Bismillaahirrahmaanirrahiim
ISLAM merupakan agama yang penuh dengan rahmat dan kemudahan. Syariat-syariat yang terkandung dalam Islam sesuai untuk semua manusia. Islam menyeru agar sentiasa mengerjakan amal kebaikan dan melarang kepada keburukan dan dosa.
Pun begitu, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangannya yang tersendiri. Tiada tanah yang tidak pernah ditimpa hujan. Begitulah manusia, tiada yang pernah terlepas daripada sebarang dosa sebagaimana Nabi yang maksum.

Dosa yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja baik dosa
besar mahupun kecil akan diampunkan oleh Allah SWT jika seseorang itu
benar-benar bertaubat kepada-Nya. Orang yang telah melakukan dosa
hendaklah segera bertaubat dengan mengharapkan rahmat dan keampunan
daripada-Nya.
Janganlah berputus asa kerana dosa yang dirasakan terlalu banyak sehingga merasa tidak layak untuk bertaubat dan menjadi lebih baik.
Allah SWT berfirman: Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar: 53)
Allah SWT sendiri telah mengakui akan kebesaran rahmat dan keampunan buat hamba-hamba-Nya. Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Ketika Allah SWT telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, Allah menuliskan dalam kitab yang ada disisi-Nya yang tersimpan di atas Arasy-Nya: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku. (riwayat al-Bukhari no. 6969 dan Muslim no. 2751)
Ketenangan, kedamaian dan keindahan yang dirasakan di dunia ini adalah berkat rahmat daripada Allah SWT. Seluruh makhluk ciptaan-Nya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya berkongsi rahmat yang telah dikurniakan Ilahi.
Sesungguhnya di akhirat nanti, rahmat Allah SWT jauh lebih besar berbanding kenikmatan yang manusia rasakan ketika hidup di dunia dahulu.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT memiliki 100 rahmat. Satu di antaranya Allah SWT telah turunkan dan dibahagi-bahagikan-Nya kepada jin, manusia, binatang dan serangga. Dengan rahmat-Nya yang satu itu juga para makhluk-Nya saling mencintai dan menyayangi dan dengan rahmat-Nya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya.
Adapun 99 rahmat lagi, Allah akan berikan pada hari kiamat nanti kepada para hamba-Nya. (riwayat al-Bukhari no. 6000 dan Muslim no. 2752)
Jika kehidupan di dunia ini adalah hanya satu peratus daripada rahmat Allah SWT, maka seharusnya umat Islam hari ini tidak berputus asa untuk meminta keampunan dan rahmat Allah SWT agar diampunkan dosa yang telah lalu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar