SALAM TAHAJJUD, SALAM FARDHU SUBUH SEMUA.
Ayuhlah bangkit disepertiga malam ni untuk kita semua bertahajjud kpd Allah swt. Semoga segala ibadah kita diterima dan diredhai Allah swt sentiasa hendaknya.
Aamiin yaa rabbal'aalamiin..
Air mata yg menangis kerana takutkan azab Allah adalah perbuatan amal soleh.
Air mata nanti akan ditanya oleh Allah.
Atas sebab apakah seseorang itu menangis.
Adakah menangis kerana kerugian perkara di dunia?
Menangis kerana dosa dan minta ampun serta takut akan balasan Allah adalah
perbuatan orang orang soleh.
Menangis kerana perkara dunia tidak ada nilai disisi Allah.
Menangis kerana mengenang dosa dan takut akan balasan pada hari Akhirat
dipandang Allah swt.
Kita akan mengadap Allah dan adakah Allah murka akan kecuaian dan kelalaian kita.
Inilah persoalan yg difikirkan oleh Huzaifah.
Tangisan orang orang soleh seperti meratapi kematian anak kecil.
Mereka mengenang akan peluang peluang yg terlepas akibat perbuatan yg sia sia.
Hari yg paling menggerunkan ialah hari apabila kita berdiri dihadapan Allah swt.
Sama ada dilontar ke neraka atau terpilih memasuki ke syurga.
Doa Ya Allah perelokkan diriku apabila berdiri dihadapanMu.
Manusia akan dihisap satu persatu di hari akhirat.
Semua manusia menunggu.
Satu persatu menunggu kerana menghadapi hari hisap nanti.
Yg perlu difikirkan ialah apabila kita mati membawa dosa.
Kebimbangan sama ada Allah redha atau tidak.
Dosa dan kebaikan dicatat pada setiap manusia.
Jangan kamu menyangka Allah lupa dgn dosa yg dilakukan.
Mata akan terbeliak apabila semuanya ditunjukkan perbuatan ketika hidup di dunia. Tangisan duniawi atau tangisan akhirat.
Hari akhirat semua fikir diri masing masing.
Hanya Nabi saw yg memberi syafaat untuk dihisap pada hari akhirat.
Umar Al Khatab antara sahabat yg kerap menangis.
Imam Hassan Basri menangis diwaktu ma lam teringatkan akan dosanya.
Air mata yg menangis ini berkait rapat dgn hati.
Menziarahi kubur boleh melembutkan hati dan merenung akan hari kematian.
Segala pengaruh,pangkat,keluarga,kekayaan,harta semuanya ditinggalkan.
Pakaian kafan dipakai dan ditinggalkam pakaian mewah semasa didunia.
Ziarah kubur untuk ambil tazkirah untuk menghisap diri sendiri.
Semuanya pasrah kpd Allah.
Simati tidak membantah sipemandi jenazah.
Hanya menurut apa yg dilakukan sipemandi jenazah.
Janganlah memilih milih perintah Allah.
Jgn mencari alasan untuk mentaati perintah Allah swt
"Pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah kepada orang lain,
serta pelajarilah faraid dan ajarkanlah kepada orang lain.
Sesungguhnya aku seorang yang bakal meninggal, dan
ilmu ini pun bakal sirna hingga akan muncul fitnah.
Bahkan akan terjadi
dua orang yang akan berselisih dalam hal pembagian
(hak yang mesti ia terima),
namun keduanya tidak mendapati orang
yang dapat menyelesaikan perselisihan tersebut. " (HR Daruquthni)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar