Sabtu, 30 April 2016

| MEMANDANG YANG TERSEMBUNYI 

| MEMANDANG YANG TERSEMBUNYI 

“Allah Ta’ala menampakkan pada segalanya,
kersna Dia adalah Maha Batin. 
Dan Diameliputi segalanya,
kerana Dia adalah Maha Zahir (Maha Nyata Jelas).”

Tidak bisa wushul (sampai) mengenalNya
kecuali melalui yang nampak dariNya,
kerana yang nampak itu menunjukkan atas DiriNya. 
Namun segala sesuatu menjadi sirna jika Dia nampak, 
kerana WujudNya menghapus segalanya 
dan ketidakbebasan atas AdaNya.

Maka, 
hikmah dibalik nampaknya sang makhluk, adalah 
wujud pengenalan makrifat padaNya, 
selain meraih kemakrifatan kerana sirnanya sang makhluk. 

Maka Maha Sucilah Yang Maha Nampak dan
Maha Batin dan Maha Mengetahui. 
Kerana itu beliau melanjutkan:

“Allah memperkenankan dirimu 
untuk memandang segala yang tersembunyi  
disebalik semesta makhluk. 
Dan Allah swt tidak mengizinkan anda 
untuk memandang atau berhenti pada wujud zatnya makhluk. 

Dalam
Al-Qur’an dikatakan, 
“Katakan, Lihatlah apa yang tersembunyi dibalik langit….,
(Yunus 101) 
“dan Allah swt tidak berfirman,
“Lihatlah langit…!”. 
Maka Allah swt, akan membuka pintu kefahaman padamu. 

Allah tidak berfirman,
 “Lihatlah langit!” agar anda tidak terjebak pada wujud benda-benda.”

Ibnu Athaillah menggunakan kata “memperkenankan”, 
untuk menunjukkan
bahwa memandang dan mencari bukti petunjuk di balik langit itu 
tidak wajib hukumnya. 
Kerana itu ada seorang Syeikh diberi informasi oleh muridnya, bahwa 
“Ada orang yang mendapatkan bukti akan Ke-Esa-an Allah swt dengan seribu dalil.”

Maka Syeikh itu menjawab:

“Hai anakku, jika ia mengenal Allah swt, sama sekali ia tidak akan mencari bukti.”

Kata-kata Syeikh itu akhirnya sampai pada sang cendekiawan yang punya seribu dalil,
lalu berkata: 
“Benar Gurumu! 
Kerana mereka menyaksikan dengan nyata,
sedangkan kami menyaksikan di balik tirai".

Ada seorang murid bertanya kepad Gurunya:

“Hai Ustaz, dimanakah Allah?”

Sang Guru menjawab:

“Hai! Kamu dapat dihanguskan Allah!
Apakah kamu ini mencariNya dengan mata kepala atas “dimana”?”

Orang yang menikmati keindahan semesta,
menurut para Sufi dilarang. 
Yang diperkenankan adalah 
memandang yang tersembunyi 
di balik semesta langit dan bumi. 
Kerana 
jika memandang isi langit dan bumi, 
seseorang dapat terjebak pada wujud bendanya, 
bukan yang ada di balik benda. 

Lalu apa yang ada di sebalik benda-benda semesta ini? 
Yang ada hanyalah Asma’, Af’al dan SifatNya. 
Sehingga 
seseorang akan terus menerus musyahadah 
dan mengingatNya (berzikir).

[Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary ]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar