Kamis, 25 Februari 2016

MAKRIFAT

MAKRIFAT.

Makrifat adalah suatu topik yang sangat sukar untuk difahami, 
banyak orang tidak mengerti tetapi beranggapan faham,.. 
mereka beranggapan ilmu makrifat itu adalah Makrifat (Mengenal). 

Ilmu tidak sedikitpun menyentuh Makrifat, 
kerana apa,… 
kerana ilmu adalah yang berkaitan dengan alam. …
alam yang dijadikan ALLAH dan alam bukan ALLAH.

Sedangkan Makrifat adalah 
yang berhubungan dengan Dzat Allah Yang Mutlak, 
yaitu Tuhan Semesta Alam. 

Sungguh jauh perbedaannya, 
contohnya orang yang mempunyai ilmu tentang motor 
(ia sangat faham tentang motor),..
tetapi malangnya dia sendiri tidak ada motor, 
jadi kalau hendak bermergian ke mana-mana pun 
terpaksa naik taxi atau bus.

Beginikah yang dikatakan Makrifat, tentu saja bukan. 
Makrifat adalah berkaitan dengan pengalaman, hal, rasa,..
tetapi bukan yang berkaitan dengan ilmu.

Seseorang yang bermakrifat, 
yang sungguh-sungguh dalam Makrifatnya kepada Allah, 
bukan hanya sekadar teori semata, 
tetapi ia telah benar-benar meresapi Makrifat itu, …. 
malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid.
Maka, 
jika mereka mati, 
sesungguhnya mereka tidak mati, 
tetapi mereka hidup di sisi Allah dan mendapat Rahmat Nya.

Allah mengharamkan cacing-cacing dan ulat-ulat tanah 
untuk memakan jasadnya yang telah dikuburkan itu, …
walaupun telah dikuburkan beratus-ratus tahun, 
jasadnya masih tetap tidak binasa, 
malahan masih seperti baru dikebumikan. 
Segar tidak hancur dan tidak mengalami perubahan, 
kelihatan seperti orang yang mimpi indah dalam tidur.

Ada sebahagian yang lain mendapat Rahmat dari ALLAH. 
dengan apa yang disebut “terbang burung terbang sangkar”, …. 
jasad dan ruh mereka kembali kepada ALLAH yang dikasihinya.

HAI JIWA-JIWA NAN TENANG 
KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN REDO DAN MEREDOI…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar