Minggu, 17 April 2016

HARTA TIADA NILAINYA

HARTA TIADA NILAINYA
Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, 
janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. 
Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,
Setelah engkau memiliki ilmu 
tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, 
berilmu tanpa amal adalah binasa. 
Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, 
terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu 
sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. 

Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat 
dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, 
harta yang tiada dijual dimaya ini, 
tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, 
harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang 
dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. 

Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya 
sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, 
engkau akan dijagaNya 
sehingga sesesiapa yang menyakitimu 
akan diisytihar perang ke atasnya. 

Tiadalah kejayaan yang hakiki 
melainkan 
berada dalam taman keredhaan takdirNya, 
hati yang terang menatap rahsiaNya, 
hati yang asyik dengan Asma’Nya, 
hati yang fana dengan kewujudanNya.

Wahai saudaraku,
Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah 
dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya 
sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. 
Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, 
engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, 
bukan diatas hafalan ilmu semata-mata 
tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. 

Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut 
akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. 
Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, 
Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, 
maka tenggelamlah engkau dalam makrifat 
sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. 

Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, 
tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, 
engkau akan memahami firmanNya;
 “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, 
“Wahai manusia, 
sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”,
 “Di mana kamu berada disitulah Ia berada” 
dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa.

Tafsiran syariat adalah pembukaan 
sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. 

Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut 
dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. 

Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir 
dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. 

Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. 

Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illaLlah di alam syariat 
dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat. 

Tidak akan sama huruf, kalimah dan bunyinya pada alam syariat dengan alam hakikat, tiada akan sama kenikmatan atau kepedihan di alam nyata ini dengan alam hakikat, 
tiada akan sama orang yang mati hatinya dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dan asyik dengan Tuhan 
dan inilah yang mesti difahami sebagaimana firman Allah 
“Tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu,” 
“Tiada akan sama orang yang tak mengenal Allah swt 
Dengan Orang yang mengenal Allah swt

Tidak ada komentar:

Posting Komentar