Jumat, 29 April 2016

IF YOU WANT TO BE LOVED BY ALLAH

Jika Kamu Mahu Disayangi Allah 
IF YOU WANT TO BE LOVED BY ALLAH
Sheikh Muhammad Adil Al Haqqani An Naqshbandi,
Sohbat pada 2hb April 2016.


As-salamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. 
Audhu billahi min ash-shaytani r-rajim. Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. As-salatu wa s-salamu ala Rasulina Muhammadin Sayyidi l-awwalina wa l-akhirin. Madad ya RasulAllah, madad ya Sadati As'habi RasulAllah, madad ya Mashaykhina, dastur ya Sheikh Abdullah ad-Daghistani, Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani madad. Tariqatuna s-sūḥbah wa l-khayru fi jam'iyyah.

Audhu billahi min ash-shaytani r-rajim. 
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.

"Qul in kuntum tuḥibbūna llaha fa'ittabi'ūnī yuḥbibkumu llahu wa yaghfir lakum" (3:31)

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nabi ﷺ kita adalah seorang guru yang baik, seorang pengajar untuk kita. Baginda ajarkan benda-benda baik kepada kita. Sabdanya: "Jika kamu mahu Allah menyayangimu, ambillah daku sebagai panduan. Ikutilah daku dan buatlah apa yang daku buat supaya Allah menyayangimu".

Nabi ﷺ kita adalah seorang yang agak tenang dan cukup belas kasihan dan baginda suka lakukan segalanya sendiri. Baginda tidak pernah perintahkan sesiapa pun untuk lakukan sesuatu untuk baginda. Baginda buat sendiri. Malah, di rumah kadangkala apabila baju baginda terkoyak, baginda menjahitnya sendiri. Baginda tidak bercakap dengan kuat. Baginda tidak menjerit. Sebab itu, terdapat satu ayat di dalam al-Quran, "Wahai manusia, jangan bercakap kuat daripada Nabi ﷺ".

Allah memberi amaran kepada para sahabat untuk tidak bercakap lebih kuat daripada baginda. Allah berikan berita baik kepada mereka yang bercakap dengan suara yang rendah daripada Nabi ﷺ kita bahawa mereka akan menerima ganjaran terbaik. Dan Dia menyifatkan orang-orang yang bercakap kuat sebagai orang jahil. Jika mereka tidak menjerit dan bersabar, itulah yang lebih baik untuk mereka. Perkara yang terbaik adalah bertindak mengikut apa yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ kita. Jika kita bertindak seperti baginda sepanjang hidup kita, ia adalah sangat baik.

Walaupun kamu tak mampu, kamu harus mencuba. Kamu tidak harus lupa bahawa kasih sayang Nabi ﷺ kita dan kasih sayang Allah adalah sama. Ia berada di jalan yang sama. Kamu tak boleh sayangkan Allah tanpa sayangkan Nabi ﷺ. Ia sama jika kamu tak sayangkan orang-orang baik. Para wali juga disayangi Nabi ﷺ kita. Mereka juga mengambil daripada Nabi ﷺ kita dan tunjukkan kepada masyarakat bagaimana baginda hidup. Menjerit dan memekik, perkara-perkara yang orang jahil lakukan. Nabi ﷺ kita tak pernah melakukannya. Malah, apabila baginda tidak suka sesuatu semasa perhimpunan, baginda tidak pernah bangkit dan menjerit. Baginda tetap diam dan para sahabat faham bahawa ada sesuatu yang silap. Jika ia lebih teruk, baginda akan bangun dan tinggalkan perhimpunan.

Perkara-perkara sebegini adalah penting kerana manusia, ramai orang pada zaman ini menjerit sebanyak mana yang mereka mampu untuk mempertahankan hak mereka dan mereka fikir ia akan membantu. Padahal ia jadi lebih teruk. Kita harus ikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ kita. Ia akan jadi baik di dunia dan berikan ganjaran besar dengan keberadaan Allah di akhirat. Nabi ﷺ mengambil ayat di dalam al-Quran:

"qul in kuntum tuḥibbūna llaha fa-ittabī'ūni yuḥbibkumu llahu wa yaghfir lakum". (3:31) 
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Jika kamu sayangkan Allah , kamu ikutilah daku. Allah sayangkan kamu dan mengampunimu." Nabi ﷺ tunjukkan kita perilaku dan kelakuan yang terbaik untuk disayangi dalam keberadaan Ilahi. Apa yang Nabi ﷺ ajarkan kepada kita? Mengajar setiap kesopanan. Baginda Nabi ﷺ adalah seorang yang sangat sopan. Tidak seperti yang ditunjukkan orang yang mengikut gerak-geri syaitan. Nabi ﷺ tidak pernah, baginda yang paling mengasihi dan yang paling sopan. Apabila baginda bercakap, baginda tidak meninggikan suaranya. Tidak menjerit langsung. Tak pernah. Baginda tidak menjerit. Dan siapa di sekelilingnya, seperti murid-murid dan para sahabat, mereka juga seperti baginda. Kadangkala, orang baru datang dan mereka tak tahu, dan menjerit. Untuk ini, Allah jadikan satu surah, ayatnya, firman Allah :

"Wahai para sahabat, wahai orang beriman, janganlah kamu angkatkan suaramu melebihi suara Nabi. (49:2)" 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ ﴿٢﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesiapa yang menghormati, dan merendahkan suara mereka dari suara Nabi ﷺ, mereka ini, Allah sukakan mereka dan Dia berikan mereka ganjaran besar - 'ajrun 'adhīm. Dan tapi siapa yang - ada orang yang tidak tahu dan mereka menjerit di belakang dinding, memanggil Rasulullah ﷺ. Mereka menjerit dan mereka semestinya ada yang tidak tahu ini datang dari gurun. Ada juga beberapa orang, mereka katakan untuk mereka - merekalah orang jahil. Jika golongan ini, mereka bersabar dan mereka:

Inna lladhīna yunādūnaka min warā-i l-ḥujurati aktharuhum la ya'qilūn.(49:4)

نَّ الَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَاءِ الْحُجُرَاتِ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ ﴿٤﴾
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).


Walaw annahum ṣabarū hatta takhruja ilayhim lakāna khayran lahum (49:5).

وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّىٰ تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥﴾
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Mereka adalah orang jahil, mereka tidak berakal. Inilah "la ya'qilūn". Jika mereka bersabar, menunggu sehingga kamu pergi kepada mereka, ia akan lebih baik untuk mereka. Tapi juga, Allah maafkan mereka dan Dialah Yang Maha Mengasihani dan Maha Pengampun, termasuk juga golongan ini. Tapi mereka, ayat ini untuk tunjukkan kepada umat bagaimana caranya pada zaman Nabi, cara menghormati dan manusia pelajarinya. Untuk ini, Nabi ﷺ bersabda: "Lihat apa yang daku lakukan, buat sepertiku untuk Allah sayangimu." Kerana jika kamu tak sayangkan Nabi ﷺ, kamu tidak boleh sayang Allah .

Cara Allah adalah melalui Nabi ﷺ dan melalui orang yang baik, siapa yang mengikuti Nabi ﷺ, ia akan tunjukkan kita cara yang mudah. Cara yang baik, bukan cara yang buruk. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengikut cara tarikat. Bukan seperti orang yang berkata; jika kamu mengikuti seseorang kamu musyrik. Tidak. Tanpa ini kamu akan jadi seperti orang ini, mereka yang menjerit kepada Nabi ﷺ dengan suara yang tinggi, tanpa menghormati atau apapun. Mereka ini, Allah tunjukkan mereka sebagai orang yang tak berakal.

Siapa yang mengikuti dan menghormati mereka yang mengikut cara Nabi ﷺ dan hormat dan menyayangi baginda, mereka akan menerima 'ajran adhīm' - ganjaran yang besar. Tapi manusia, mereka sememangnya seperti ayat ini. Pada masa ini, manusia kebanyakannya tidak berakal. Hanya percaya apa yang silap. Apa yang betul, mereka berbincang dengan kamu. Ia terbuka, jika kamu mahu disayangi Allah , kamu harus mengikut Nabi ﷺ. Kamu harus ikut cara baginda. Inilah jalan pintas untuk mereka yang tahu tentang tarikat. Dan para wali Allah, mereka mengikuti Nabi ﷺ. Bukan apa-apa masalah daripada ini. Allah jadikan mereka berfikir untuk berada di jalan yang betul.

Wa min Allahi t-tawfīq Al-Fātiha

Video Link:

http://saltanat.org/videopage.php…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar