قل انظروا ماذا فى السموات والارض
Artinya, “Katakan ya Muhammad! Tilik oleh kamu semuanya apa-apa dianya itu di dalam tujuh petala langit dan bumi”.
Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang berakal itu tanda bekas
kudrat dan iradat Allah juga yang nyata yakni bekas tanda kuasa Allah
dan kehendak-Nya juga yang nyata bukannya disuruh Allah taala tilik itu
langit dan bumi itu sahaja.
Dan lagi firman Allah taala:
وفي انفسكم أفلا تبصرون
Artinya, “Pada diri kamu itu mengapakah maka tiada kamu tilik?” Yakni
pada kejadian diri kamu itu mengapakah maka tiada kamu bicarakan?
Dan lagi firman Allah taala:
سنريهم اياتنا فى الافاق وفي انفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق
Artinya, “Lagi akan kami perlihatkan akan segala tanda kami pada taraf
alam ini dan pada diri mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu
bahwasanya Allah itu ada sebenarnya”.
Dan lagi firman-Nya:
فلينظر الانسان مم خلق خلق من ماء دافق بخرج من بين الصلب والترائب
Artinya, “Maka hendak dibicarakan oleh manusia itu daripada apa
dijadikan akan dia itu yaitu dijadikan dia itu daripada air yang
terpancar keluar air itu daripada antara sulbi bapaknya dan antara
taraib ibunya”.
Bukannya keluar itu daripada sulbi dan daripada
taraib yang ta’sir ia keduanya itu yaitu kudrat Allah taala dan iradat
juga karena keduanya di dalam perintah kudrat dan iradat Allah taala.
Maka adalah kudrat Allah itu suatu sifatnya yang mudah dengan dia
mengada akan mumkin daripada tidak kepada adanya daripada adanya kepada
tidak. Dan iradat Allah itu suatu sifatnya yang mudah dengan dia
menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atas mumkin itu
bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh iradat itu seperti gerak
dan diam ada dengan tiada panjang dengan pendek besar dengan kecil tebal
dengan tipis atas dengan bawah kiri dengan kanan hadapan dengan
belakang dan lainnya.
Maka semuanya itu harus belaka bagi si
mumkin ini, tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang belawanan kepada si
mumkin ini karena yang ditentukan oleh iradat Allah itu suatu daripada
keduanya bukannya keduanya.
Demikianlah firman-Nya:
أفرايتم ما تمنون ءانتم تخلقونه أم نحن الخالقون
Artinya, “Maka tiadakah dilihat oleh kamu yakni tiadakah kamu lihat dan
kamu bicarakan akan air mani yang kamu tumpahkan ke dalam Rahim
perempuan itu kamukah menjadikan akan dia itu atau Kamikah yang
menjadikan itu anak?”
Dan lagi firman-Nya:
افرايتم ما تحرثون ءانتم تزرعونه أم نحن الزارعون
Artinya, “Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu
adakah kamu menumbuhkan akan dia atau kamikah menumbuhkan dia?”
Dan lagi firman-Nya:
افلا ينظرون الى الابل كيف خلقت والى السماء كيف رفعت والى الجبال كيف
نصبت والى الارض كيف سطحت فذكر انما أنت مذكر لست عليهم بمصيطر
Artinya, “Mengapa tiada menilik membicara akan mereka itu kepada unta
itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada
segala langit yang tujuh betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah
ditilik mereka itu kepada gunung betapakah didirikan akan dia dan
tiadakah ditilik mereka itu kepada bumi betapakah dihamparkan akan dia?
Maka ingatkan olehmu ya Muhammad!
Hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan sahaja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar