Kamis, 31 Desember 2015

SEDARLAH DIRI SEBELUM TERLAMBAT!

Berkata Sheikh Abdul Qadir al Jilani lagi:

SEDARLAH DIRI SEBELUM TERLAMBAT!

Ayuhai orang yang menjauhkan diri dari Al Haq!
Ayuhai orang melarikan diri dari Syariat!
Ayuhai orang yang tidak mempedulikan agama!
Ayuhai penghuni bumi yang suka menurut hawa nafsu!
Ayuhai orang yang menyembah Ghairullah!
Ayuhai orang yang melupan Allah!

Kamu sekalian tidak akan terlepas dari hukuman Allah, 
Tuhan yang kuasaNya meliputi segala sesuatu, 
dari yang sekecil kecilnya kepada yang sebesar besarnya.

Datanglah dengan merendahkan diri kepada Allah.
Pohonlah rahmat daripadaNya. 
Mintalah segala yang baik daripadaNya. 

BERTAUBATlah kepadaNya, jika kamu telah berdosa. 
Ingatlah dengan berZIKIR kepadanya. 
Sembahlah Dia dengan khusyuk dan kerendahan diri. 
Nescaya Dia akan memberikan kepada kamu segala apa yang dicita citakan itu.
Semua itu mestilah dilakukan dengan penuh ikhlas 
dengan membelakangi semua tuntutan hawa nafsu kamu 
kerana hawa nafsu itu akan menarik kamu jauh daripada Allah, 
sedang segala urusan yang dibuat tidak menggantungkan harapan kepada Allah, 
tentu akan gagal dan runtuh, apabila Tuhan tidak merestuinya.

Lantaran itu hendaklah kamu sedar!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar