Jumat, 22 Juli 2016

PUISI SUFI

Ibarat sebutir api dalam selautan salji.
Manusia telah berTaqarrub!
Taqarrub dalam Tahajud
Taqarrub dalam Tahiyat
Taqarrub dalam Shahadat
Taqarrub dalam Solat
Taqarrub dalam Ibadat

Ibarat sebutir api dalam selautan salji.
Perbuatan yang seolah-olah mengesakan Tuhan,
Walhal hakikatnya memperolok-olak kan Tuhan.

Taqarrub keesaan itu dimulut untuk Allah, hakikat hatinya taqarrub agar peroleh Anak Soleh.
Taqarrub keesaan itu dimulut untuk Allah,
hakikat hatinya taqarrub agar punya Suami juga Isteri Taat.

Taqarrub keesaan itu dimulut untuk Allah,
hakikat hatinya taqarrub untuk ada Harta dan Takut pada Kemiskinan.

Taqarrub keesaan itu dimulut untuk Allah,
hakikat hatinya taqarrub kerana mahu Kesenangan.

Taqarrub keesaan itu dimulut untuk Allah,
hakikat hatinya taqarrub kerana Menadah Kepujian.

Insan mahu bertaqarrub kepada Tuhan bila ditimpa kesusahan.
Mendekatkan diri kepada Tuhan tanpa merasakan perasaan RASA adanya Tuhan.
Rasa kerana Tuhan. Untuk Tuhan. Buat Tuhan. Kepada Tuhan. RASA itu tiada.

Ia ibarat sebutir api dalam selautan salji.
Manusia bertaqarrub kerana Keinginan DUNIA. Taqarrub untuk Kemahuan 'keakuan' berbungkus dalam diri.
Keesaan kepada KEDUNIAAN.
Bukan lagi Keesaan kepada Tuhan.

Ia terlampau halus didalam syirik.
Dan ia tidak akan mampu larut seperti sebutir api dalam selautan salji.

Walau salji besar melaut tidak boleh memadam sebutir api yang sekecil padi.
Tuhan suka pada hamba yang Beristighfar.
-Rouh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar