SIRR ALLAH
Sirr ini adalah sesuatu yang dengannya Allah berhubung atau berkomunikasi melalui hati.
Hati yang dimaksudkan itu bukanlah berbentuk darah dan daging
atau yang dinamakan jantung terletak di balik sudut dada kiri,
tetapi hati yang bersifat halus dan seni dari alam Ketuhanan.
Sirr itu adalah milik Allah
dan rahsia Allah yang Allah menempatkannya di dalam hati tersebut
dan sentiasa di dalam pandangan Allah.
Manusia tidak ada daya-upaya untuk melakukan sesuatu terhadap Sirr itu
kerana ianya dalam urusan Allah.
Sesiapa yang mengetahui atau dapat merasakan bagaimana keadaan Sirr itu,
maka dia dikatakan Hidup (Hayy) abadi tanpa mengalami kesengsaraan dan kematian.
Jika tidak, menurut ahli sufi,
tanpa Sirr itu bahwa manusia dikatakan setaraf nyawanya dengan kehaiwanan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar