SYARIAT > TAREKAT > HAKIKAT > MAKRIFAT.
SYARIAT dari segi bahasa ertinya 'hukum' @'undang-undang.
Alam semesta ini tak terlepas daripada hukum.
Hukum Alam (hukum adat).
Kerana segala sesuatu itu memerlukan kpd peraturan utk kesejahteraan pentadbiran.
Maka,,
insan juga tidak terkecuali dari peraturan bagi mentadbir kehidupan dengan sempurna.
Olih itu mereka memerlukan pada peraturan dalam hubungan dgn alam,
sesama mereka dan yg pokoknya hubungan dengan Pencipta Segala Alam.
Justeru itu,
materi hukum bagi manusia merangkumi beberapa displin ilmu ;-
Ilmu Fiqh,
ilmu usol dan
ilmu akhlak @ adab.
Dalam ertikata lain ;-
Islam, Iman, Ihsan.
Apakah tujuan hukum ?
Tujuannya mencari kebenaran.
Hukum dan undang-undang islam adalah bersumberkan
Al-Quran, al-Sunnah, ijma& qias.
Melaksanakan peraturan dan ketentuannya tanpa menghayati maksud,
tidaklah mencapai kesempurnaan, bak bidalan org dulu, " Kulit tanpa isi "
TAREKAT dari segi bahasa ialah cara, jalan @'mazhab .
Maka perlulah mengetahuinya supaya tidak sesat olih salik iaitu
hamba yg menjalani perjalanan menuju Allah Taala.
Juga, jln @ cara itu merangkumi perbuatan @'amalan dari zahir dan batin,
hal keadaan pada hati meniti maqam-maqam,
yang mana keduanya bersangkutan dan cermin antara mereka,,
namun cermin hati menjadi tujuan utama
pada menyucikan dan mengisi dengan segala sifat mahmudah yg terpuji.
Dalam pada merentasi jalan menuju Ilahy yg hanya dicapai dgn mata-hati
( penampakan dengan perasaan / zauqi )
maka perlu mendahului aturan bagai peringkat ;-
Ilmu,
muhasabah,
mujahadah,
muraqobah pada mengecapi musyahadah.
Seharusnya ada persiapan bagi melalui maqam-maqam hati
agar tidak sesat mahupun terhenti dalam menuju fana mengetuk pintu baqa.
Maka timbullah berbagai mazhab tarekat yg dipelopori olih ahlinya iaitu
al-arifbillah @ al-sufi yang telah mereka itu lalui mengikut cara tersendiri
dalam mengecapi musyhadah.
Mereka menjadi petunjuk cara,
petunjuk arah dalam memimpin murid yg mengambil mereka sebagai murobbi
pada mencari makrifah sebenar, makrifah hakiki mengenal al-HAQ.
HAKIKAT dari segi bahasa ialah " kebenaran "
Kenyataan asal @ " yang sebenar-benarnya".
Maka,
hakikat dalam kehidupan adalah perkara yg dicari & ditujui.
Hakikat Alam dan Hakikat Diri insan itu sendiri saling berkait rapat
dan pada bahasa klasik ada menyebut ;-
" Diri mencari sebenar diri "
Diri mencari jati dirinyang hakiki, maka jua seumpama pengertian ;-
" Jasad, Hati, Nyawa, Ruh "
Nafas, akal, nyawa & ruh,
maka mencapai hakikat bukan hanya pada akal fikiran dan hati
tapi memerlukan rasa jasmani dan rasa nurani yg penuh dgn cahaya dan anwar (nur) .
Nur diperlukan pada mengecapi kebenaran yang menjadi istana kebebasan & cinta kasih hakiki pada membinasakan diri iaitu "fana" dalam mengetuk pintu Ilahy
memasuki maqam ' baqa-billah' memetik Rahsia-Rahsia Ladduni.
Ini juga dikatakan ;-
" Siapa yang mencari? & Siapa yang dicari ? "
Arifbillah memperkenalkan istilah Amrun Zauqi.
" Urusan perasaan yang paling dalam "
Yang menjadi rahsia yang terlepas dari segala iktibar dan isyarat, raqom @ lukisan,
rasam @ gambaran dimana hati mengecapi rahsia perasaan yang tanpa huruf tanpa suara.
Maka mereka para arifbillah dgn rasa rendah hati berkata kepada diri mereka sendiri ;-
" Man Lam Yazuq Lam Yadri "
Siapa yg tidak merasa, nescaya tidak akan tahu.
MAKRIFAT dari perkataan 'arafa iaitu mengenal.
Maaf,
tak makrifat lagi...malam satgi sambung
InshaAllah...bye...bidadari nur.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar