TUJUAN HIDUPMU UNTUK BERIBADAH
Hadits Qudsi: Wahai anak Adam..!
Luangkan waktumu untuk beribadah kepadaKu
niscaya Aku jadikan jiwamu kaya dan Aku tutup pintu kefakiran atasmu.
Jika engkau tidak berbuat demikian,
sibuk terus menerus tidak menentu
nescaya Aku tidak akan menutup pintu kefakiran atasmu. (HR.Tirmizi)
Wahai anak Adam!
Sebenarnya engkau sudah cukup bahagia memiliki apa yang perlu bagimu
tetapi engkau masih menuntut yang berlebihan.
Engkau tidak merasa cukup dengan yang sedikit
dan tidak merasa puas dengan yang banyak.
Sesungguhnya bila engkau bangun pagi
dalam keadaan sihat dan jiwamu tenang tenteram
serta punya persediaan makanan pada hari itu
maka tak perlu engkau memusingkan dunia ini lagi.
(HR.Baihaqi dari Ibnu Umar)
UJIAN KEKAYAAN
Hadits Qudsi:
Aku memperlindungkan fakir miskin kepada orang kaya
bukan kerana gudangKu sempit,
bukan pula kerana rahmatKu tidak meluas kepada mereka.
Tetapi kerana Aku ingin menguji orang-orang kaya
seberapa segera mereka melaksanakan apa yang telah Aku perintahkan
tentang harta mereka buat kaum fakir miskin.
Jika mereka melaksanakannya
nescaya aku sempurnakan nikmatKu bagi mereka
dan Aku lipat gandakan nikmat itu didunia ini sepuluh kali lipat.
(HR.Ibnu Najjar)
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah,
pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya dijalan Allah),
maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya
dengan lipat ganda yang banyak.
Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki)
dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (QS.2:245)
[ Ust Iqbal ]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar