AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu
sebelum kamu Mengenal Aku
dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga Berfirman :-
Ya Muhammad
Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau
dan Aku jadikan engkau kerana Aku.
Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini
bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu
yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu
dengan terang dan jelas.
Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...
pengetahuanmu yang banyak
jika kamu tidak Mengenal Aku
maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu
yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian
kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh
serta kajilah dengan mendalam
agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya.
Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari
INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja
yaitu
perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah SWT.
Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah
dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas,
nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas
bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya
walaupun
kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru,
jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku buku dan guru guru
yang benar benar dapat memberi petunjuk
untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar