Awal bermula ilmu itu telah sedia di dalam hidangan ini seumpama mutiara
yang dikandung oleh ibuan, yakni tertutup dengan beberapa hijab yang zhulumah
maka tiada mengetahui ia daripada segala orang yang awam
melainkan yang dapat mengetahui bagaimana yang tersebut itu ialah
orang yang alim billah,
yakni orang yang mengetahui Zat-Nya, Sifat-Nya dan Asma-Nya dan Af’al-Nya
dengan jalan mendapat khasyaf dari Rabbil a'lamin.
Adapun dizahir akan ia kerana hendak menunjuki akan adanya khazanah tasawuf sufiyah bertoriqah yang diakhir zaman ini diangkari oleh kaum cerdik pandai islam sendiri akan ini difitnah orang-orang bertoriqah itu bidaah lagi sesat adanya.
Ketahui oleh mu bahawa orang bertoriqah haq itu
amat menjaga adab akhlak syariatan amalan jasaddiyah.
Yang lima tetap ia lima dan yang enam tetap ia juga enam dan
ihsan itu rahsia ubudiyah kepada Tuhan,
sebagaimana Jibril a.s bertemu Rasullullah shalallahu alaihi wassalam
bertemu empat mata dan
bertemu dua lutut
bertanyakan
apa itu islam
apa itu iman dan
apa itu ihsan.
Bermula Nur itu dua.
Satu Nur pada khariz dan kedua Nur pada zihin.
Pada ibarat sahaja bukan ianya pada makna dan makna Nur itu satu jua adanya.
Yakni satu Nur yang nyata bagi diri kamu itu ghaib ia dengan segala asma dan
satu Nur yang nyata bagi diri kamu bekasnya daripada langit dan bumi, syurga dan neraka.
Maka Nur yang awal itu maujud pada khariz dan Nur yang kedua itu maujud pada zihin, murad dengan bekasnya itu
bagaimana kenyataan dalam sanubari itu atau pun sebagainya.
Murad dengan Nur itu suci dan tahkid dan tetap barang itu adanya dan terangnya ada.
Maka di sabdanya Nabi Rasullullah shalallahu alaihi wassalam.
Mafhumnya bahwasanya di dalam jasad Anak Adam ada segumpal daging,
apabila baik ia nescaya baik sekelian badan dan apabila binasa ia nescaya binasa sekelian badan dan kata Imam Ghazali rahmatullahi taala.
Bahawasanya telah nyata dengan hadith Nabi Rasullullah shalallahu alaihi wassalam ini, bahawsanya asal kemuliaan manusia itu adalah perkerjaan ihwal hati.
Maka adapun hati itu seperti raja yang diikuti di dalam alam jasad itu.
Dan segala anggota yang zahir yakni lain daripada hati itu tenteranya dan rakyatnya yang mengikuti akan dia.
Yakni hati itu seperti raja dan badan itu seperti negeri tempat kerajaan dan
segala anggota yang zahir itu seperti tenteranya dan rakyatnya, murad dengan anggota
yang zahir itu iaitu seperti mata dan hidung dan teliga dan lidah dan tangan dan faraj dan perut dan kaki.
Syahadan bermula Lafaz Qolbi dan Lafaz Ruh dan Lafaz Nafas dan Lafaz Akal itu sebab inilah menyatakan Imam Ghazali Rahmatullahi Taala dengan katanya
Yakni mengenal hati dan makna ruh dan makna nafas dan makna akal. Adapun Lafaz Qolbi yakni hati iaitu di ithalakkan (semata-mata) bagi dua makna.
Ada pun makna pertama ianya segenggam daging, rupanya seperti buah sanubari yang ditaruh letak dalam pihak kiri pada dada dan di dalam bathin itu berlubang tempat diam darah yang hitam iaitu tempat terbit Ruh dan tempat keluarnya. Dan daging yang dinamakan hati yang di atas rupa buah sanubari itu ada pula baginya khayal angan-angan, haiwan binatang, syaitan dan iblis bagi nafsu orang-orang yang mati hati.
Maka ada pun ertinya makna yang kedua itu ianya
Latiful Rabbaniah Ruhaniah
yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada Tuhannya,
ya itulah Haqiqat Ruh manusia seperti friman Allah Taala.
Mafhum ertinya katakanlah oleh mu Ya Muhammad,
bermula Ruh itu perbuatan Tuhanku dan tidak megetahui akan rahsianya
melainkan orang yang sedikit.
Adalah baginya berhubung dengan daging yang bernama hati sanubari dan
adalah hati yang bernama Latiful Rabbaniah
iaitu yang mengetahui akan Allah Taala
yang mendapat ia bagi barang yang tiada mendapat akan dia oleh khayal dan waham
maka ada pun hati yang bernama Latifatul Rabbaniah ia itulah
Hakikat Insaniyah dan yang di Qhitab (ditentukan) oleh Allah Taala
di dalam Alam Ruh dengan firman-Nya Alastu Birabbikum dan di jawab Qolubala..
Dan adapun yang bernama Ruh Thobii namanya iaitu
seperti asap yang tempat ternyatanya darah yang hitam yang di dalam bathin daging dan terhembur dengan segala urat-urat yang bergerak dan urat-urat yang memalu-malu
di dalam segala suku-suku sekelian badan.
Yakni dimisalkan itu seperti cahaya pelita di dalam rumah
kerana terang segala penjuru yang di dalam rumah itu ialah daripada cahaya pelita jua.
Maka yang dikehendaki oleh segala ahli tholib dengan ithlak akan dia itu akan ruh Thobii hayat itu ruh dan dengan dialah hidup sekelian jasad ini dengan dia itu keluar masuk segala nafas dan dengan dialah kekal darah di dalam sekelian badan dan
apabila sabitnya keluar Ruh Thobii itu daripada badan
maka ia itu matilah sekelian badan dan putuslah nafas dan hilanglah darahnya.
Adapun Latiful Rabbaniah
yakni jisim yang halus maujud ia di dalam badan
yang dibangsakan kepada perbuatan Tuhan iaitu makna Haqiqat Hati dan
adapun Ruh dan Qolbi itu kedua-duanya itu atau bilangan dengan makna yang satu iaitu dinamakan Al-Latifatul Rabbaniah yang tersebut dahulu itu di datangkan kedua-duanya itu atas anuar yang satu pada hal tiada berbeza dan tiada berlainannya pada ibarat makna
yang pertama jua dan kepada makna yang kedua itu kerana haqiqat Ruh itu
tiada mengetahui akan dia melainkan Allah Taala ataupun
orang yang diberi ilmu laduni namanya.
Maka segala nyawa manusia itu didalam Qolbi dan
bermula Qolbi itu jantung yakni Rumah Qolbi dan
bermula jantung itu Rumah Nyawa dan
bermula Rumah Nyawa itu ialah Aku
tetapi Aku itu didalam Qolbi seperti firman Allah
"Wa fi am pusakum apala tubsirun"
yakni "akan apa yang ada (Aku) didalam diri kamu tiadakah kamu lihat."
Dan bermula Qolbi itu yang bernama Ha,
bermula yang bernama Ha itu hati,
bermula hati itu ialah bernama Muhammad,
maka nyawa kita dan sirr kita pada Muhammad dan
adapun Hu itu ia sendiri tiada sekelian.
Maka firman Allah Taala Kun Fayakun
maka jadilah Nur Muhammad di dari sumber Nur Allah Taala
setelah lengkap jadi Nur Muhammad
maka Allah pun ghaib didalam Nur Muhammd
maka Nur Muhammad pun menilik ia akan keelokan dirinya Lam Jalalah
maka keluarlah nyawa sekelian alam ini.
Yakni terpancarlah kenyataan Nurnya itu diibarat seperti satu lampu yang sangat terang maka ditetap kepada lampu itu dengan satu raga itu dibalut dengan kertas
bermacam-macam warnanya
maka cahaya lampu itu terpancar kepada lubang raga yang dibalut dengan kertas kertas itu maka keluarlah dengan bermacam-macam warna daripada lubang raga itu
maka apabila koyak satu kertas pada lubang raga itu nescaya hilang cahaya kembali
kepada lampunya.
Maka Nur Muhammad itu ghaib ia pada sekelian badan hamba Allah Taala yang mukmin. Yakni bersama dengan cahaya lampu
yang terpancar kepada lubang raga yang tersebut dahulunya.
Dan adapun hati, bermula ia itu sirr yang latif di taruhkan Allah Taala bagi manusia
di dalam dada pada pihak limbungan kiri dan
dibungkus dengan daging segumpal menempa kenderaannya dan
tiap-tiap anggota jasad itu askar dan rakyat dan
hati itu Raja baginya dan Raja itu dua sifat mukanya.
Satu muka menilik ia kepada dirinya dan satu muka menilik ia kepada Tuhannya.
Maka muka yang awal itu menunding di dalam matanya segala rupa-rupa Akuan dan
Mata Hati itu Akal
dan selama lagi Akal itu dibawah Akuan
maka Hati itu ditawannya hingga apabila hilangkan Akuan daripadanya
maka hilanglah Akal yang bertambah itu dan
zahirlah bekasnya yang ghaib dan
bercahaya-cahayalah Nur Ma’rifat itu
maka meniliklah ia dengan Nur Ma’rifat yang ditaruhkan didalam bathin itu iaitu
mata yang halus (basyirah) dan telah datanglah yang Haq dan hilanglah yang Bathil.
Adapun Ha itu daripada hati dan jika sirr pun daripada hati jua kerana inilah
dikata
takala hati itu cenderung kepada segala keinginan dunia
seperti makanan, lemak, manis atau qpun barang sebagainya,
maka takala itu dinamai Nafsu.
Dan apabila hati itu cenderung kepada segala kebaktian dunia dan akhirat
maka ia ibadat namanya akan dia.
Dan
takala hati itu berahi akan Allah Taala sah akan pertemuan Allah Taala,
maka ketika itu Ruh dinamai akan dia dan
takala hati itu memancarkan sesuatu maka ketika itu Akal namanya dan
budi pun namanya dan takala hati itu mengetahui dirinya itu baik dan jahat dan
sakit ketika itu Hati Yang Halus namanya dan
takala ia berkehendakkan kepada sesuatu Nafsu namanya dan
takala ia mengetahui Hamba dan Tuhan ketika itu Qolbi Zarah namanya dan
Cermin Ikhlas pun namanya juga.
Dan
Takala ia mengEsakan Allah Taala ketika itu Tauhidan namanya dan
Perisai pun namanya juga dan
takala ia melihat Kebesaran Tuhan Ma’rifat namanya
dan Arash pun namanya juga dan
takala ia sudah ketahui Zat dan Sifat dan Asma dan Af’al ketika itu Ummi Kitab namanya dan Nur pun namanya juga dan
takala ia mengetahui Tuhan lengkapnya sekelian alam tetap dengan Zat dan Sifat iaitu sekelian alam kepada Tuhan Ma’rifat Nur namanya dan Ahadiah Takdir pun namanya juga
dan
takala ia tetap Ma’rifat dan Tauhidnya ketika itu Lufh namanya dan Qalamul U’lia pun namanya juga
dan
takala ia sudah ketahui didalam ghaib Qalamul Arash namanya dan Qalam Naps pun namanya juga
dan
takala ia tetap seketika didalam ghaib dengan hairan tercengang ketika itu Irradat namanya dan Qudrat pun namanya dan Rahsia pun namanya.
Takdir Rahsia itu mengembalikan Amanah Kepada Yang Empunya Amanah,
Amanat namanya.
Dan
takala ia sudah mengetahui didalam ghaib hamba yang menanggungkan Amanah hairanlah ia akan dirinya Khazaan namanya
dan
takala ia mengetahui tubuh dan dirinya dengan Dia Kunhu namanya
dan
takala ia mengetahui keadaan dirinya ada sekelian alam umpama banjir sebanjir
di tengah pasir ataupun seperti sebuah jong di tengah laut Kunhu Kazal namanya dan Qolbi Mukmin namanya.
Dan adapun semua ini adalah kiasan umpama jua dari ilmu amal kerja para sufiyah
tiada dapat melainkan dari talkin Mursyhidin yang punya sanad
bukan ia angan-angan cita juga dogengan syahadan
maka barang siapa hijad mujahadah mendapat ia rahsia bathin islam ini.
Bukan ia dengan membaca kitab bergedung, fasih arabnya,
berlipas-lapis jubah pakaian dan besar serbannya diatas kepala.
Walahualam.
Wassalammualaik.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar