Sabtu, 02 Juli 2016

QALBU MAYYIT (MATI HATI)

QALBU MAYYIT (MATI HATI)
Para Syeikh Ahli Tarekat dan Tasawwuf telah memperkatakan barangsiapa yang telah tertimpa 'Qalbun Mayyit' (mati hati), maka hati seseorang itu akan tertutup daripada menerima Nur Irsyad (petunjuk) dan kebenaran serta menghalangnya dari menerima rahsia dan cahaya makrifat yang sangat diidamkan oleh para Ahlul Makrifah, dia tidak ada keinginan untuk tenggelam didalam ketaatan serta menjaga amar makruf nahi mungkar, dia tidak dapat menerima nasihat yang baik serta sentiasa melihat orang lain tidak baik, mata rohaninya tertutup dari perkara-perkara yang membolehkan ia bertaqarub kepada Allah, maka bacalah doa yang dibawah ini semoga hati kita hidup dengan pertolongan Allah.
DOA YANG DIUCAPKAN SEBELUM SOLAT SUBUH
(Doa menghidupkan hati agar hati tidak mati)

Aku telah menetapkan bagi fuqara(sufi/salik) di pondok agar setiap hari sebelum solat Subuh, membaca sebanyak empat puluh kali:
"Ya hayyu ya qaiyyuum laa ilaaha illa anta"

(يَا حَيُّ يَا قَيُّومْ, لاَ إِلَهَ إِ لاَّ أَنْتَ).
Kerana telah sampai kepada kami bahawa Abu Muhammad al-Kunnani salah seorang Syeikh Tarekat, bermimpi berjumpa Nabi s.a.w., maka dia berkata:
“Wahai Rasulullah, mohonkan kepada Allah untukku agar hatiku tidak mati.”
Kemudian beliau bersabda: “Wahai Abu Muhammad, katakan setiap hari empat puluh kali: (يَا حَيُّ يَا قَيُّومْ, لاَ إِلَهَ إِ لاَّ أَنْتَ) "Ya hayyu ya qaiyyuum laa ilaaha illa anta", maka hatimu akan hidup.”
| Al Anwarul-Qudsiyyah-
Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya’rani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar