Selasa, 22 Desember 2015

MANSUR Al-HALLAJ : ' ANA AL-HAQ' !

Lapan tahun lamanya Al-Hallaj di dalam penjara , 
tibalah saatnya Al-Hallaj menjalani pengadilan yang dihakimi 
oleh qadi sekaligus wazir yang bernama Al-Hamid bin Abbas.

Para sejarawan Islam menyimpulkan bahawa wazir ini 
bukanlah seorang yang mahir dan ahli dalam bidang hukum, 
wazir Al-Hamid seakan mengikuti perintah para ulama, 
tanpa memberikan hak berbicara kepada Al-Hallaj, 
mengapa ia mengatakan “Ana Al-Haq”.

Kaum sufi yang menyokong Al-Hallaj membela dengan tegas, 
bagi penyokong Al-Hallaj harus membuka dialog tentang ketauhidan, 
terutama dengan tema Asma’, Sifat, dan Dzat Allah 
sebelum jatuhnya keputusan pengadilan.

Namun wazir menolaknya dengan mentah-mentah. 
Dan Al-Hallaj dijatuhi hukuman mati.

Kalau kita perhatikan 
dalam sejarah Bani Abbas di zaman pemerintahan Al-Muqtadir, 
terjadi rasuah besar-besaran oleh para wazir sehingga rakyat sengsara.

Ulama yang seharusnya dapat menjernihkan manusia 
menuju akhirat ikut terlena oleh duniawi.

Pada hari perlaksanaan hukuman Al-Hallaj, 
masyarakat beramai-ramai datang ke lapangan istana 
untuk menonton hukuman mati.

Al-Hallaj di bawa kelapangan dengan wajah ditutup, 
kaki dan tangan di rantai dengan besi. Menuju lapangan, 
Al-Hallaj diantar oleh dua sahabatnya yang sekaligus sufi juga, 
ialah Abu Bakar As-Syibli dan Abil Hasan Al-Washiti dan 
juga panglima tentera yang bernama Muhammad bin Abdus-Shamad.

Tepat ditengah lapangan dan kerumunan masyarakat yang menonton. Wazir memberikan kesempatan permintaan terakhir untuk Al-Hallaj. Al-Hallaj hanya meminta 2 permintaan.

Permintaan pertama 
adalah meminta dilepaskan tutup kepala 
dan semua rantai yang membelenggu kaki dan tangannya,
 “aku berjanji pada Zat yang terdapat di dalam tubuhku, aku tidak akan lari”.

Permintaan kedua, 
aku hanya ingin Solat di tengah lapangan ini. 
Panas teriknya di bumi Abbasiyah tak menggentarkan Al-Hallaj untuk solat 
dalam menghadapi kematian yang tinggal menunggu saat dan ketika.

Kedua permintaan ini dikabulkan oleh wazir Al-Hamid. 
Tutup kepala dan rantai dilepaskan, ia melihat dunia yang terakhir kalinya.

Al-Hallaj membisikkan sesuatu kepada sahabatnya, As-Sibly, 
“wahai saudaraku apakah engkau memiliki kain bersih untuk alas sujudku?

As-Sibly membuka serban kepalanya, dan memberikan kain. 
“Saudaraku, serban ini tidak pernah lepas dari kepalaku 
untuk menyembah kepada Tuhan Semesta Alam, 
sebagai penghormatanku padamu, kuberikan ini untuk sujudmu”, kata As-Sibly.

Al-Hallaj lalu melakukan solat zuhur dan solat taubat untuk yang terakhir kalinya. 
Saat solat taubat, al-Hallaj di rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan ayat....

” Walanabluwannaku bisya’i minal khaufi wal- ju’i “

Ertinya dan akan diberikan cubaan kepada kamu dari ketakutan dan kelaparan 
(QS Al-Baqarah 155)

...dengan sangat perlahan, namun semua masyarakat yang menonton mendengar 
dengan kuat, hingga sultan Al-Muqtadir mendengarnya dari istana 
dalam ruangan kamarnya.

Rakaat kedua, Al-Hallaj membaca surat Al-Fatihah dan 
ayat “Kullu Nafsin Dzaa-iqotul Maut” 
artinya: Setiap orang pasti akan menghadapi kematian (QS Ali Imran: 85).

Sekali lagi suara syahdu shalat Al-Hallaj menggetarkan seantero istana.

Selepas solat, Al-Hallaj berdoa dengan syair keluar dari lisannya.

Syair doanya begini;

كيف اشكو الى الطبيب لمابى…والذي قد اصابني من الطبيبي…ليس راحة ولا لى شفاء….من سقامى الآ بوصل حبيبي….

“Aku mencari tempat yang tenteram di atas bumi…..
Tahulah aku, bukan di bumi yang tenteram….
Kuiikuti saja apa mau-Ku, aku diperbudak-Nya….
kalau kucukupkan yang ada, 
akupun merdeka dengan kerinduan Kekasihku! “
(Syair Al-Hallaj dalam Kitab Tawasin)

Al-Hallaj, diangkat dari tempat sujudnya yang terakhir. 
Ia diseret bangun ke arah kiblat. 
Wazir memerintahkan untuk mecambuk al-Hallaj dengan lima puluh cambukan 
dengan dengan lima pencambuk, masing-masing pencambuk dengan 10 cambukan. Hukuman ini diatas mengganggu ketenangan masyarakat kesultanan Abbasiyah. 
Hukuman kedua adalah pemenggalan kepala.

Al-Hallaj menerima saja hukuman itu. 
Tiba-tiba Al-Hallaj melakukan takbiratul ihram, 
seperti sedang shalat (beberapa versi Al-Hallaj memang melakukan shalat lagi) dan pencambuk melakukan cambukannya sebanyak lima puluh kali cambukan. 
Darah keluar dari tubuh Al-Hallaj, dipunggung, dada, paha dan kaki. 
Begitu derasnya darah yang mengalir jatuh ke tanah. 
Gamis kumal yang dikenakan Al-Hallaj penuh dengan darah. 
Al-Hallaj seakan mati rasa. 
Kemudian Al-Hallaj melakukan ruku’, 
dan algojo dengan tangkas menebas batang leher Al-Hallaj dengan sekali tebasan.
 Badan Al-Hallaj tersungkur dan tergeletak ke kanan.

Kepala Al-Hallaj terpelanting beberapa meter, dan lagi, 
darah dari urat leher menyembur amat deras. 
Anehnya, darah yang seharusnya berbau hamis tetapi darah Al-Hallaj amat wangi. 
Darah yang menitis ke tanah tiba-tiba membentuk huruf Allah. 
Terpegun semua orang yang menyaksikan kehairanan, takut, termasuk juga algojo.

Saat mayat Al-Hallaj akan diangkat dan dikebumikan, ada peristiwa aneh lain. 
Tubuh Al-Hallaj yang lebih dahulu diangkat dan kemudian kepala al-Hallaj. 
Anehnya, kepala Al-Hallaj yang akan diangkat tiba-tiba dari kepala Al-Hallaj 
ada suara “Assalamualaikum ya Ayyuhannas” sebanyak tiga kali. S
erentak semuanya terdiam, ada yang takut, dan ada juga yang menangis.

Abil Hasan Al-Washiti yang menyaksikan kepergian sahabatnya, 
menangis dan meneriakkan “Subhanallah, Allahu Akbar…..Allahu Akbar…Allahu Akbar !”

Cerita Al- Hallaj ini diringkas dari buku yang berjudul “Kitab Akhbar Al-Hallaj”, 
karya Ali bin Anjabi As-Saa’i Al Baghdadi, 
cetakan Haquq at-Tab’ah Al-Mahfudzah, Suriyah. Dan Kitab “At-Thawasin”, 
Karya Mansur Al-Hallaj

Tidak ada komentar:

Posting Komentar