CERMINKANLAH KEMBALI
Wahai jiwa yang bernafsu
Masihkah belum merasa lesu
Kehulu kehilir dunia diburu
Menghimpun dunia ke dalam saku
Hingga lupa kepada Tuhanmu
Tidakkah engkau merasa malu
Kepada Tuhanmu buat tak tahu
Leka dan asyik bermimpi semu
Bersembang kosong membuang waktu
Apakah engkau berhidup hanya untuk melayan hawa dan nafsu semata?
Berhabis daya buat mengumpul akan dunia
Apakah nanti segalanya akan engkau bawa bersama?
Untuk menebus segala kealpaan dan dosa-dosa?
Apakah akan berguna segala harta pabila jasad bercerai dari nyawa?
Sesungguhnya amat merugilah orang yang alpa
Tiada melihat akan kebenaran segala cerita
Yang hanya berangan dan bersangka-sangka
Kepada Tuhan langsung tiada pernah tunduk berhina
Berbangga-bangga dengan kemewahan dunia
Wahai jiwa yang tertipu
Cerminkanlah kembali dirimu
Siapa yang memberi kehidupan padamu?
Siapa yang menyuratkan takdir dirimu?
Siapa yang memberi upaya kepadamu?
Siapa yang melimpahkan rezeki buatmu?
Apakah engkau menyangka bahawa engkau bisa berdiri sendiri tanpa upaya dari Tuhanmu?
Apakah engkau menyangka bahawa engkaulah yang mentadbir alam dirimu?
Sehingga engkau sombong dan bongkak berperilaku
Enggan menurut suruh dan tegah oleh Tuhanmu
Wahai jiwa yang tak tahu malu
Air siapa yang engkau minum untuk menghilangkan dahagamu?
Tumbuhan siapa yang engkau suap buat menghilangkan kelaparanmu?
Udara siapa yang engkau sedut buat menyambung hayatmu?
Masihkah englau tiada bermalu.kepada Tuhanmu dengan mengaku-ngaku itu dan ini adalah milikmu?
Siapa.kamu yang jadi dari lumpur dan debu?
Siapa kamu yang datang kedunia tanpa membawa sesuatu?
Siapa kamu yang dungu lalu di ajarkan ilmu?
Siapa kamu yang lemah lalu diberi upaya buat mencari penghidupanmu?
Jangan begitu...wahai jiwa yang terlupa
Lihatlah kebenaran akan segala cerita
Siapa yang mengadakan alam segala?
Siapa yang megadakan yang tiada kepada ada?
Siapa.yang mentadbir alam semesta?
Siapa yang mengenggam anak kunci nyawa?
Kamukah atau Tuhankah?
Ada mata lihatlah kebenaran
Ada telinga dengarkanlah seruan
Ada hati rasakanlah keinsafan
Ada kaki bepijaklah di jalan kehambaan.
=================================
Bacalah akan Firman Tuhan;
BismillahhirRahmannirRahim
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Quran, Al Mukminun: 115-118.
Salam sang fakir
Amir Debu Alam.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar