Sabtu, 23 April 2016

Tasawuf dan Sastra Sufi

Catatan Kuliah Sastra Islam
Prof.Dr. Abdul Hadi WM di Universitas Paramadina

Tasawuf dan Puisi 

Tasawuf ialah bentuk spiritualitas atau jalan kerohanian dalam Islam. 
Sebagai bentuk spiritualitas atau ajaran kerohanian, 
tasawuf mulai muncul dalam sejarah Islam pada awal abad ke-2 H atau 8 M. 
Orang yang mengamalkan tasawuf disebut sufi. 
Karena itu dalam bahasa Inggris, tasawuf juga disebut sufism (sufisme). 
Disebabkan dekatnya dan kemiripan 
antara pegalaman kesufian yang bersifat mistikal dengan pengalaman estetik seniman, tidak mengherankan jika sejak awal telah banyak sufi 
melibatkan diri dalam kegiatan sastra, terutama puisi. 
Ini karena puisi merupakan penuturan simbolik, 
yang cara penyampaiannya berbeda dengan bahasa keilmuan dan falsafah.

Peranan penting puisi dalam kehidupan sufi berakar dalam upacara sama`(audisi). 
Secara harafiah kata sama’ berarti mendengarkan puisi dan musik bersama-sama. 
Dalam perkembangannya sama’ menjelma sebagai konser musik kerohanian 
yang disertai tari-arian, nyanyian dan pembacaan puisi. 
Melalui alunan musik dan puisi yang dibacakan perasaan mereka begelora, 
Melaluinya pula pengalaman religius mereka meningkat, 
oleh sebab pengalaman keagamaan berkaitan dengan sesuatu 
yang sifatnya kerohanian dan transendental,
 dan sesuatu yang rohaniah 
hanya bisa dicerap secara intuitif (dharuri) dan perasaan.

Beberapa sarjana mengatakan bahawa 
kata sufi berasal daripada kata ‘safi’ yang dalam bahasa Arab bermakna suci atau bersih. 
Memang jalan kerohanian sufi dimulai dengan 
penyucian diri (tadhkiya` al-nafs) dan penyucian kalbu (tadhkiya` al-qalb). 
Tujuan penyucian diri dan kalbu dimaksudkan 
untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. 
Di samping itu jalan kerohanian sufi ditempuh dengan maksud 
agar seorang salik (penempuh jalan kerohanian) lebih mengenali diri mereka 
dan hakikat bahawa 
manusia merupakan makhluq kerohanian, 
bukan semata-mata makhluq kejasmanisan dan sosial. 

Jalan tasawuf dimulai dengan penngendalian nafsu-nafsu rendah 
(nafsu amarah dan nafsu lawamah) dan penyucian kalbu dan fikiran 
daripada ingatan kepada yang selain Tuhan. 
Apabila jiwa, iaitu 
kalbu dan fikiran seseorang telah sepenuhnya dipenuhi 
ingatan kepada Yang Satu 
maka penglihatan hatinya akan mengalami pencerahan. 
Timbulnya pencerahan dalam hati seseorang 
akan menyebabkan penglihatannya jernih dan bening 
terhadap segala sesuatu, dan dia dapat menyaksikan hakikat 
di balik bentuk-bentuk lahir yang banyak di dunia ciptaan. 

Berlandaskan kenyataan bahawa 
tasawuf merupakan jalan penyucian diri 
para sarjana berpendapat bahwa 
kata tasawuf atau sufi berasal daripada kata safi, 
yang dalam bahasa Arab bermakna suci atau bersih. 

Beberapa sarjana lain mengatakan bahwa 
kata sufi berasal dari kata suf, yakni 
bulu domba. 
Dalam perkembangannya yang awal 
para sufi sememangnya biasa memakai jubah bulu domba yang kasar. 
Jubah bulu domba merupakan
 lambang kebersahajaan (faqr), 
keikhlasan dan 
pengurbanan 

Kebersahajaan, keikhlasan dan pengurbanan 
merupakan sikap-sikap jiwa paling penting dalam tasawuf 
di samping tawakkal dan kegemaran melakukan amal saleh yang lain. 

Seperti golongan zuhudiyyah 
para sufi tidak menyukai gejala materialisme dan kemewahan yang berlebihan. 
Materialisme dan pola hidup mewah 
dapat menjauhkan diri daripada Tuhan 
dan jalan agama yang sebenar. 

Pemakaian jubah bulu domba pula memiliki kaitan dengan pengurbanan (qurb), 
sebab sudah lazim domba dijadikan khewan kurban. 
Berkurban yang dimaksud di sini ialah 
mengabdikan diri sepenuhnya dalam jalan agama. 

Menurut para sufi satu-satunya jalan untuk menyelamatkan masyarakat 
daripada bencana keruntuhan dan kemerosotan moral ialah 
dengan mendekatkan diri kepada Tuhan,
 mempertingkatkan sikap tawakkal dan memperbanyakkan amal saleh. 

Ajaran para sufi ini jelas selari dengan ajaran al-Qur`an. 
Dalam mendekatkan diri kepada Tuhan para sufi yang awal 
mulai dengan menanamkan sikap zuhud dan tawakkal, 
memperbanyak amal ibadah dan kebajikan sosial.

Tasawuf pada mulanya merupakan gerakan sosial keagamaan yang bersahaja. 
Tetapi kemudian tumbuh menjadi sejenis ajaran dan falsafah hidup tersendiri. 
Para sufi tidak berpuas hati dengan ajaran tentang sikap zuhud dan tawakkal
 yang diajarkan para sufi yang awal.
 Dalam perjalanan masa mereka kemudian mengembangkan doktrin kerohanian 
yang lebih tinggi yang disebut doktrin cinta ilahi. 

Menurut mereka hanya cinta (mahbbah wa `ishq) 
yang dapat membawa seseorang dekat kepada Tuhannya, 
sebab sifat Tuhan yang paling utama ialah 
Maha Pengasih dan Penyayang (al-rahman dan al-rahim). 

Menurut mereka pula hakikat ajaran semua agama ialah Cinta. 

Dalam agama Islam ajaran tentang Cinta berkaitan erat dengan ajaran Tauhid, kepercayaan bahawa Tuhan itu satu.

Dan hanya jalan itu yang dapat membawa seseorang mengenal hakikat ajaran Tawhid, yaitu penyaksian bahawa Tuhan itu satu.

Cinta mempunyai makna yang luas. 

Di antaranya ialah 
keimanan yang dalam dan kukuh, ketaatan menjalankan perintah agama 
dengan perasaan bebas, 
membuang semua kecenderungan kepada yang selain Dia 
dan mengisi kalbu dan fikiran 
hanya dengan ingatan sepenuhnya kepada Allah s.w.t. 

Kata mahabbah itu sendiri berasal dari kata hubb, yaitu 
kendi yang penuh berisi air 
sehingga tidak ada tempat lagi untuk yang lain. 

Dalam cinta sejati tidak ada tempat lain dalam kalbu dan fikiran seorang pencinta 
selain tempat untuk Dia Yang Satu.. 

Cinta juga sering diartikan metode atau pengalaman intuitif tentang hakikat, 
sebab dalam memperolehi pengetahuan tentang yang dicintai seseorang 
tidak hanya menggunakan akal dan pikiran, 
melainkan juga penglihatan hati. 

Penglihatan hati juga disebut intuisi 

Menurut para sufi sifat Tuhan yang paling nyata ialah 
Maha Pengasih (al-rahman) dan Maha Penyayang (al-rahim). 

Kedua-dua sifat ini sama dengan Cinta. 

Karena sifat nyata dan hakiki ketuhanan ialah Cinta maka 
jalan mendekatkan diri dengan Tuhan ialah jalan Cinta

 Menurut para sufi pula asas penciptaan dunia ialah Cinta 
dan segala sesuatu ini diatur oleh-Nya beradasarkan asas Cinta. 
Cinta merupakan asal-usul kewujudan manusia di atas bumi.

Apakah yang disebut tasawuf, 
sama ada sebagai jalan kerohanian ataupun ilmu kerohanian. 
Dalam bukunya Madkhal ilm Tasawwuf al-Islam (1985)
 Abu al-Wafa` al-Taftazani menyatakan: 

Tasawuf ialah jalan kerohanian dalam Islam yang bertujuan mempertingkatkan moral. 

Yang dimaksud moral di sini ialah 
moral atau adab antara seorang hamba dengan Tuhannya, 
moral antara seseorang dengan dirinya sendiri dan 
moral antara seseorang dengan orang lain atau sesama manusia”. 

Moral di sini bermakna perbuatan baik dan bertanggungjawab, 
serta dilandasi ajaran tauhid 
dan apabila moral seperti itu dilaksanakan 
maka akan timbul hubungan yang baik 
antara manusia dengan Tuhan, dirinya sendiri dan manusia lain.

Tauhid sendiri sebagai ajaran utama Islam mengandung aspek moral atau etika. 
Sebagai landasan moral Tauhid mengajarkan bahawa 
amal perbuatan seseorang itu harus dipertanggungjawabkan 
bukan hanya kepada diri sendiri dan masyarakat, 
tetapi terutamanya mesti dipertanggungjawabkan kepada Tuhan. 

Tauhid dinyatakan dalam bentuk hukum syar`i atau syariat agama.
Intipati syariat ada empat, iaitu:

Aqidah atau asas keyakinan;
Ibadah;
Mua`amalah (amal perbuatan);
Akhlaq.

Dalam tasawuf proses penyucian diri dimulai dengan 
membetulkan akidah, 
ketaatan melaksanakan ibadah wajib dan sunnah, 
termasuk zikir, wirid, puasa isnin khamis, 
memperbanyak mua`amalah dan amal jariyah, serta 
menyempurnakan akhlaq.

Dalam bukunya Muqadimah (abad ke-15) Ibn Khaldhun mengatakan: 

Ilmu tasawuf termasuk salah satu cabang ilmu-ilmu Islam yang baru berkembang 
selepas ilmu-ilmu Islam lain. 
Asal-usulnya bermula daripada generasi pertama umat Islam 
pada zaman Baginda Rasulullah, yaitu 
daripada kalangan Sahabat, Tabi`in dan generasi selepas mereka. 

Pada mulanya ia merupakan ikhtiar 
untuk memusatkan diri dalam ibadah, 
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah, 
penghindaran diri daripada pesona dunia dan materialisme yang melampaui batas, penjauhan diri dari kemewahan, harta dan pangkat yang mubasir, zuhud. 

Kegemaran bertafakur dan beribadah.

Ajaran sufi didasarkan atas al-Qur`an dan Sunnah Rasul. 

Nasiruddin al-Tusi dalam bukunya Kitab al-Luma` mengatakan bahawa 
secara khusus para sufi menaruh perhatian terhadap perkembangan moral. 

Hal ini sesuai dengan anjuran Rasulullah dan para sahabat. 
Jalan menuju Allah dimulai dengan latihan kerohanian 
dan kemudiannya secara bertahap menempuh berbagai fase 
yang dikenali dengan istilah
 maqam (peringkat kerohanian) dan ahwal (keadaan jiwa), 
dan berakhir dengan 
makrifat dan fana’ (persatuan mistikal) dengan Yang Haqq.

Yang disebut maqam ialah 
tahapan-tahapan kerohanian yang dicapai 
selepas seseorang melaksanakan ibadah dan latihan kerohanian tertentu. 
Contoh maqam ialah 
taubat, 
zuhud, 
wara` (menyucikan diri), 
hidup bersahaja (faqr), 
sabar rela (ridha), 
tawakkal dan sebagainya. 

Mengenai ahwal (kata jamak daripada hal) ialah 
keadaan-keadaan jiwa yang terbit 
pada ketika melakukan ibadah dan jalan penyucian diri.. 

Di antara keadaan-keadaan jiwa atau rohani yang dicapai itu ialah 
muraqabah (penumpuan perhatian kepada Yang Satu semata), 
qarib (kehampiran), 
`ishq, 
takut,
 harap, 
uns (dekat), 
tenteram, 
musyahadah (penyaksian penuh bahawa Dia satu), 
haqq al-yaqin (percaya secara dalam) dan sebagainya. 

Menurut Abu Nua`ym al-Isfahani dalam Kitab Hilyat al-`Awliya (Hiasan Para Wali) 
para ahli sufi termasuk di dalam golongan orang yang waspada 
terhadap akibat buruk materialisme 
dan kewaspadaannya didasarkan pada keyakinan tentang kebenaran wahyu ilahi. 

Mereka berikhtiar supaya tidak lalai melaksanakan kewajiban agama.
 Mereka dapat bergiat dalam bidang perniagaan dan sosial,
 tetapi semua itu tidak menyebabkan dia lalai mengingat (zikir) Allah 
dan memahamkan hikmah yang diajarkan dalam kitab suci-Nya.

Sesungguhnya pada awalnya tasawuf merupakan satu disiplin Ilmu 
yang tidak terpisah dari ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu fiqah dan ilmu kalam. Pemisahan baru terjadi pada abad ke-3 H atau abad ke-9 M 
sebagai akibat dikembangkannya pengkhususan (spesialisasi) ilmu 
yang lebih terperinci.

 Ilmu fiqah lantas hanya membahas aturan-aturan formal agama, 
termasuk ibadah dan muamalahnya. 

Ilmu kalam hanya membahas masalah teologi atau ketuhanan 
dan dasar-dasar rasional kepercayaan kepada Tuhan. 

Sedangkan ilmu tasawuf
 membahaskan masalah spiritual dan akhlaq, 
termasuk metafisika, estetika, psikologi 
dan jalan-jalan mendekatkan diri kepada Tuhan secara rohaniah. 

Dengan itu tasawuf membahas masalah yang berkenaan hakikat ajaran agama 
dan cara-cara memahamkan serta cara-cara mencapainya.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas Abu al-Wafa` al-Taftasani merumuskan bahawa tasawuf mempunyai lima ciri utama: 

(1) Tasawuf bertujuan mempertingkatkan moral melalui jalan tawakkal dan cinta.; 

(2).Tujuan lainnya ialah makrifat dan persatuan mistikal dengan Yang Satu; 

(3) Para sufi mengutamakan metode intuitif, iaitu cinta dan makrifat, 
dalam mencapai pengetahuan tertinggi atau pengetahuan tentang hakikat tertinggi;

 (4).Mengutamakan kedamaian dan ketenteraman hati 
melalui keyakinan yang dalam kepada Tuhan, 
dan dengan demikian tercapai kepuasaan, keridhaan dan kebahagiaan; 

(5) Para sufi lazim menggunakan tamsil atau simbol-simbol 
dalam mengungkapkan gagasan dan pengalaman kerohanian mereka. 
Karena itu kesusastraan berkembang dalam tradisi sufi, 
terutamanya puisi, muzik dan tari keagamaan..

Perkembangan dan Tokoh

Puisi sufi menumpukan perhatian terhadap Yang Abadi atau Yang Kekal, 
dan kerinduan akan Kehadiran Yang Satu. 

Kerinduan dan kesabaran menunggu kehadiran Yang Satu 
dalam penglihatan kalbu merupakan satu 
di antara tema-tema penting karya para penyair sufi. 
Misalnya sebagaimana nampak 
dalam sajak Abdul Samad al-Raghasi (w. 816 M) berikut:

Pada suatu hari awan dari-Mu melindungi daku
Kilatan cahaya menyilau mata, 
namun menyembunyikan hujannya lagi
Dan dalam kegelapan tak kujumpai jalan, 
sehingga aku putus asa
Namun air tak turun, 
maka aku pun dahagakan air-Mu

Mestilah diingat bahawa 
terdapat perbedaan antara puisi zuhudiyyah dengan puisi sufi. 

Apabila golongan zuhudiyyah gemar membicarakan 
hukuman di Hari Akhirat, perkara syurga dan neraka, 
maka para sufi tidak begitu memberi perhatian terhadap masalah-masalah tersebut. 

Menurut para sufi mencintai Tuhan 
bukanlah untuk mengharap masuk ke dalam syurga atau terbebas daripada neraka. Mestilah diingat juga bahawa 
walaupun para sufi menolak terikat pada dunia dan tidak menyukai materialisme, 
namun mereka mencintai kemanusiaan dan keindahan dunia, 
karena alam kejadian dan kemanusiaan 
merupakan manifestasi daripada daya cipta-Nya 
dan juga manifestasi daripada Cinta dan Keindahan-Nya. 

Pandangan para sufi jelas lebih optimis 
dibandingkan pandangan golongan zuhudiyyah. 

Tidak sedikit di antara mereka bergiat
dalam bidang kemasyarakatan dan pendidikan.

Para sufi sering memetik ayat al-Qur`an, 
“Kemana pun kau memandang akan nampak wajah Allah” 
atau
 “Ayat-ayat Tuhan terbentang di alam semesta dan dalam diri manusia”. 

Yang dimaksud ‘ayat’ di sini ialah tanda-tanda-Nya yang menakjubkan, 
atau tanda-tanda keagungan dan keindahan pengetahuan-Nya. 

Dengan itu fenomena-fenomena kehidupan di dunia
 dapat dijadikan bahan renungan 
untuk menumbuhkan rasa cinta kepada Tuhan. 
Para sufi memandang bahawa 
kurnia Tuhan kepada manusia tidak terkira banyaknya, 
namun hanya sedikit orang yang ingat 
untuk mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah. 

Sajak para sufi pula kadang nampak 
sebagai percakapan peribadi penyair dengan Tuhan, 
yang menunjukkan bahawa 
tema keakraban dengan Yang Satu 
merupakan tema penting dalam puisi sufi. 

Misalnya nampak dalam sajak Junaid al-Baghdadi berikut:

Kini kutahu, Tuhan — Siapa
Bersemayam dalam hatiku
Dalam rahsia, 
jauh daripada dunia
Lidahku bercakap dengan-Nya yang kupuja
Melalui sebuah jalan
Kami mendekat rapat
Terpisah jauh daripada-Nya
Berat seksa yang mendera jiwa
Walau Kau sembunyikan wajah-Mu
Jauh daripada pandangan mataku
Dalam cinta kurasa kehadiran-Mu
Yang mesra dalam hatiku
Dalam bencana mengerikan
Tak kusesali seksa yang mencabik jiwa
Hanya Kau saja Tuhan yang kurindu
Bukan kurnia atau tangan pemurah-Mu
Apabila seluruh dunia Kau berikan kepadaku
Atau sorga sebagai pahala
Aku berdoa supaya seluruh kekayaanku
Tak berharga dibanding melihat wajah-Mu

Dalam pandangan sufi dalam lubuk hati manusia yang terdalam, 
yang disebut sirr, 
ada tempat 
di mana manusia dapat melakukan percakapan rahsia dengan Tuhannya. 

Penyucian hati daripada ingatan kepada selain Tuhan, 
dan pemenuhannya dengan ingatan kepada Tuhan, 
merupakan cara agar hati layak menjadi tempat percakapan tersebut. 

Kadang sajak sufi,
dengan mempertahankan tema cinta kepada Tuhan dan kerinduan terhadap-Nya, menggambarkan tahapan-tahapan kerohanian yang mereka lalui. 

Ibn `Atha misalnya menggambarkan kegunaan zikir, 
yang merupakan satu daripada amalan penting sufi, 
untuk menyuburkan ingatan dan kerinduan kepada Tuhan. 

Suburnya kerinduan dan ingatan kepada Yang Satu 
memberi peluang kepada kalbu untuk menyucikan diri. 
Apabila hati telah disucikan 
maka hati akan berkemungkinan menjadi tempat percakapan rahsia 
antara seseorang dengan Yang Maha Gaib. 

Dalam sajaknya “Zikir”:Ibn `Atha menulis, 
yang bermaksud:

Zikir bermacam-macam, 
diliputi cinta
Dan rindu dendam,
 ia menerbitkan ingatan kepada-Nya
Karena kekuatan zikir, 
nafsu menjadi lemah
Dan dapat dikendalikan olehnya
Jiwa mendapat pengaruh mendalam, 
duka pergi
Sehingga nafsu yang baik dapat disebar
Sadar atau tidak, 
zikir dapat menggulung
Hawa nafsu 
dan dapat mencerai beraikannya
Serta menghapusnya, 
kemudian
Memulihkan kekuatan penglihatan kalbu dan fikiran
Sehingga meninggi menjelma mahkota di atas kepala

Zikir ialah jalan mengenal Dia
Melalui penglihatan hati yang terang
Zikir menanam keyakinan dalam diri kita
Hingga terasa kehadiran-Nya dalam kalbu
Dan tersingkap hijab 
yang memisahkan kita dengan-Nya

Pada abad ke-10 Ja`far al-Khuldi (w. 939 M) 
menghimpun syair-syair sufi Arab sejak abad ke-8 sehingga abad ke-10 M. 
Di dalam antologinya beliau berjaya menghimpun ribuan puisi karya 130 penyair sufi. Sayang sekali naskhah asli buku Ja`far al-Khuldi itu sudah hilang 
dan belum lagi dijumpai hingga kini. 
Hanya sebagian kecil saja puisi-puisi tersebut dapat dijumpai 
dalam naskhah buku penulis sufi yang lain. 
Banyaknya bilangan penyair sufi yang sajak-sajaknya dihimpun 
oleh Ja`far al-Khuldi menunjukkan bahawa 
perkembangan kesusasteraan sufi sangat marak sejak abad ke-8 
hingga pada abad-abad selanjutnya. 

Di antara puisi-puisi para sufi abad ke-8 sehingga abad ke-11 yang dapat kita baca 
hingga kini ialah karya 
Rabi`ah al-Adawiyah, 
Dhu al-Nun al-Misri, 
Sumnun bin Hasan Basri, 
Bayazid al-Bistami, 
Saqiq al-Balkhi, 
Sari al-Saqati, 
Junaid al-Baghdadi, 
Abu Bakar al-Syibli, 
Abu al-Hasan al-Nuri, 
Mansur al-Hallaj, 
Niffari,
 Abu al-Qasim al-Sayyani, 
Ahmad al-Ghazali dan lain-lain.

Kesusasteraan sufi Arab mencapai puncak perkembangannya pada abad ke-12 dan 13 dengan munculnya penulis-penulis prolifik dan pemikir tasawuf terkemuka seperti
 Ibn `Arabi, 
Sustari, 
Sadruddin al-Qunyawi, 
Ibn Atha`ilah al-Sakandari, 
Ibn al-Farid, 
Ibn Tufayl, 
Qushairy, 
Imam al-Ghazali, 
Najamuddin Dayah dan lain-lain. 

Pada masa itu tasawuf juga berkembang dengan suburnya 
di sebagian besar negeri Islam. 
Pada abad-abad itu kesusasteraan sufi bertambah subur perkembangannya 
dengan munculnya penulis-penulis sufi Parsi terkemuka seperti 
Sana`i, 
Abu Sa`id al-Khayr, 
Khwaja Abdullah Anshari, 
Baba Kuhi, 
Baba Tahir, 
Fariduddin `Attar,
 Ruzbihan Baqli, 
Jalaluddin Rumi, 
Nizami al-Ganjawi, 
Fakhrudin `Iraqi, 
Nasir Khusraw, Sa`di, 
Suhrawardi, 
Mahmud al-Shabistari,
 Maghribi, 
Jami, 
Karim al-Jili dan lain-lain.

Pada abad ke-16 sehingga abad ke-19 kesusasteraan sufi berkembang pula 
di Turki, Afrika Utara, benua kecil India (termasuk Pakistan sekarang) 
dan di Kepulauan Nusantara. 

Tokoh-tokoh kesusasteraan sufi Nusantara, 
khususnya yang menulis dalam bahasa Melayu dan Jawa, ialah 
Hamzah Fansuri,
 Syamsudin Sumatrani,
 Abdul Jamal, 
Hasan Fansuri, 
Nuruddin al-Raniri, 
Abdul Rauf Singkel, 
Raja Ali Haji, 
Sunan Bonang, 
Sunan Kalijaga, 
Sunan Gunungjati, 
Ki Ageng Selo, 
Sunan Panggung, 
Yasadipura, 
Ranggawarsita, 
K. H. Hasan Mustafa dan lain-lain. 


Buku Bacaan:
Abdul Hadi W. M. Sastra Sufi: Sebuah Antologi. Jakarta: Pustaka Firdaus, 1985.
Fariduddin al-`Attar. Muslim Saints and Mystics (Episode from the Thadkira al-`Awliya). Translated by A. J. Artbery. London: Routledge & Kegan Paul, 1979.
S. H. Nadeem. A Critical Appreciation of Arabic Mystical Poetry. Lahore: Islamic Book Servuce, 1979.
Annemarie Schimmel. As Through as Veil: Mystical Poetry in Islam. New York: Columbia University Press, 1982.
Abu al-Wafa’ al-Taftazani. Madhkal ila ahl al-Tasawwuf al-Islam. Cairo: Dar al-Tsaqafah li al-Nasyr wa al-Tawzi, 1983. (Edisi bahasa Indonesia: Sufi Dari Zaman Ke Zaman. Terj. A. Rofi` `Utsmani. Bandung: Pustaka, 198

2 komentar:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,,di no 0853---> 7778 ---> 3331
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..





    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI SOLEH JAFFAR akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH JAFFAR DI NO: 0853---> 7778 ---> 3331


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/


























    BalasHapus

  2. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasHapus