Diriwayatkan bahwa Adam as berwasiat ia, "Hendaklah cermati baik-baik
nur ini. Tidaklah bolih diletakkan melainkan pada wanita-wanita yang
mempunyai kebersihan dan sentiasalah wasiat bertalu-talu daripada satu
masa kesatu masa hingga sampai kepada Adnan dan yang dibawah-bawahnya.
Maka Abdullah bin Abdul Mutholib ini apabila penuh dewasanya serta
sikapnya yang istimewa seperti Yusuf as pada kejohanan comelnya,
banyaklah anak-anak putri Quraisy khasnya yang hampir kerabat dengan dia
seperti putri bangsa Abdul Manaf bin Qushay dan Abdul Manaf bin Zuhrah
berasmara kepadanya hingga menjadi musuh.
Berkata Hafiz ibnu
Dakhih daripada Barqi bahawasanya sebab-sebab perkahwinan Abdullah dan
Aminah tatkala adalah Abdul Mutholib tiba ketanah Yaman dan singgah ia
dirumah pembesar negeri itu, maka tiba-tiba berada disitu seorang
pendeta yang pandai membaca kitab-kitab, lalu berkata ia (kepada Abdul
Mutholib), "Izinkan saya hendak melihat lobang hidung-mu." Sahut ia,
"silalah".
Lalu menilik-nilik ia (pendeta) atau memperhati ia
kepada dua-dua lubang hidungnya (Abdul Mutholib) seraya berkata, "Ada
pada keduanya Nabi dan kerajaan (Nabi pada Abdullah bin Abdul Mutholib
dan pada Abbas bin Abdul Mutholib) dan saya lihatnya nabi itu pada dua
Manaf (yakni kedatangan dari keterunan Abdul Manaf bin Qushay dan Abdul
Manaf bin Zuhroh)."
Maka tatkala pulang Abdul Mutholib tidaklah
lengah lagi kerumah Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhroh untuk meminang ia
akan Siti Aminah kepada anaknya Abdullah dan adalah Aminah secomel-comel
puteri Quraisy dimasanya dan seteru-seterunya.
Dan Wahab pun
tidak teragak-agak menyambut pinangan ialah kerana diriwayatkan bahawa
yahudi-yahudi tatkala mereka sudah tahu bahwa Abdullah bakal ayahanda
Baginda kita sudah dewasa umurnya, keluarlah tujuh puloh orang yahudi
dari Syam kerana membunuh mereka akan dia (Abdullah supaya jangan jadi
nabi akhir zaman dari bangsa Quraisy) berjalanlah mereka dimalam-malam
dan bersembunyi disiang-siang (supaya tidak kelihatan daripada bangsa
arab) hingga sampai mereka di Mekah (sambil membuat dua pasukan disatu
jalan), maka apabila keluar Abdullah kerana memburu (disebelah jalan
yang mereka menunggu-nunggu) lihatlah mereka akan dia dan "cam" (kenal)
mereka kerana rupa sifat-sifat Abdullah dalam taurat mereka, lalu
mengepung mereka akan dia maka tatkala tengok Wahab akan jamaah yang
amat ramai mengepung Abdullah ( padahal ia seorang tidak kenalnya ) lalu
berkata ia , "Bermula tujuh puluh membunuh seorang bangsaku, aku pun
biar mati bersama-samanya, (melihat ia akan beberapa orang turun dari
udara tidak pun menyerupai orang-orang dunia lalu memancung mereka akan
sekelian yahudi-yahudi, maka berasalah gerun ia akan yang demikian,
sambil ia tanam dalam hati keciknya, Abdullah ini alangkah maha agung
keramatnya. Sekiranya kalau bapanya meminang puteriku mesti aku terima.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar