PERJALANAN KESUFIAN
Berjalanlah dirimu kepada Allah swt dengan
berpakaian syariat, tarekah, hakikat dan makrifat. Syariat itu adalah
pakaian Nabi, tarekah itu adalah perjalanan Nabi, hakikat itu adalah
batin Nabi dan makrifat itu adalah rahsia Nabi. Berpakaian syariat
sahaja tanpa hakikat adalah fasik, hakikat sahaja tanpa syariat adalah
zindik. Seorang yang berada di alam syariat sahaja adalah masih tertipu
kerana apa yang dilihat dan didengar oleh syariat tidak menjamin akan
kebenaran hakikat, justeru itu seseorang perlu menyelami lautan hakikat
dan tiada cara untuk menghubungkan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat
melainkan berilmu dan mengamalkan tarekah. Apabila dadamu benar-benar
memiliki rahsia ilmu para auliya, engkau akan memahami kenapakah mereka
itu amat kuat takut pada Allah, amat kuat berpegang pada syariat, amat
wara’ dalam setiap pekerjaan, amat zuhud pada dunia, amat redha dengan
takdir Allah, amat kuat ibadahnya, amat baik akhlak jiwanya, amat kuat
tawakalnya, amat tinggi syukurnya dan amat tinggi cintanya pada Allah
dan Rasul. Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh
mata biasa, ia adalah Nur yang dicampakkan ke dalam dada oleh Allah swt
sehingga tembus penglihatannya pada alam rahsia dan FANA dan BAQA ia
dengan kekasihnya. Fahamilah ia rahsia cahaya di sebalik cahaya.
Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya
telah mencapai kejayaan hakiki baik dunia atau akhirat.
Jika
engkau bersungguh-sungguh mengamalkan zikir di bawah bimbingan Guru yang
telah terbuka baginya rahsia segala alam sehingga telah mencapai
kesempurnaan makrifat, engkau akan merasakan perubahan pada rohanimu.
Ruhmu akan melalui pendakian dari hati yang lalai kepada hati yang hidup
mengingati Allah, dari hati yang hidup mendaki kepada hati yang asyik,
kemudian mendaki pula kepada hati yang fana dan kemudian mendaki pula
(kepada) meminum rahsia makrifat di alam yang tinggi. Nabi saw telah
melakukan israk mikraj, membuka dan membelah langit dan membukak rasiya
ketuhanan pada umatnya kepada Allah swt.
| Syibli Sufi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar