Minggu, 17 April 2016

Menjelang Ma'rifat.

Menjelang Ma'rifat.

Ingatlah kepada Zat yang mendahului ingat-Nya sebelum ingatmu, 
dan cinta-Nya sebelum cintamu. 
Apapun yang kalian ingatkan tidak lain kecuali kerana ingat-Nya kepadamu, 
dan tidak ada cintamu kepada-Nya kecuali kerana cinta-Nya kepadamu.

Ketika aku menyangka bahawa aku telah menemukan-Nya, 
pada saat yang sama aku telah kehilangan Dia. 
Ketika aku menyangka aku kehilangan Dia, 
saat itu aku menemukan-Nya. 
Oh Tuhanku, ketika aku meninggalkan-Mu, Engkau mencariku. 
Ketika aku mencari-Mu, Engkau menolakku. 
Padahal tidak ada tempat kecuali bersama-Mu, 
juga tidak ada kebahagian selain Engkau.

Wahai saudaraku yang mulia !. 
Sesungguhnya Allah swt, 
menjadikan segalanya dengan kepastian, 
dan setiap kepastian itu ada batasan, 
dan setiap batasan ada sebabnya, 
setiap sebab ada waktunya, 
dan setiap waktu ada ketentuannya, 
setiap ketentuan ada perintah,
 setiap perintah ada maknanya, 
dan setiap makna ada benarnya, 
setiap yang benar ada kebenarannya, 
dan setiap kebenaran ada hakikatnya, 
setiap hakikat ada ahlinya, 
dan setiap ahlinya ada tandanya.

Ya Allah, kasihanilah daku, 
kerana begitu lemahnya ketika menghadapi kehidupan yang berat, 
begitu bodoh dengan usaha, begitu bingung dalam mencari.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar