Jumat, 22 April 2016

RASA PUAS DENGAN TAAT (KEPADA ALLAH S.W.T) DAN RASA CUKUP (DENGAN-NYA)

APABILA DIKURNIAKAN KEPADA KAMU REZEKI 
BERUPA RASA PUAS DENGAN TAAT (KEPADA ALLAH S.W.T) 
DAN RASA CUKUP (DENGAN-NYA), 
MAKA KETAHUILAH TELAH DISEMPURNAKAN ATAS KAMU 
NIKMAT-NIKMAT YANG LAHIR DAN YANG BATIN.

Dua jenis rezeki yang dinyatakan oleh Hikmat 84 di atas adalah Islam dan Iman. 
Hamba Allah s.w.t yang memperolehi kedua-dua rezeki tersebut 
menjadi insan yang beriman dan beramal salih. 
Tidak ada amal salih tanpa iman dan tidak ada kenyataan iman tanpa amal salih.

 Ayat-ayat al-Quran sering menggandingkan iman dan amal salih sebagai satu, 
tidak diceraikan. 
Orang yang mengaku beriman 
tetapi tidak beramal menurut apa yang diimaninya adalah 
dianggap sebagai orang yang berbohong, 
sementara orang yang melakukan amal 
sedangkan hatinya tidak beriman adalah munafik. 

Kesempurnaan seorang insan terletak pada gandingan kedua-duanya, iaitu 
iman dan amal salih.

Islam bererti tunduk patuh kepada Allah s.w.t dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. 

Orang Islam adalah orang yang bertaklid melulu kepada Allah s.w.t. 
Segala fikiran dan kehendak menjurus sepenuhnya 
kepada apa yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t, yang dibawa oleh Rasul-Nya. 

Akal, perasaan dan perbuatan tunduk kepada ketentuan Allah s.w.t. 
Ketaatan kepada Allah s.w.t mencakupi lahir dan batin. 
Perbuatan lahir sesuai dengan tuntutan syariat dan 
perbuatan batin pula mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah s.w.t.

 Memelihara sempadan yang ditentukan oleh Allah s.w.t secara lahir dan batin menghasilkan takwa. 
Semulia-mulia hamba di sisi Allah s.w.t adalah orang yang paling bertakwa. 
Takwa tidak diperolehi tanpa amalan Islam.
 Islam sudah cukup lengkap. 
Segala perintah yang meliputi suruhan dan tegahan sudah pun dibentangkan 
di hadapan mata. Tidak usah menunggu perintah yang lain lagi.

Jika Islam melahirkan amal salih, 
iman pula melahirkan penyaksian mata hati (musyahadah) 
terhadap ketuhanan Allah s.w.t 
pada setiap pandangan kepada segala perkara. 

Allah s.w.t berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! 
Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… *
(Ayat 136 : Surah an-Nisaa’)*"

Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudah beriman. 
Mereka sudah pun beriman tetapi masih digesa supaya beriman. 
Iman pada tahap permulaan berdasarkan dalil-dalil dan pembuktian. 
Kemudian mereka diajak pula kepada iman dengan penyaksian mata hati, 
menyaksikan Rububiyah yang tidak pernah berpisah daripada ubudiyah. 

Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah 
segala amal tidak berguna 
kerana orang yang beramal menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, 
sedangkan tiada yang melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t, 
dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan Kuwwata-Nya. 

Himpunan amal sebesar gunung 
tidak dapat menandingi iman yang sebesar zarah. 
Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah 
pada segala perkara dan semua amal itulah orang yang memperolehi nikmat 
yang sempurna lahir dan batin, 
kerana hubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. 

Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat kepada Allah s.w.t 
dan berasa cukup dengan-Nya, 
kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t 
dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. 

Apa lagi yang patut dibuat oleh seorang hamba 
melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.

1 komentar:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,,di no 0853---> 7778 ---> 3331
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..





    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI SOLEH JAFFAR akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH JAFFAR DI NO: 0853---> 7778 ---> 3331


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/


























    BalasHapus