Khawf dalam tasawuf bermaksud hadirnya perasaan takut ke dalam diri
seorang salik (orang yang menuju Tuhan) kerana dihantui oleh perasaan dosa dan ancaman yang akan menimpanya. Seorang yang berada dalam khawf akan merasa lebih takut kepada dirinya sendiri sama sebagaimana ketakutannya kepada musuhnya. Saat khawf menghampirinya ia merasa tenteram dan tenang kerana kondisi hatinya yang semakin dekat dengan Tuhan.
Perasaan khawf akan menghalangnya melarikan diri daripada Tuhannya. Dia juga merasa takut terhadap ancaman dan hukuman Tuhannya, oleh itu dia akan sentiasa memenuhi masanya dengan berzikir dan berdoa agar terlindung daripada azabNya. Zikir dan doanya yang khusus disebabkan rasa ketakutan tersebut akan menjaga dan menjadikannya tenteram. Allah berfirman yang bermaksud:
“Mereka kembali kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut
(khawf) dan harap.”
Seorang yang memiliki perasaan khawf kepada Tuhan akan menghilangkan
perasaan khawf terhadap perkara-perkara lainnya. Dia takut kepada Tuhannya, bukan demi dirinya sendiri melainkan merasa takzimnya kepada Tuhan. Apabila khawf menetap dalam hati seseorang, maka objek nafsu habis terhakis dan keinginan terhadap dunia akan terusir. Khawf akan mengendali hatinya menuju Tuhannya yang satu. Pada saat kondisi hati berada dalam khawf kepada Allah, dia akan mendekati keagungan dan kemuliaanNya.
Takut merupakan tempat persinggahan yang amat penting dan paling
bermanfaat bagi hati. Hati akan menjadi tenang, tenteram dan damai.
Dalam ketakutan seseorang sufi melakukan pelbagai ketaatan kerana khuatir
amalannya tidak diterima Tuhannya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab)
Rabb mereka, dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb
mereka, dan orang-orang yang mempersekutukan dengan Rabb mereka
(sesuatu apa pun) dan orang-orang yang memberikan apa yang telah
mereka berikan dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa)
sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka, mereka
itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan dan merekalah
orang-orang yang segera memperolehnya.”
Berkenaan dengan neraka dan surga ini, dalam perkembangan mistik Islam
memunculkan ajaran khauf (takut) dan raja’ (harap), dan yang pertama
mengajarkannya adalah seorang sufi, Hasan al-Basri. Khauf ini merupakan takut kepada Allah akan azab-Nya di neraka. Sebaliknya, raja’ adalah mengharapkan ridha Allah sehingga mendapatkan surga-Nya. Kedua ajaran ini berdampingan karena mempunyai orientasi yang sama yakni kehidupan di alam akhirat. Khauf dan raja’merupakan komponen iman, sebagaimana orang yang beriman akan berdoa dengan rasa takut dan pengharapan: “Mereka menyeru kepada Tuhannya dengan rasa takut
dan harap” (Q.S., as-Sajdah, 32:16).
Setelah khauf (takut) dan raja’ (harap) diajarkan Hasan al-Basri, kaum
muslimin di sekitarnya pada saat itu menjadi sangat tekun beribadah sebab takut kepada siksa neraka, dan amat mendambakan kebahagiaan surga. Menyaksikan hal itu, sufi-penyair Rabi’ah al-Adawiyah berusaha meluruskan bahwa takut dan pengharapan itu bukan karena neraka dan surga, melainkan karena Allah SWT. Bagi
HAL TAWADDU'
Tawaddu` adalah perasaan yang selalu muncul dalam diri seorang sufi hasil
daripada penghampirannya dengan Allah. Ia merasa senang dan tenteram
bersama Tuhan di samping ia menjadi tegar dalam menghadapi perkara
buruk yang menimpanya dan dia pula tidak pernah pasrah. Namun ia
menggunakan kesenangan dan ketenteraman perasaannya sebagai penggerak
dalam tindakannya. Seorang sufi tersebut akan meninggalkan sifat bongkak
dan sombong untuk memastikan hatinya bersih dari sifat-sifat tercela. Allah
berfirman yang bermaksud:
“Hamba-hamba Yang Maha Pengasih, dialah orang-orang yang
berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong) jika mereka
dicela oleh orang-orang yang (jahil) mereka berkata selamat.”
Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada-ku, agar kalian
rendah hati, hingga seseorang tidak membanggakan diri terhadap
yang lain dan seseorang tidak berbuat aniaya terhadap yang lain.”
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada kesombongan
meskipun seberat zarah.
Tawaddu` sebenarnya adalah kerendahan hati seorang hamba (ketundukan)
terhadap kebenaran dan kekuasaanNya.85 Tawaddu` juga merupakan
kepasrahan kepada kebenaran dengan mematuhi bahawa tawaddu` itu adalah
merendahkan sayap terhadap semua makhluk dan bersikap lembut kepada
mereka.
Merendahkan sayap tersebut bermaksud meninggalkan kesombongan
untuk mewujudkan persamaan di mana tidak ada perbezaan antara seseorang
manusia dengan lainnya; kecuali dengan ketakwaan. Sikap tawaddu` yang
terbenam dalam hati seorang Muslim adalah suatu usaha untuk menghindari
sifat tamak (haloba), bongkak dan sombong.
Syaikh al-Islam ‘Abdullah al-Ansari mengatakan tawaddu` mempunyai
tiga tahap iaitu:
1. tawaddu` kepada agama, iaitu tidak menentangnya dengan pemikiran
dan penukilan, tidak menolak dalil agama dan tidak berfikir untuk
menyangkalnya;
2. meredhai seorang Muslim sebagai saudara sesama hamba Allah
meredhai dirinya, tidak menolak kebenaran sekalipun datang
daripada musuh dan menerima permohonan maaf daripada orang
yang meminta maaf;
3. tunduk kepada kebenaran (Allah) dengan melepaskan pendapat dan
kebiasaan dalam mengabdi tidak melihat hak dalam mu’amalah.
Seorang sufi menyifatkan tawaddu` dengan merendahkan hati, menjalankan
perintah dan menjauhi laranganNya di mana semua aktivitinya itu diwarnai
dengan nilai kebenaran serta menolak sifat-sifat yang mengotorinya dan
meninggalkan kesombongan diri.
HAL TAQWA
Taqwa adalah satu sifat yang dinisbahkan kepada orang yang patuh, taat dan
sabr terhadap perintah Allah serta memelihara dirinya daripada tergelincir
ke dalam perkara-perkara yang buruk. Taqwa dalam pengertian umum dapat
dikatakan: “Memelihara diri dan tetap menjaganya dengan melaksanakan
ketaatan dan amal soleh”. Taqwa merupakan ketua bagi seluruh kebaikan dan
hakikatnya adalah seseorang melindungi dirinya daripada hukuman Tuhan
dengan ketundukan kepadaNya. Taqwa adalah usaha penjagaan daripada
tergelincir ke dalam syirik, dosa dan kejahatan, serta hal-hal yang shubhat
(diragui tentang halal dan haramnya). Al-Maraghi mendefinisikan taqwa
dengan menjaga diri daripada hukuman dan kemurkaan Allah dengan cara
tidak melakukan maksiat kepadaNya.
Dalam tasawuf taqwa merupakan kondisi batin yang terpelihara dan
berada dalam penjagaan dan pemeliharaan diri dengan sebab ketaatan dan
kesolehan seseorang kepada Tuhannya. Pemeliharaan diri daripada nilai
negatif melahirkan suatu kondisi "Bat iniyyah latifah Rabbaniyyah" iaitu
suatu keadaan psikologi yang lembut yang berisi nilai ketuhanan yang
kukuh sehingga ia memperoleh ketenangan dan kebahagiaan. Ketakwaan
pada hakikatnya adalah pengendalian diri dan emosinya daripada menurut
kecenderungan hawa nafsunya. Seseorang yang memiliki taqwa, akan
sentiasa berlaku benar, adil, amanah dan mempunyai hubungan yang baik
dengan lingkungannya. Ketakwaan bukanlah kondisi batin yang hadir secara
tiba-tiba, tetapi lebih daripada anugerah, taufiq dan hidayah daripada Allah kepada hambaNya yang taat dan beramal soleh.
HAL IKHLAS
Ikhlas merupakan hal yang sangat prinsip dalam ibadat. Ikhlas adalah
tindakan dan perbuatan murni yang tidak dicampuri oleh perkara-perkara
lain. Secara etimologi, ikhlas sering diertikan dengan kemurnian yang tidak
dicampuri hal yang menjadi tujuan. Dalam ajaran sufi keikhlasan adalah
suatu yang diperlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah sama ada dari
sudut niat mahupun tindakan. Seorang sufi membersihkan amal perbuatannya
daripada ‘ujub, riya’, hubb al-dunya, hasad, takabbur dan sebagainya dengan
mengerjakan amal soleh semata-mata kerana Allah maka dia disebut sebagai
seorang mukhlis (beramal dengan penuh keikhlasan) dan perbuatannya itu
adalah ikhlas.
Jadi ikhlas merupakan sesuatu hal yang bersifat batiniyah dan teruji
kemurniannya dengan amalan soleh. Ia merupakan perasaan halus yang
tidak dapat diketahui oleh sesiapapun. Amal perbuatan adalah bentuk-bentuk
lahiriyah yang boleh dilihat sedangkan roh amal perbuatan itu adalah rahsia
iaitu keikhlasan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kepada Engkau sahaja, kami menyembah dan kepada Engkau sahaja
kami memohon pertolongan.”
Keikhlasan, apabila ditinjau dalam bentuk realiti amalan, maka ia dapat
dibahagi kepada tiga peringkat, iaitu:
1. tidak melihat amalan sebagai amalan semata-mata iaitu tidak
mencari balasan daripada amalan dan tidak puas terhadap amalan;
2. malu terhadap amalan di samping sentiasa berusaha sekuat tenaga
menjaga amalan dengan sentiasa dan tetap menjaga kesaksian serta
memelihara cahaya taufiq yang dipancarkan oleh Allah SWT;
3. memurnikan amalan dengan melakukan amalan berasaskan ilmu
serta tunduk kepada kehendak Allah.
Keikhlasan bukanlah hal yang statik yang sekali wujud akan sentiasa bertahan selamanya di dalam diri manusia. Ia adalah suatu yang dinamis yang sentiasa
menuntut kesungguhan pemeliharaan dan peningkatan.93 Keikhlasan menjadi
langkah bagi manusia untuk menumbuhkembangkan potensi sedia ada
yang akan memberi kesan kepada amalan dan teruji dalam kualiti mahupun
kuantiti.
HAL SYUKUR
Shukr atau bersyukur bererti berterima kasih. Dalam kehidupan sehari-hari
orang sering mengatakan “mari bersyukur” atau “bersyukurlah” ertinya
berterima kasih terhadap sesuatu nikmat atau suatu pemberian. Dalam tasawuf
shukr memiliki makna yang indah di samping mengenali pemberi nikmat ia
juga harus mengakui nilai yang terdapat pada shukr tersebut. Shukr itu boleh
diwujudkan dalam bentuk lisan atau dalam hati. Shukr dengan lisan dapat
dipraktikkan berupa “pengakuan” terhadap anugerah yang diberi dalam bentuk
keredhaan, manakala shukr dengan hati berupa ketenteraman dan kedamaian
yang diperoleh dengan mewujudkan perbuatan mulia secara rutin.
Allah menamakan diriNya al-Shakir dan al-Shakur dan juga menamakan
orang yang bersyukur itu dengan dua nama ini. Dalam hal ini Allah
menyifatkan manusia yang bersyukur dengan sifatNya dan memberikan nama
kepada mereka dengan namaNya. Allah memberikan anugerah dan kurnia
kepada orang-orang yang bersyukur tetapi sedikit sekali di antara manusia
(hamba-hamba Tuhan) yang bersyukur kepadaNya.
Menjadi seorang al-Shakir dan bersifat dengan sifat Tuhan terasa agak
berat tanpa kapasiti dan muatan iman dan tauhid. Munculnya sifat shukr
dalam diri manusia merupakan kesan daripada kesedaran manusia terhadap
rahmat dan kurnia yang diterimanya daripada Allah SWT. Hadirnya sifat ini
ke dalam diri akan kelihatan positif terhadap kewujudan integriti diri dengan Allah dan lingkungannya. Mereka ini akan selalu berada dalam ketaatan dan kesolehan yang padu.
‘Abdullah al-Ansari menyebut tiga peringkat shukr iaitu:
1. mensyukuri hal-hal yang disukai. Ini merupakan shukr yang
boleh dilakukan oleh umat Islam, Yahudi dan Majusi. Kekuasaan
merupakan rahmat Allah yang wajib disyukuri dan boleh dianggap
sebahagian daripada shukr, menjanjikan tambahan dan memberikan
pahala;
2. shukr kerana mendapatkan sesuatu yang dibenci. Ini boleh dilakukan
oleh mereka yang tidak terpengaruh oleh pelbagai keadaan dan hal
ihwal dunia dengan tetap memperlihatkan keredhaan, menahan
marah, tidak mengeluh, memperlihatkan adab yang baik. Orang
yang bersyukur seperti inilah yang pertama kali dipanggil masuk
syurga;
3. hamba yang tidak mempersaksikan kecuali Pemberi Nikmat. Jika
dia mempersaksikanNya kerana ‘ubudiyyah, maka dia menganggap
nikmat daripadaNya itu amat agung. Jika dia memperhatikan dan
menyaksikanNya kerana cinta maka kesusahannya akan terasa
manis. Jika dia mempersaksikanNya kerana mengEsakanNya, maka
dia tidak mempersaksikan apa yang datang daripadaNya sebagai
nikmat atau kesusahan.
HAL MUTHMAINNAH
Mut ma’innah atau t ama’ninah merupakan satu kesan terhadap batin di mana
ia berada dalam tenteram kerana selalu dekat dengan Tuhan. Allah berfirman
yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati.”
“Hai nafsu (jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan (hati) rida dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu.”
Sebenarnya mut ma’innah seiring dengan hilangnya kecemasan, ketegangan
dan kegelisahan dalam hati. Hati yang mut ma’innah dianugerahkan dengan
rasa aman sehingga ia tidak merasa diburu oleh kehidupan kebendaan
(material) yang mempengaruhi perkembangan jiwa positifnya.
Dalam tasawuf mut ma’innah dinisbahkan kepada al-ahwal iaitu
kondisi psikologi yang tenteram dengan mengingati Allah (dhikr ila Allah),
mengerjakan amal soleh dan bertaqarrub (mendekatkan) kepadaNya.
Menurut ‘Abdullah al-Ansari, mut ma’innah dapat dibahagi kepada
beberapa bahagian iaitu:
1. mut ma’innah hati kerana menyebut asma’ Allah. Ini merupakan
mut ma’innah orang yang takut (khawf) beralih kepada harapan
daripada kegelisahan kepada hukum dan daripada cubaan kepada
pahala;
2. mut ma’innah iaitu ketika mencapai tujuan pengungkapan hakikat,
saat merindukan janji dan saat berpisah untuk berkumpul kembali;
3. mut ma’innah kerana menyaksikan kasih sayang Allah, mut ma’innah
kebersamaan menuju baqa’ dan mut ma’innah kedudukan menuju
cahaya azali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar