Minggu, 28 Februari 2016

Bagaimana Mengenal Allah Melalui Roh Rukun Islam Mengikut Ilmu Makrifat.

Bagaimana Mengenal Allah Melalui Roh Rukun Islam Mengikut Ilmu Makrifat.
__________________________________________
Mengenal Allah melalui roh rukun islam itu, 
adalah dengan cara 
mengenal roh syahadah, roh sembahyang, dua kalimah syahadah 
(rukun islam yang pertama), 
ia bukan sahaja terletak pada pergerakan kedua bibir 
atau bunyi suara yang keluar dari halkum. 
Roh atau jiwa islam itu, 
terkandung dan tersirat disebalik ucapan dan 
tersirat disebalik pergerakan bibir, yaitu 
dengan mengetahui maksudnya yang tersirat disebalik lafaz.

Dengan memahami maksud kalimah nafi di dalam perkataan "la", 
memahami kalimah itsbat dalam perkataan " illa ha", 
memahami kalimah sabit dalam perkataan "illa" dan kalimah "Allah". 

Jangan hanya sekadar tahu sebut atau lafaz saja, 
tanpa mengetahui buah butir, 
hujung pangkal dan 
tanpa mengetahui roh atau jiwa syahadah itu sendiri. 

Untuk menghayati roh kalimah syahadah, 
kita hendaklah memahami sifat dua puluh. 
Seumpama 
dalam kalimah nafi " la" ada mengandung sifat dua puluh 
yang bernama wujud.

(Salam Diri Sebenar Diri).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar