KALAM MAKRIFAT.
Kaedah-kaedah makrifat
yang tertentu didalam satu tujuan dan maksud serta amalan adalah
mempunyai tata tertib yang tertentu, menurut Mushid masing-masing.
oleh kerana itulah didalam ajaran Makrifat atau Roh ertinya
mempelajari Ilmu Makrifat atau Roh
tidak boleh mempunyai dua syeikh akibatnya:
1. Sia-sia,tidak mendapat Taufik atau Hidayah.
2. Gila Isim.
Kecuali yang telah sampai pada Ilmu Rohaninya atau mengkaji Ilmu Hakikat.
Adapun Ilmu Hakikat
itulah yang dirahsiakan oleh para Wali-Wali Allah dan Ulamak Murshid
Orang-orang yang telah sampai pada Makrifat Roh ialah
menuju kepada Makrifat Sirr.
Orang-orang yang didalam pelajaran atau beramal dengan Makrifat Kalbu
tidak diharuskan mempunyai dua Murshid
kerana Makrifat Kalbu itu adalah permulaan.
Didalam Makrifat Kalbu itu ialah supaya dapat kepada:
1. FUAD
Setelah ada Fuad maka menuju kepada yang lebih tinggi iaitu Kalbu.
Setelah seseorang itu ada Fuad dan Kalbu
maka barulah ada kepada nya hati yang bernama Kalbi atau Latifah Kalbi.
Setelah orang itu ada Kalbi ertinya
dia adalah seorang Mukmin yang Tauhid kepada Allah
dan kepadanya Roh yang bernama Rohani dan
jiwanya yang bernama Mutmainah.
Dengan itu tamatlah Makrifat Kalbu kepadanya dan
melangkah pada Makrifat Roh.
Maka hijab yang amat besar diantara Rohani dengan nyawanya
yang bernama Roh Izapi ialah Rohul Kudus.
Barangsiapa yang tidak sampai kepada Rohul Kudus
maka tidaklah sampai kepada Roh Izapi.
Maka apa yang disebutkan itu ialah Makrifat Roh.
Barangsiapa yang telah sampai kepada darjat Makrifat Roh
baharulah Allah Ta'ala anugerahkan kepadanya Makrifat Sirr.
Maka barangsiapa yang Allah telah anugerahlkan kepadanya Makrifat Sirr,
maka barulah terbuka hijab
yang menuju kepada Wahdatul Ujud atau Sirrul Ujud,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar