perdayaannya, tidak kurang muncul konco konco yang datang sebagai alat jenteranya.
Maka kerana itu ada yang sampai terkecundang juga si Salik dalam perjalanannya.
Maka tersungkurlah dia, seperti orang yang termakan sumpahnya.
Sayang seribu kali sayang, dia laksana anak anak yang bermain dadu,
apabila tersalah limpar keluar nombor yang merugikan, lalu nasibnya ditelan ular.
Maka terpaksalah dia mendaki semula.
Ini dianggap dosa yang terbesar, yang terlalu berat ditanggung oleh dirinya.
Maka menyesallah dia dan menangislah dia, lalu kembali mendaki
dari pangkalnya semula.
Begitulah ibaratnya, mudah mudahan anda faham."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar