NAFSU DAN ROH SEMAKIN TUA SEMAKIN SAMA TUA BADANNYA.
Olih: h.jamaludin b zainudin.
"Maaf tulisan ini agak terpanjang juga harap bacalah dengan hati yg
lapang semoga ia bolih di manfaatkan olih kita semua dan untuk diri
saya".
BERSABDA Rasulullah SAW:
Terjemahannya:
Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatannya bersiap-siaplah untuk ke Neraka.
Mengapakah hal itu boleh terjadi?
Dan bagaimana kita boleh selamat daripada kemungkinan buruk itu?
Apa harapan pada mereka yang kini sudah berumur 40 tahun ke atas,tapi
belum lagi melakukan amal-amal soleh yang diperintahkan oleh Allah SWT ?
Insya-Allah saya akan cuba menjawabnya dengan izin Allah SWT.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa semua makhluk termasuk manusia
lahir ke dunia dalam keadaan belum sempurna. Kesempurnaan dicapai
sesudah beberapa tahun
mengalami proses pertumbuhan dan pembesaran yang berperingkat-peringkat. Manusia sendiri mengalami lima peringkat:
1. Peringkat bayi.
2. Peringkat kanak-kanak.
3. Peringkat remaja.
4. Peringkat dewasa.
5. Peringkat tua.
Tiap-tiap peringkat mengambil masa bertahun-tahun sebelum memasuki
peringkat berikutnya. Hingga akhirnya manusia memasuki peringkat yang
menurun, yakni kembali seperti sifat asal. Akhirnya mati.Demikianlah
sunnatullah yang akan terus-menerus berlaku selagi dunia belum kiamat.
Dalam setiap peringkat, manusia bukan saja mengalami
perubahan-perubahan fizikal, tetapi juga akal, hati, perasaan, nafsu dan
tenaga lahir mahupun batin. Proses itu berlaku dengan perlahan-lahan
hingga sukar untuk dikesan. Sedar-sedar, seseorang sudah beralih
daripada bayi kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada dewasa dan tua.
Apabila berlaku peralihan itu, maka yang kelihatan berubah ialah raut
fizikalnya, saiznya dan kesasaannya. Berlaku juga perubahan-perubahan
yang tidak kelihatan tapi dapat dikesan,yakni ftkiran, perasaan,jiwa,
nafsu dan tenaga. Semuanya meningkat kepada kematangan yang kemuncak,
kemudian menurun kepada sifat asal. Proses ini mengambil masa lebih 60
tahun untuk mencapai kesempurnaannya.Manusia yang umurnya tidak selama
itu, tidak sempatlah mengalami kesempurnaan dalam pertumbuhan lahir
batinnya.
Daripada lima peringkat peralihan yang dialami oleh
manusia itu, peringkat kematangan yang tertinggi ialah peringkat dewasa
dan paling lemah ialah dan peringkat tua.
Lihat firman Allah: di peringkat bayi
Terjemahannya:
bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia
ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia daripada setitis mani bercampur yang Kami
hendak mengujinya (dengan yang perintah dan larangan) kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat.
(Al Insan: l-2)
Firman-Nya lagi:
Terjemahannya:
Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan
dia kepada kejadiannya (asal lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka
tidak memikirkan?
(Yaasin: 68)
Di peringkat kanak-kanak dan
remaja, manusia mengalami perkembangan paling subur dan penting. Waktu
inilah pendidikan dan ilmu pelajaran mudah diterima dan manusia
dicorakkan mengikut bentuk pendidikan yang diterimanya.Daya penerimaan
ini bergantung pada kekuatan faktor-faktor batiniah manusia ini, yakni
akalnya, jiwanya, nafsunya, tenaganya dan perasaannya. ]ika akal kuat,
ilmu akan didapati dengan cepat dan banyak.
Jika ilmu dan
pendidikan yang diterima itu ilmu dan pendidikan yang baik maka suburlah
jiwanya (rohnya), dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah). Sebaliknya
pendidikan yang salah akan meliarkan nafsu dan merosakkan jiwa.
Perasaan manusia bergantung kcpada baik atau buruk didikan dan ilmu yang diperolehi.
Jika pendidikan baik, maka perasaan akan jadi bersih dan halus.Tapi
kalau pendidikan buruk, maka perasaannya jadi kasar dan keras “kotor”.
Demikianlah berlakunya perkembangan itu sedikit demi sedikit tanpa
disedari. Manusia tidak dapat mengetahui bentuk jiwa atau akal dan nafsu
seorang manusia lain, tapi hasilnya dapat dilihat pada sikap, akhlak,
percakapan dan jalan hidupnya. Kalau baik batin, baiklah kehidupan
lahirnya; kalau jahat batin maka jahatlah kehidupan lahirnya.
Maksud Hadis:
Di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu,
baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Fizikal meningkat dibantu oleh makanan dan kesihatan tubuh. Manakala
batin manusia meningkat mengikut ilmu dan didikan yang diterima.
Tapi peningkatan itu ada hadnya, Sesudah had hidup manusia berlakulah
penurunan dalam hadnya. Fizikal mula kendur dan batin pun mula lemah. Di
peringkat ini makanan selazat mana pun tidak akan meningkatkan lagi
perkembangan lahir dan batinnya.
Didikan yang sebaik manapun
tidak boleh membentuk manusia lagi sebab zaman penurunan sudah bermula.
Umpama bunga yang hendak gugur; walau dibaja sebanyak mana pun, tidak
dapat menahannya daripada gugur.
Tahap umur ketika manusia berada
pada kemuncak pertumbuhan dan pada awal penurunan ialah 40 tahun. Pada
waktu ini fizikal sudah cukup dewasa dan akal, jiwa, perasaan dan nafsu
sudah sampai ke kemuncaknya dan mulalah untuk lemah kembali.
Kalau sewaktu umur 40 tahun kekuatan tenaganya sepuluh horse power, maka
sesudah itu tidak akan bertambah lagi. Demikian juga akalnya, tidak
akan berkembang lagi. Kalau cerdik, ccrdiklah.Kalau bodoh, bodohlah.
Tidak berlaku lagi selepas 40 tahun orang bodoh nak dicerdik kan. Kalau
kuat jiwanya, kuatlah, tidak boleh ditukar-tukar lagi. Nafsunya kalau
baik, baiklah, kalau jahat, jahatlah; sudah susah untuk dibentuk lagi.
’
Demikianlah seterusnya. Sebab itu sekiranya kita ingin mencorakkan
hidup kita, biarlah sebelum 40 tahun; manusia sesudah itu tidak boleh
dibentuk lagi. Sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan;
“Melentur buluh biarlah daripada rebung.”
Rebung lembut, boleh dilentur. Tapi buluh sudah kcras, tidak boleh
dilentur lagi. Itulah maksud nya. Manusia kalau mahu mencari harta,
membina hidup mewah atau pangkat tinggi atau ingin memperjuangkan
kebenaran, maka usaha hendaklah dibuat pada awal-awal lahir batinnya
sudah cukup hidup dewasanya. Waktu itu bersedia untuk diajak bekerja.
Semua orang maklum akan ha1 ini. Sebab itu seorang pun tidak pernah
berkata bcgini;
“Waktu muda ni, aku nak rehat. Nanti tua baru nak cari harta, buka hutan, cari ilmu dan berkebun.”
Tidak munasabah langsung kata-kata itu. Sebab manusia faham, apabila
tua tenaga sudah lemah. Sebab itu orang-orang muda bertungkus-lumus cari
harta untuk hari tuanya Harta-harta dikumpul-kumpul dan disimpan untuk
hari tua.
Tapi itu hanya untuk keperluan lahir manusia. Fahaman
demikian hanya dimaksudkan pada keperluan fizikal semata-mata. Manusia
tidak faham dan tidak scdar bahawa keperluan batiniah juga begitu. Sebab
itu kita selalu mendengar orang berkata:
“Waktu muda ni kita enjoy dulu. Nanti apabila tua baru kita beribadah.”
Mereka ingat beribadah itu mudah. Apabila saja teringat buat, terus
boleh dibuat. Walhal dalam pengalaman hidup manusia, orang yang tidak
dilatih beribadah sejak kanak-kanak lagi, apabila tua tidak mampu
melakukannya. Walaupun keinginannya besar sekali. Kenapa?
Sebab
roh dan nafsu atau batin kita turut tua bersama tuanya umur dan badan
kita. Batin atau roh dan nafsu kita mengalami proses tua dan muda,
bertenaga dan lemah serta meningkat dan menurun sama, seperti fizikal
kita Cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kalau fizikal kuat pada
waktu muda, roh juga begitu. Kalau fizikal kena berusaha untuk hari
tuanya semasa mudanya, maka roh juga begitu. Ka!au kita berkebun waktu
muda, maka beribadah juga mesti dididik dan dilatih sedari muda
(kanak-kanak). nanti hanya tinggal meneruskannya, kerana ia Apabila tua
sudah terlatih dan terbiasa.
Sebagaimana tidak munasabahnya orang
nak berkebun pada waktu tua, kerana mahu berehat pada waktu
muda,bcgitulah tidak munasabahnya orang mahu memulakan ibadah dan
berjuang pada hari tuanya. Sedangkan waktu muda mahu dihabiskan untuk
berfoya-foya. dalam keadaan bergelumang dengan perbuatan jahat Kerana
jiwa yang sudah sebati dengan perbuatan maksiat, nafsu yang begitu ganas
dan rakus, tidak boleh diubah untuk menjadi jiwa yang taat lagi.
Walaupun manusia itu ingin sekali berubah, namun rohnya sudah tidak
bersedia lagi.
Umpama seorang penagih dadah, amat payah untuk
menghentikannya daripada menagih dadah, walaupun dia memang ingin
berhenti. Sebab jiwa yang sudah biasa dengan sesuatu keburukan atau
kebaikan hingga sifat itu telah menjadi tabiat, sukar untuk diubah.
Apalagi kalau keinginan untuk berubah itu pada waktu umur 40 tahun ke
atas, ketika tempoh perubahan sudah selesai.
Sama juga halnya
dengan seorang yang sudah biasa makan nasi sebagai makanan asas dan
utama, tiba-tiba mahu menukarnya kepada roti. Seminggu saja sudah cukup
untuk dia rasa menderita kerana tidak dapat nasi. Selepas itu pasti dia
akan sedaya upaya mendapatkan nasi kerana selera yang sudah terbiasa dan
sebati dengan nasi itu sudah tidak dapat disesuaikan dengan makanan
lain. Walaupun empunya diri ingin berbuat begitu tapi selera tidak
bersedia untuk menerimanya.
Demikianlah halnya dengan seseorang
yang sudah 40 tahun berada di jalan syaitan dan nafsu, tidak beribadah
kepada Allah. Kemudian baru tersedar dan ingin berubah, maka adalah
hampir-hampir mustahil baginya untuk berubah. Sebab itu Rasulullah SAW
bersabda:
terjemahannya:
sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, bersiap-siaplah untuk ke Neraka.
Mengapa Rasulullah berkata demikian?
Bukankah ampunan Allah dan pertolongan-Nya boleh mengatasi segala-galanya?
Jawabnya ialah kerana Rasulullah mahu memberitahu kita bahawa
sifat-sifat yang baik, amal-amal soleh,akhlak yang mulia,nafsu yang
jinak dan tenang, iman dan taqwa itu bukannya datang sendiri secara
mengejut dan tiba-tiba. Ia mesti dipelajari, dicari, diasuh, dididik,
dilatih, diamalkan selalu sedari kecil lagi; barulah ia akan jadi sifat
dan akhlak kita.
Seorang yang tidak berusaha langsung untuk
mencari kebaikan, sebaliknya dihabiskan umur nya untuk merancang dan
melaksanakan kehendak-kehendak duniawi, nafsu dan syaitan tentulah tidak
begitu mudah untuk dimaafkan. Dan kalau sampai 40 tahun pun belum mahu
berusaha mengenali Allah dan taat kepadaNya, sedangkan segala ilmu dunia
dan kekayaan dunia sudah dipejuangkan begitu lama sekali, adalah layak
untuknya api neraka.
Masakan tidak terfikir olehnya bahawa dia
diciptakan oleh Allah, dan patut sekali mensyukuri nikmat itu dan
berbakti pada Allah. Dan kalaulah ha1 itu pemah melintasi fikirannya,
tapi sengaja tidak dipedulikan, kerana mahu sepuas-puasnya dengan dunia,
hinggalah menjangkau 40 tahun lamanya, sungguh munasabah bagi orang ini
dihumban ke dalam Neraka.Tiada maaf baginya. Sesudah terasa susah payah
dan lemah anggota baru teringatkan Allah sedangkan pada waktu senang,
dan kuat bertenaga pula sangat derhaka pada Allah.
Manusia yang
bersifat begini, memang patut disuruh bersiap untuk ke Neraka. Daripada
hadis itu, kita juga dapat faham bahawa seseorang yang sudah biasa dan
lama dalam kejahatan memang payah hendak diubah ke arah kebaikan.
Harapannya tipis sekali. Umpama seorang yang sudah lama berpenyakit
kudis atau tokak atau darah tinggi atau kencing manis atau sakit jantung
atau semuanya sekali, sudah terlalu kronik, sudah hampir maut, baru
teringat hendak berjumpa doktor untuk berubat.
Waktu mula-mula
kena penyakit, tidak mahu berubat konon tidak bahaya atau boleh tahan
atau tunggu masa yang baik. Apabila keadaan sudah serius, baru nak
berubat, tentu doktor akan berkata “tiada harapan lagi”. Doktor tak
salah kerana berkata begitu. Pesakit itu sendiri yang bersalah kerana
membiarkan sakit begitu lama baru ingat hendak berubat.
Demikianlah halnya jiwa yang sakit. Oleh kerana sudah lama dibiarkan,
sudah sebati dengan sikap dan akhlak yang keji, tentu sukar sekali untuk
diubati. Nafsu yang sudah bermaharajalela dalam diri memang sukar untuk
dikawal. Jumpalah doktor walau pakar apa pun, namun kerana masa untuk
proses pendidikan jiwa itu sudah tamat maka mujahadah tidak akan
berbekas lagi.
Selepas 40 tahun hati tidak kenal Allah, tidak
kenal akhirat, Islam dan iman, tentu payah hendak menjadikannya yakin
sesudah itu. Umpama anak yang tidak tahu siapa ibunya, tiba-tiba waktu
40 tahun diperkenalkan kepada ibunya, tentu payah untuk menanam kasih
sayang dan kecintaan kepada ibu tadi. Sebab kasih itu sudah diberi
kepada ibu angkatnya.
Begitulah payahnya, orang yang sudah 40
tahun mengekalkan sifat sombong dan besar diri, untuk mujahadah menjadi
tawaduk atau rendah diri. Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil,
hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang
hendak mendidik hti jadi pemurah. Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan
pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.
Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak
mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia. Sesudah 40
tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi
seorang yang sabar dan redha dengan Allah.
Sesudah 40 tahun
berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis
untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih
sebut saya”, “kebun saya” dan “Wang saya”. Demikian “harta seterusnya!
Umat Islam perlu fahami dan sedari benar-benar akan hakikat ini agar
usaha-usaha membaiki diri lahir dan batin tidak ditangguh-tangguh lagi;
supaya kita tidak menyesal terkemudian nanti, kerana mendapati
segala-galanya sudah lewat.
Kita juga kena sedar bahawa untuk
melakukan kebaikan itu, sama ada kebaikan lahir, apalagi batin, bukannya
mudah. Sebenarnya ia lebih payah daripada mencari rezeki, pangkat dan
ilmu tinggi dan lain-lain.
Sebab kita terpaksa berhadapan dengan
musuh-musuh batin yang sangat jahat iaitu nafsu dan syaitan. Musuh-musuh
yang tidak rehat-rehat untuk menjahanamkan kita. Nafsu itu sudah lama
kita perturutkan ajakannya.Sudah manja dan sudah gemuk kerana mendapat
layanan yang baik daripada kita.
Sebab itu walaupun kita sudah
sedar keterlanjuran selama ini, namun terasa payah sekali untuk kita
menjinakkan dan menenangkan nafsu itu. Sifat sombong kita, misalnya,
yang sudah menjadi perangai dan akhlak kita sekian lama, bukan mudah
untuk diungkai. Kita sentiasa meninggi diri vdengan manusia lain,
merendah-rendahkan dan menyinggung perasaan mereka.lagi
Apabila
kita sedar, kita pun berazam tidak mahu mengulangi perkara yang dibenci
Allah itu. Tapi apakah hanya dengan azam itu kita terus berubah?
Jawabnya, tidak.
Nafsu sombong yang sudah bertakhta dalam diri
itu akan terus bekerja.Pantang ada salah silap manusia dengan kita,
terus kita kata nista orang itu sepuas hati kita. Pantang tengok
kelemahan orang lain, terus kita sebut-sebut dan sebarkan hingga
terhinalah orang itu. Pantang ada orang menegur kita bidas orang itu
pula sampai melukakan, perasaannya.
Kita sedar hal itu dibenci
Allah, maka kita sangat menyesal selepas setiap kali melakukkan nya.Tapi
kesal itu tidak mengubah kita.Buktinya, apabila terjadi lagi hal-hal
yang mencabar ego kita, kita pun melenting. Menyesal, kemudian buat
lagi. Begitulah halnya. Kita ingin untuk terus berubah tapi tidak
semudah itu. Nafsu yang sudah terlalu jahat itu terasa payah bcnar
hendak dijinakkan. Kita selalu kalah dalam bermujahadah. Kadang-kadang
mati akal dibuatnya. Terasa peritnya berhadapan dengan kejahatan nafsu.
Walhal umur kita belum 40 tahun, sudah terasa benar susahnya. Apalagi
kalau sudah tua, yang nafsu itu pun sudah ‘tua, memang tipis harapan
untuk diselamatkan.
Oleh itu pendidikan mestilah dibuat sewaktu
kanak-kanak lagi. Jinakkan nafsu waktu ia belum liar lagi. Latih
anak-anak dengan segala kebaikan lahir dan batin sewaktu mereka belum
pandai buat jahat lagi. Kemudian lanjutkan hingga ke umur remaja dan
dewasa. InsyaAllah barulah nanti kebaikan-kebaikan itu mudah dilakukan.
Tidak payah mujahadah lagi.
Tapi zaman sekarang, anak-anak orang
Islam dari kecil lagi dididik dengan cara Barat, sehingga besar pun
dididik oleh orang-orang Barat atau dihantar ke sekolah yang menjalankan
pendidikan sekular. Mereka dididik agar tidak kenal Allah, Rasulullah
dan alam akhirat, tidak hormat guru dan orang tua, tidak malu, sombong,
hasad dengki, mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, gila pangkat
dan pujian, bakhil, dendam dan lain-lain lagi,
secara langsung
atau tidak langsung. Ilmu sebaik mana pun kalau diberi kepada seorang
yang kotor hatinya dan buruk akhlaknya, nescaya akan digunakan kearah
kejahatan pula. Sebab itu masyarakat kita ini, tidak bahagia lagi kerana
berdepan dengan berbagai-bagai masalah ini.curi, rompak, tipu, zina,
salah guna kuasa, Rasuah, berkrisis, rebut kuasa, dadah, arak, memfitnah
dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh manusia-manusia yang pandai dan
bijak. Semakin tua usia seseorang itu, bukannya semakin baik, tapi
semakin rosak. Sebab nafsu dan rohnya semakin tua bersama tuanya badan.
Sedangkan jiwanya yang murni tidak berfungsi kerana lemah iman dan
taqwa.
Untuk membaiki keadaan ini, pendidikan Islam mestilah
diterima dan dilaksanakan. Bagi yang sudah dewasa, rajin-rajinlah
mendengar ceramah dakwah dan bersungguh-bersungguhlah bermujahadah. Dan
bagi yang sudah tua, taubatlah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh
kepada Allah. Mudah-mudahan Allah memelihara kita daripada api Neraka.
Tazkirah sentap.
Bila Hati Bicara
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomer AKI SOLEH JAFFAR,dia juga bilan kepada saya kalau AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR di ---> 0853- 7778 – 3331 ---> atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
BalasHapusKLIK DISINI 2d 3d 4d 5d 6d
..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
«´ ---> 0853- 7778 – 3331 ---> _ ¨`»
..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..