Ketika
sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang
tidak dikenalnya lalu bertanya kepadanya, "Engkau seorang hamba?"
Jawab Ibrahim, "Ya".
"Di mana tempat perkampungan terdekat?" tanya lelaki itu.
Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya keperkuburan yang ada di dekat situ sambil berkata,
"Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki".
Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata,
"Aku menanyakan letak perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan
kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?".
Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim.
"Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini", gumam
Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari
kepalanya.
Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini diketahui
oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu
menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah maksiat
yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru saja memukul kepala orang
yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul Syeikh
Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal."
Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf.
Ibrahim kemudiannya ditanya olehnya, mengapa dia mengaku dirinya hamba. Jawab Ibrahim,
"Kamu tidak bertanya: Engkau hamba siapa. Kamu hanya bertanya engkau
seorang hamba. Kerana itulah aku menjawab 'ya' keranaaku adalah hamba
Allah. Dan apabila kamu menyebat kepalaku, aku telah pun berdoa agar
Allah memasukkan kamu kedalam syurga."
"Bagaimana mungkin?", seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur heran.
"Karena, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi
orang yang sabar tidak lain adalah syurga. Jadi, tidaklah pantas jika
aku masuk surga karena kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk
neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana", jelas Ibrahim bin
Adham.
Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun
dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak
terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan
terhadap orang yang menzaliminya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar