Selasa, 28 Juni 2016

Wujud.

Wujud.
Engkau wujud dgn sendirinya tiada siapa yg mengadakan Nya kerana Engkau berdiri dgn sendiriNya.Tetap Benar Sungguh.
Tetap Engkau tiada sesiapa yg mengadakan maka itulah Engkau Dzat wajibal wujud.
Benar Engkau sebenar2Nya AdaMu dgn sendiriNya. Sungguh Engkau yg menciptakan kami sekelian Alam dan sekelian Makhluk dan Engkau mengadakan sesuka Mu.

Tetapi siapakah yg boleh mengenali Mu,yg boleh memuji2Mu,tiada sesiapa yg mengenaliMu jika Engkau tidak kenalkan siapa Engkau.Lalu Engkau adakan akan sifat2 kebesaran Engkau ..
Sifat Sedia mustahil baharu.
Sifat kekal mustahil binasa.
Sifat bersalah2an mustahil Engkau bersama2an.
Sifat Berdiri Engkau dgn sendiriNya mustahil Engkau di adakan.
Sifat Ke Esaan Mu mustahil Engkau berbilang2.

Maka siapa yg mampu mengenal Mu...
Engkau Ciptakan Nama Ke agungan dan KebesaranMu.kerana
Engkau yg berkuasa mustahil Engkau lemah
Engkau yg berkehendak
Engkau yg BerIlmu
Engkau yg Hidup...
Engkau yg Melihat
Engkau yg mendengar
Engkau yg berkata2...

Maka siapa yg boleh Kenal Engkau....
Maka dgn sifat kasih dan sayangMu Engkau yg Maha Pemurah Engkau jadikan sifat yg salang perlu memerlukan antara satu dgn yg lain...Engkau jadikan sifat.
Sifat Kuasa
Sifat kehendak
Sifat Tahu
Sifat hidup
Sifat melihat
Sifat mendengar
Dan sifat berkata.
Sebagai makna sahaja bagiMu..

Maka dari itu Engkau ciptakan dgn sifat KehendakMu dan Engkau kurniakan kepada ciptaanMu..
Qudrat-kuasa
Iradat-kehendak
Ilmu-Tahu
Hayat.-hidup

Dan ciptaanMu ini berkehendak pula kepadaMu..Berkehendakkan kepada
Yang punya kuasa
Yang punya kehendak
Yang punya Tahu
Yang punya Hidup

Jika engkau tidak berikan kehendakMu kepada kehendak ciptaanMu mana mungkin ciptaanMu itu boleh hidup,tahu,kehendak dan kuasa,sudah tentu tidak...
Dan dari sbb itulah CiptaanMu ini sentiasa memerlukan Engkau dzat wajibal wujud.
Kerana Engkau Esa.
Engkau tempat kehendak berkehendakkanMu
Kerana Engkau seperti sifat usulMu tidak beranak dan di peranakan.
Tidak bersamaan tidak berbilang2.

Kerana Engkau Tidak seUmpama dgn sesuatu,Engkau berdiri dgn sendirinya.
Laisa kamislihi syaiun.

SALAM KU DI INGATAN
4:45pm Sunday, 26th June
Lady In Black

Tidak ada komentar:

Posting Komentar