Sabtu, 12 Desember 2015

HAJI DALAM PANDANGAN MAKRIFAT.

HAJI DALAM PANDANGAN MAKRIFAT.

Haji itu dilaksanakan didalam diri anda sendiri. 
Haji itu ada bersangkut paut dengan pergorbanan. 
Apakah pergertian korban yang sebenar2nya? 
Adakah Allah itu memandang pada binatang yang dikorbankan itu? 
Adakah Allah pandang pada nabi Ismail ketika dia disembelih oleh ayahnya sendiri?

Pergertian korban itu ertinya ialah penyerahan. 
Penyerahan zat, sifat, af'al dan asma kembali kepada Allah Ta'ala. 
Jangan lagi di adakan sifat2 keakuan diri. 
Serahkan secara mutlak zahir dan batin kepada Allah. 
Semuanya menjadi milik Allah.

Ada yang mengatakan, 
apabila anda mengerjakan haji diMekah...
anda diibaratkan seperti bayi yang suci dan bersih. 
Apakah pergertian suci dan bersih itu dan 
bagaimankah anda bisa mencapai kepada tahap tersebut?

Apabila anda telah kembalikan zahir dan batin kepada Allah, 
maka anda itu berada didalam keadaan fitrah. 
Fitrah itu ertinya semula jadi bersih dan suci. 

Tidak kah anda menjadi bersih dan suci apabila segala2nya menjadi milik Allah? 

Tiada lagi yang dikatakan milik kita. 
Di sini juga anda telah pun kembalikan amanah dan rahsia 
kepada tuan yang empunya rahsia dan amanah iaitu Allah swt..

Renung2kanlah......smile emotikon

Tidak ada komentar:

Posting Komentar