Minggu, 02 Oktober 2016

Mawlana Sheikh Muhammad Adil Al Haqqani An Naqshbandi Sohbat pada 19hb September 2016.

Arḥamu r-Rāḥimīn
Mawlana Sheikh Muhammad Adil Al Haqqani An Naqshbandi
Sohbat pada 19hb September 2016.
As-salāmu ‘alaykum wa raḥmatu Llāhi wa barakātuh.
A‘ūdhu biLlāhi mina sh-shayṭāni r-rajīm.
Bismi Llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Aṣ-ṣalātu wa s-salāmu ‘alá Rasūlinā Muḥammadin Sayyidi l-awwalīna wa l-ākhirīn. 
Madad yā Rasūla Llāh, madad yā Sādāti Aṣḥābi Rasūli Llāh,
madad yā Mashāyikhinā, 
dastūr yā Shaykh ‘Abdu Llāh al-Fā’iz ad-Dāghistāni,
Shaykh Muḥammad Nāẓim al-Ḥaqqānī. Madad.
Ṭarīqatunā ṣ-ṣuḥbah wa l-khayru fi l-jam‘iyyah.
Allah memberitahukan kepada kita untuk menjaga perbuatan baik kita. 
Jangan sia-siakannya.
 Kenapa kita kata begini? 
Ini kerana musim haji telah tamat. 
Dosa-dosa manusia yang pergi menunaikan haji diampunkan. 
Semua dosa-dosa mereka diampunkan. 
Mereka tidak berdosa. 
Syaitan tidak ingin manusia itu tidak berdosa. 
Manusia segera mula bergaduh, bertengkar dengan satu sama lain. 
Malah ini berlaku ketika melaksanakan haji.
Syaitan berbesar hati untuk dia mula berbuat dosa lagi. 
Ia baik. 
Dia tidak mahu mereka tidak berdosa. 
Lebih banyak dia berdosa, lebih gembiralah syaitan. 
Tapi Allah adalah Arḥamu r-Rāḥimīn (Maha Penyayang antara Yang Penyayang). 
Dia memaafkan manusia. 
Jika kamu berbuat dosa, kamu boleh bertaubat lagi. 
"Kamu takkan rasa penat berbuat dosa, 
Aku takkan berputus asa untuk memaafkan kamu."

Bertaubatlah. 
Adanya taubat. Allah mengampuni manusia. 
Manusia tidak mengampuni sesama manusia. 
Ada yang berdendam terhadap apapun yang kamu lakukan. 
Mereka tak ampunkan. 
Tapi Allah tidak sebegitu. 
Pintu taubat itu terbuka. 
Mohonlah keampunan daripada Allah . 

Bertaubatlah kepada Allah. 
Ini kerana apabila kamu bertaubat, 
Allah bukakan pintu syurga.
Allah berikan keberkatan dari bumi. 
Disini berlakunya kemarau sejak tahun pertama kerana manusia melupakan Allah. 
Bertaubatlah kepada Allah supaya:
"Aku hantarkan berkat dan rahmat dari langit, dari bumi." 
Kamu akan dapat manfaat kedua-duanya secara fizikal dan rohani. 
Jika kamu tidak memohon keampunan daripada Allah, 
ia akan jadi lebih sukar secara rohaniah. 
Beban bagi dosa-dosa ini bukanlah ringan. 
Manusia fikir: "Saya hanya berbuat satu dosa." 
Tak, manusia telah terjerumus dalam dosa itu.
Sebab itu, 
Allah berikan banyak peluang supaya manusia dapat hapuskan beban ini. 
Mereka bertaubat dan mereka rasa lebih tenang. 
Setiap hamba mempunyai dosa. 
Seperti yang kita katakan, 
malah sebelum kembali dari haji manusia melakukan dosa. 
Tapi Allah berfirman:
 "Janganlah ada rasa putus harapan denganKu." 
Hanya manusia yang tidak beriman kepada Allah 
yang tidak berharap kepada Allah. 
Allah itu memaafkan. 
Jangan pernah terfikir yang ianya sukar.

Bertaubatlah. 
Allah mengampuni dan melepaskan beban kita.
 Kita, semua orang melakukan kebaikan. 
Dia mesti cuba untuk pastikan 
apa yang dia lakukan itu adalah perbuatan yang baik dan dari perkara yang baik. 
Ia baik untuk menjaga perkara yang baik. 
Untuk memohon keampunan dari perkara buruk. 
Ini kerana sejak akhir-akhir ini, 
kita katakan ini, sekarang jemaah haji, 
para jemaah menamatkan kewajipan haji mereka 
dan mereka mula kembali ke tanah air mereka.

Dan Allah berfirman: 
"Barangsiapa yang datang menunaikan haji, 
Aku ampunkan dia dari setiap dosa yang dia lakukan 
dan dia seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. 
Tiada dosa baginya." 

Ini satu perkara yang sangat baik. 
Tapi syaitan tidak rasa gembira tentang ini. 
Dia segera pastikan manusia melakukan kesilapan untuk berbuat dosa. 
Untuk.... rasa gembira - 
apabila manusia melakukan keburukan, syaitan rasa gembira. 
Tapi dia gembira 
Allah juga membuka untuk manusia itu pintu keampunan. 
Dia Yang Maha Penyayang. 
KataNya: 
"Kamu tidak rasa lelah melakukan dosa, 
Aku tidak lelah untuk mengampunimu."
Jika kamu mohon keampunan daripada Allah, 
pintuNya sentiasa terbuka. 
Tidak pernah tertutup. 
"Kamu bertaubat dan Aku ampunkan kamu. 
Aku rasa senang dengan hambaKu 
yang memohon keampunan daripadaKu," firman Allah . 
Tapi Dia tidak suka dengan orang yang tidak memohon keampunan. 
Inilah salah mereka kerana Allah, 
Dia tidak akan mengejar mereka untuk memaafkan mereka.
Mereka harus katakannya, 
memohon keampunan daripada Allah untuk memaafkan mereka. 
Dan itulah kataNya. 
Adakan banyak peristiwa, 
malah setiap hari ada saja peristiwa untuk memaafkan dosa mereka. 
Malah apabila seseorang melakukan kesilapan dan para malaikat - terdapat dua malaikat. 
Satu di sebelah kanan dan kiri. 
Di sebelah kanan mencatatkan kebaikan 
dan yang di sebelah kiri mencatatkan dosa. 
Dan apabila seseorang melakukan dosa, 
dia tidak mencatatkannya tapi kebaikan dicatatkan dengan segera.
Dan Allah berikan bagi setiap kebaikan ganjaran 
10 kali ganda sehingga ganjaran 700 kali ganda. 
Tapi apabila mereka berbuat dosa, ia tak dicatat. 
Malaikat di sebelah kiri bertanya - 
"Perlukah saya mencatatnya?" 
Oleh kerana malaikat di sebelah kanan lebih tinggi darjatnya, katanya: 
"Tak, tunggulah. 
Mungkin dia akan menyesal dan dia akan bertaubat. 
Kamu tak perlu mencatatnya.
" Memohon keampunan hingga lapan jam. 
Sehingga lapan jam, dia tidak meminta keampunan. 
Katakan: 
"Okey, catatlah. Catat hanya satu, bukan gandakan atau 10 kali ganda untuk dosa itu."
Dan malah selepas ini jika kadangkala dia memohon keampunan, 
Allah juga ampunkannya. 
Untuk ini, kita rasa senang dengan Tuhan kita. Kita harus gembira dengan Tuhan kita. 
Dia hanya ingin pastikan kita berbahagia 
Karena kebahagiaan yang tiada dosa. 
Apabila kamu melakukan dosa dan tidak memohon keampunan, 
beban yang berat terletak pada kamu.
Kamu fikir ia tiada apa-apa tapi ia berat seperti gunung-ganang. 
Apabila kamu memohon keampunan dan Allah mengampunimu,
ia tiada apa-apa.
Bebanan ini akan terlepas daripada jasad kamu. 
Kamu akan rasa lebih tenang dan lebih bahagia. 
Dosa, 
mencetuskan kegelapan, kegelapan, kegelapan 
dan menyebabkan kamu rasa tidak tenang dan tidak bahagia dalam hidup ini. 
Di kehidupan lain 
semestinya kamu tidak akan rasa bahagia juga 
kerana kamu melihat realiti itu dan kamu akan menyesal - 
Kenapa saya, saya tidak beriman?
Walaupun begitu, 
ia tidak sukar untuk mengatakan astaghfiru Llāh, 
ku memohon keampunan. 
Hanya dengan lidah, 
sepanjang hari kamu bercakap kamu tidak berhenti bercakap. 
Untuk ucapkan dua perkataan menjadi beban kepada golongan ini. 
Syaitan menjadikan manusia mengatakan perkara yang mudah, 
terlalu berat bagi mereka. 
Tapi pada Hari Kiamat, 
di akhirat mereka akan menyesal.

Jadi, insya Allah, 
kita menyeru kepada manusia untuk memohon keampunan daripada Allah. 
Dialah Pencipta dan tiada apapun yang dibandingkan denganNya dari sifat penyayangNya. 
Dia lebih penyayang daripada kita.
 Setiap kali Dia berikan kita, 
Dia bermurah hati untuk limpahkan setiap bentuk ganjaran nikmat dan rezeki. 
Setiap ganjaran, 
Dia berikan segalanya kepada kita. 
Kita harus menghargainya dan bersyukur kepadaNya. 
Allah jadikan kita dari kalangan golongan ini 
yang menghargai apa yang kita ada, insya Allah.
Wa min Allāhi t-tawfīq, al-Fātiḥah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar