Kerosakan demi kerosakan berlaku di dunia dan di dalam masyarakat manusia adalah suatu yang pasti akan berlaku. Lihatlah darah umat Islam tidak lagi berharga bahkan darah seekor harimau lebih berharga dan penting bagi manusia. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku di atas tujuan keamanan dan kebebasan yang dianjurkan oleh kuasa barat atau kuasa kafir. Keruntuhan akhlak dan budaya Islam juga berlaku satu persatu adalah lambang permusuhan yang akan berlaku sehingga kiamat di antara azazil dan manusia.
Tahukah kita siapa sebenar musuh kita? Tahukah kita siapa yang menyusun atur pembunuhan umat manusia dari segi fizikal, mental dan akidah? Tahukah kita siapa yang menjadi ‘tok dalang’ untuk konspirasi membawa semua manusia (keturunan Adam) kembali kepada alam akhirat bersamanya dalam neraka Jahanam? Tahukah kita siapa proksi-proksi yang dijadikan azazil untuk membawa mesej dan ‘menyihirkan’ umat manusia agar bersamanya ke dalam neraka?
Keimanan vs kekufuran, cahaya vs kegelapan, mahmudah vs mazmumah dan haq vs batil adalah perkara yang akan berterusan berlaku ke atas umat manusia. Siapa memilih keimanan maka ia telah memilih cahaya Allah melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan sesiapa yang memilih kekufuran maka ia telah memilih kegelapan melalui jalan iblis atau syaitan.
Permusuhan awal yang berlaku adalah di antara Azazil dan Nabi Adam A.S. Kita wajib memahami bahawa ‘permusuhan’ ini akan berlaku sehingga ke hari kiamat. Renungi dan fahami akan
Firman Allah swt yang bermaksud;
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".[Al-Baqarah 30]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. [Al-Baqarah 34]
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". [Al-Baqarah 35]
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". [Al-Baqarah 36]
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".[Al-Baqarah 38]
Kenali siapa musuh
Sebenarnya makhluk yang bernama Azazil inilah musuh kita yang sebenarnya. Diberi nama Iblis kerana keingkaran dia untuk mematuhi perintah Allah. Permusuhan dan kedengkian Iblis bermula setelah Allah mengkafirkan dan menghalau dia dari Syurga. Semua makhluk ciptaan Allah adalah berasal dari Syurga. Lantaran keangkuhan dan kesombongan Iblis maka dikeluarkan Iblis dari syurga dan begitu juga terkeluarnya Nabi Adam AS bersama Hawa dari syurga disebabkan terpengaruhnya baginda dan isteri dengan bisikan Iblis yang penuh tipu daya.
Setelah nabi Adam as dan Hawa terkeluar dari Syurga, maka hiduplah mereka berdua di bumi. Setelah itu, bermulalah kelahiran zuriat dan keturunan nabi Adam. Iblis juga telah berjanji dan meminta izin di hadapan Allah akan mengajak dan menyesatkan keturunan Adam as sehingga ke hari kiamat. Allah membenarkan janji Iblis dan memberi tempoh kepada Iblis serta juga memberi peringatan bahawa Iblis tidak akan dapat mengajak hamba-Nya yang ikhlas dalam mentaati Allah.
Oleh yang demikian, pembunuhan pertama yang berlaku di dunia ini adalah di antara Habil dan Qabil. Perbalahan adalah disebabkan nafsu yang mencintai wanita. Wanita telah menjadi ‘asset’ untuk Iblis membuat Qabil membunuh saudaranya iaitu Habil. Ini adalah sejarah dan fakta yang perlu kita fahami dan ketahui. Pembunuhan bermula di sini dan ianya akan berlaku sehingga ke hari kiamat. Apakah punca pembunuhan ini berlaku sehingga ke hari kiamat? Iblis menjadikan dunia ini seperti ‘syurga’ melalui proksi-proksi yang telah disusun atur dengan cara yang amat berstrategi dan rapi. Kerosakan dan pembunuhan ini terus berlaku dari umat nabi terdahulu sampai munculnya Nabi Muhammad saw.
Peperangan yang dijalankan
Kita dapat melihat keadaan dunia hari ini, kerosakan yang berlaku dari segi mental, fizikal dan rohani. Serangan berlaku di mana-mana ke atas umat manusia dan orang Islam. Mereka telah menguasai sistem hidup manusia. Dari segi mental, umat Islam dijajah pemikirannya dengan pelbagai fahaman yang bertentangan dengan pemikiran nabi saw. Dari segi kuasa ketenteraan, umat Islam dibunuh dengan begitu mudah lantaran kuasa politik hanya ada pada ‘nama’ tetapi hakikat tiada berkuasa sedikit pun. Pemerintahan pun mengikut acuan mereka. Penyembahan manusia hari ini adalah kepada dunia. Mereka mengajar dan mendidik manusia mencintai dunia dan tertipu dengan ilmu teknologi yang canggih dan hebat. Siapakah yang mencipta Piramid? Terfikirkah kita bagaimana mereka menciptakan? Apakah teknologi yang mereka gunakan?.Dari segi sosial, wanita dijadikan simbol seks dan diberi hak kebebasan dan kesamarataan seperti kaum lelaki sehingga mereka mudah bergaul dengan lelaki dan mudah melakukan seks di luar perkahwinan dan juga seks di luar tabii. Dari segi pendidikan, mereka membuat silibus yang menyebabkan umat manusia bergantung hidup dengan sekeping sijil. Tanpa sijil kita akan nampak hina dan rezeki kita akan tiada. Hilang dalam batin umat Islam bahawa rezeki itu adalah daripada Allah swt. Diwujudkan pangkat-pangkat tertentu supaya manusia terpesona dengan pangkat dan tahap sijil masing-masing. Dari segi ekonomi, mereka menyusun dan memperhebatkan sistem riba yang diharamkan oleh Allah swt dan juga sistem baru yang menindas kaum yang miskin dan lemah. Dengan sistem-sistem ini, orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Hutang berterusan sampai ke mati. Dari segi sistem permakanan dan peniduran (rehat), mereka telah menyebarkan satu sistem pemakanan dan tidur yang berjadual sehinggakan umat Islam menghabiskan masa hanya untuk makan dan tidur. Sistem permakanan dan tidur yang bertentangan sama sekali dengan cara makan dan tidur Nabi saw. Dengan cara pemakanan dan tidur yang tidak mengikut sistem ajaran Nabi saw, maka kita tidak akan berbau untuk mengikut jejak langkah nabi saw yang dapat ‘bangun malam’ untuk berkhalwat dengan Allah. Dari segi tauhid, ini yang paling dahsyat sekali ialah pembunuhan dan pemyembelihan ‘akidah’ umat Islam. Mereka mengajak umat manusia mensyirikkan Allah swt. Syirik Akbar (besar) dan syirik Khofi (tersembunyi). Tiada siapa yang memahami akan pemyembelihan akidah umat Islam kecuali alim ulama yang haq. Mati dalam keadaan beriman atau pun tidak. Mati dalam mengenali Allah atau pun tidak. Mati dalam ketauhidan atau pun tidak. Inilah yang dibawa nabi-nabi dan rasul-rasul iaitu ketauhidan kepada Allah. Menyeru menyembah Allah bukan menyembah Iblis (syaitan).
Musuh umat Islam yang terkenal ialah Yahudi danNasrani. Sebenarnya mereka adalah proksi Iblis.Mereka dijadikan oleh Iblis sebagai alat untuk membunuh umat manusia dan orang-orang Islam. Mereka telah menandatangani perjanjian dengan Iblis untuk membantu menyesatkan Umat Islam yang bertauhidkan Allah swt. Iblis telah melantik secara rasminya manusia yang diberi gelaran ‘Dajjal’ untukmenguasai alam zahiri (sistem dunia) dan ‘Syaitan’atau Azazil menguasai alam batin (wilayah alam ghaib). Pusat pemerintahan (ibu pejabat) mereka adalah di ‘Segitiga Bermuda’.
Dajjal adalah manusia yang dilantik oleh Iblis semasa di zaman Nabi Musa as. Beliau bernama Musa Asamiri. Ketika itu, Pemerintah Firaun telah menjalani operasi membunuh anak-anak lelaki kerana beliau mendapat maklumat akan lahir lelaki yang akan menentang beliau. Musa asamiri dibela dan dibesarkan oleh Malaikat Jibril. Musa asamiri telah disusui oleh Malaikat Jibril melalui hujung jari tangan Jibril. Musa asamiri mempunyai beberapa kelebihan sehingga Azazil telah memperdaya dan mempengaruhi Musa Asamiri dengan mengajar ilmu yang hebat. Kelebihan beliau itu menyebabkan beliau hidup ke saat ini. Semasa Nabi Musa as beruzlah (berkhalwat dengan Allah), Musa Asamiri telah memperdayakan kaum Nabi Musa as dengan menjadikan anak lembu boleh bercakap. Anak lembu itu boleh bercakap dengan cara Musa Asamiri telah memasukkan debu-debu tapak kaki Jibril ke dalam badan anak lembu. Maka hasilnya, Musa Asamiri mengatakan anak lembu itu sebagai Tuhan. Maka sesat dan kufurlah pengikut nabi Musa ketika itu. Setelah Nabi Musa pulang dari beruzlah, maka terkejutlah baginda dengan umatnya dan pada masa yang sama Musa Asamiri telah lari dan menyembunyikan diri daripada Nabi Musa as.
Gerakan penyelamat
Seterusnya berlakulah penyelewengan tauhid yang berterusan oleh Azazil dan Dajjal ke atas umat Nabi sehingga keluarnya penyudah Nabi Muhammad saw. Setelah kelahiran Nabi Muhammad saw, maka azazil dan bala tenteranya menjadi lemah. Cahaya Nabi saw telah menyebabkan umat manusia tidak lagi ditipu oleh cahaya kekufuran Azazil. Sehinggakan kelahiran Nabi saw juga telah dihidu oleh azazil tetapi Allah telah memelihara baginda Nabi saw daripada di bunuh oleh proksi azazil. Setelah umat Nabi saw telah bercahaya dengan cahaya yang dibawa oleh baginda Nabi saw, maka umat manusia menjadi umat yang bertauhid kepada Allah swt. Gerakan penyelamat oleh Nabi saw, para sahabat ra dan para khulafa Al rasyidin telah menjadikan umatnya menyembah hanya kepada Allah secara total dan Islam. Seterusnya sistem Islam berkembang ke seluruh dunia. Islam telah memerintah dunia. Perjuangan ini seterusnya disambung oleh para ulama salafusoleh serta pewarisnya di kalangan ulama akhirat sehingga kemunculan ‘Iman Al Mahdi’.
Kewafatan Nabi Muhammad saw telah menyebabkan kuasa Iblis/Azazil dan Dajjal telah kembali menjadi kuat sehingga umat Islam telah dikuasai dan diselewengkan kembali kepada ajaran Azazil. Setelah itu,umat manusia kembali menjadi kafir, munafik, fasiq dan zindiq sehingga ke hari ini.
Untuk kembali kepada ajaran Nabi Muhammad saw dan para salafusoleh, maka kita wajib bersama dengan para pewaris ilmu dan cahaya Nabi saw. Mereka ialah ulama akhirat, ulama yang haq. Mereka telah menyusun manhaj ilmu kepada masyarakat agar umat manusia tidak berterusan dalam jajahan azazil dan dajjal. Ulama telah mengajak kepada nilai asas iaitu ilmu pelajaran yang bersifat tradisional.
1) Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) aliran Asya’irah dan AL-Maturidiah
2) Fiqh berpegang kepada Mazhab Asy-Shafei (tanpa meninggalkan mazhab-mazhab yang lain dikalangan ASWJ)
3) Tasawwuf aliran Imam Al-Ghazali,Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Imam Abu Hassan Asy-Syazili
4) Sulukiah Rohaniah aliran tarekah-tarekah muktabar
5) Ketamadunan aliran ibnu Khaldun
6) Pengajian bersanad (ada salsilah ilmu dari guru ke guru sehingga ke Nabi saw)
Mengikuti akhlak Nabi Muhammad saw
Tiada cara lain untuk kembalikan cahaya Nabi saw melainkan kita kembalikan diri kita kepada cara hidup Nabi saw. Sunnah Nabi saw adalah ubat paling mujarab untuk melawan musuh nombor satu kita. Siapa dapat mengamalkan sunnah nabi saw, maka ia berada di dalam cahaya Allah melalui sunnah Nabi saw. Siapa yang meninggalkan sunnah Nabi saw, maka ia berada dalam kegelapan, zulumat, dan kekufuran melalui amalan cara yang diajar oleh azazil/iblis/dajjal. Di antara Akhlak Nabi saw yang perlu kita amalkan ialah;
1) Akhlak Syariat : Wara’ dan Istiqomah2) Akhlak Batin : Tawaduk, Redha, Cinta Akhirat3) Akhlak Tauhid: Tawakal, Yakin4) Akhlak Ihsan : Asyik Muraqabah dan Musyahadah
Inilah akhlak Nabi saw yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi saw kepada umatnya. Manusia manakah lagi yang perlu kita ikuti dan sanjungi? Nabi saw atau Azazil? Cahaya atau kegelapan? Iman atau kafir? Renung dan muhasabahlah diri masing-masing.
5 Dasar-Dasar Untuk Keluar Daripada ‘KEGELAPAN’
Di sini ulama yang haq telah mengariskan beberapa dasar sebagai tambahan untuk kita keluar daripada ‘kegelapan’ atau menjadi pengikut atau pendokong Azazil dan Dajjal.
1) Gabungan Tradisi dan Moden (dari segi cara/method/keilmuan)
2) Mahabbah (cinta) pada Rasulullah saw dengan mengikut akhlak Nabi saw
3) Menghormati perbezaan pendapat, menjauhi mengkritik dan berlapang dada
4) Mencintai Kebahagiaan Akhirat yang lebih baik dan kekal tanpa melupai kebahagian dunia
5) Tafakur fil Quran (baca, faham dan fikir akan isi Quran)
Wasilah (Jalan) Menuju Cahaya
1) Ilmu fardu’ain (tauhid ,fekah dan tasawwuf)
2) Mengubah taiat buruk zahir dan batin
3) Mengubah tabiat makan
4) Mengamalkan zikir lisan, hati, lathaif dan seluruh jasad
5) Mematikan diri dalam solat
6) Cinta dengan perbanyakkan selawat kepada Nabi saw
7) Berdakwah
8) Mengamalkan muraqabah dan musyahadah
9) Bersama dengan ulama akhirat
10) Bergantung diri dengan Allah secara penuh dan bulat
11) Menenangkan akal dan hati dengan ikhlas, sabar, redha, syukur dan bersangka baik
InsyaAllah, melalui jalan dan petunjuk dari ulama yang haq di mana garis-garis dasar dan panduan yang telah dibentangkan kepada kita ini, membolehkan kita dapat pegang dan mengamalkanya sehingga kemunculan pimpinan Agung kita iaitu Imam Al-Mahdi. Siapakah yang akan mengenali Al Imam ini? Hanya guru mursyid yang diberi ilmu oleh Allah sahaja akan mengetahuinya. Guru ini akan menceritakan ciri-ciri atau karakter al-Imam ini kepada murid-muridnya. Bagi mereka yang tiada guru, berusahalah mencarinya agar aqidah kita mantap dengan tipudaya Azazil dan Dajjal.
Semoga dengan berkat amalan-amalan ini, maka kita semua berada di dalam cahaya Nabi saw. Siapa berada bersama cahaya Nabi saw maka dia bersama cahaya Allah swt. Siapa mengambil sebaliknya maka dia akan menjadi teman bersama Iblis untuk ke neraka. Wanauzubillah. Tujuan Iblis adalah untuk mengajak seramai mungkin umat manusia (keturunan Adam as) bersama-samanya di dalam neraka. Justeru itu, berhati-hatilah kita, kenali siapa musuh sebenar kita, jangan kita membuang masa dengan perkara yang kecil yang tiada memberi manfaat sedikit pun untuk diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, umat Islam keseluruhannya.....
Wallahu'alam>>>sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar