1. Martabat syariat
2. Martabat sembahyang orang tarikat
3. Sembahyang orang Hakikat
Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya.
Adapun sembahyang orang syariat itu,
ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah
serta suci daripada riak dan seumpamanya.
Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab.
Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia.
Hukumnya orang ini syirik semata-mata.
Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar bukit. Wallahualam.
Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.
Adapun sembahyang orang tarikat itu,
iktikatnya hadir Allah Taala pada hadapannya.
Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya.
Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya.
Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa.
Hanya memandang dirinya hamba.
Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah.
Orang ini hanya diterima amalnya daripada
sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang.
Orang ini memandang daripada Allah kepadanya.
Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.
Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.
Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah
orang yang tiada memandang bagi dirinya amal.
Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala
yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali
sebelum dijadikan dia.
Yang dipandangnya ialah
segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah.
Inilah orang yang lepas daripada syirik.
Inilah yang sebenarnya sembahyang.
Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah
sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh.
Sekiranya seorang itu tiada nyawa,
bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal.
Sedangkan,
sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal.
Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal.
Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah
dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah.
Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Dzat dan
yang empunya amal itu adalah Dzat.
Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik.
Wallahualam.
Setelah nyata kezahiran kalimah tersebut,
barulah didatangkan nyawa.
Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”.
Tetakala ini karamlah aku didalam kebesarannya.
Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir iaitu;
La Hayun,
La Alimun,
La Samiun,
La Kadirun,
La Basirun,
LaMuridun,
La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.
Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”.
Mengeletarlah diri ini,
karam didalam kebesarannya.
Sungguh cantik dan indah bagi mereka
yang mengetahui rahsia dan perbuatan sholat itu.
Segala-galanya tersirat disebalik firman Allah yang bermaksud:
”Jika Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku.
Nescaya Allah akan mengasihi
dan mengampuni dosa-dosa mu”.
Lihat Terjemahan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar