Senin, 15 Februari 2016

MURAQABAH

Wahai yang binasa oleh muraqabah
(Merasakan kehadiran Tuhan) dan makrifat..

wahai yang terbunuh oleh pedang cita dan cinta.
Wahai yang terbakar oleh api ketakutan dan kerinduan.

Wahai yang tenggelam dalam lautan penyaksian dan pertemuan.
Inilah tempat Sang Kekasih.Dimanakah para pencinta?
Inilah rahsia ikatan.Dimanakah para perindu? Inilah tanda menuju rumah.

Dimanakah para peminta? Inilah saat menitikkan airmata.
Dimanakah para penangis? 

Ia lalu berteriak dalam heningan suasana lalu tersungkur pengsan 
di pelabuhan cinta antara benua.

Sejam kemudian ia tersedar lalu bersenandung dengan penuh harapan.

Sejak tampak dalam pandanganku
Rasa rindu membuatku gelisah
Dia hadir,tidak bersembunyi

Menetap dalam jiwa nan pasrah
Ia perbendaharaanku yang tampak
Dalam berbagai tanda dan wilayah.

Si pengisah berkata,
"Aku melihat lalu mendekatinya lalu bertanya.

"Wahai tuan,apakah anda orang yang mencintai Allah??""

Ia menjawab,
"Bagi para pencinta,
disaat gelapnya malam itu adalah saat bercengkarama dengan Allah.
Antara Dia dan mereka ada kegembiraan yang sukar diungkap.

"Sukacita kepada Tuhan telah memalingkan mereka dari rasa ngantuk 
dan memutuskan mereka dari seluruh makhluk.
Mereka lebih suka bermunajat daripada tidur,
serta tidak memilih selain kalam-Nya.

Betapa mengenal orang orang yang mengenal-Nya ..!
Betapa bahagia hamba yang mengetahui kebaikan-Nya."

Maha Suci Allah Yang menetapkan fananya seluruh makhluk 
sehingga raja dan budak tetap sama disisi-Nya.

"Hanya Dia yang kekal,
tiada berawal,
dan menjalankan seluruh ketentuan dalam kerajaan-Nya 
sesuai dengan keinginan-Nya.

MashaAllah....

Tampak begitu perlunya seluruh makhluk langit dan bumi kepada-Nya,
baik yang soleh mahu pun yang derhaka,baik yang sesat mahupun yang lurus..!

"Seluruh ( makhluk) dilangit dan dibumi meminta kepada-Nya.
Setiap waktu Dia berada dalam kesibukan." 
(al-Rahman 29).

Dia Maha Pemurah.
Anugerah Nya meliputi semua.
Oleh itu,ke manakah ahli maksiat akan lari??

Betapa banyak ketentuan-Nya telah menjatuhkan para pemimpin.
Betapa ramai orang terusir yang diundang ke hadirat-Nya,
dan betapa lalai pelaku maksiat terhadap kewajipan hamba.
Diantara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.

Andai "enam puluh satu" melewati batu
Nescaya batu hancur terpecah ketar-ketir
Nafsu mengharap impian untuk dicapai 
seolah tidak melihat apa yang diperbuat takdir.

Ya Allah ampunilah kami bimbinglah kami menuju Ridha Mu..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar