Minggu, 28 Februari 2016

TAUHID

Pentingnya menpelajari dan mengetahui hakikatnya 
ilmu LA ILAHA ILLALLAH.tauhid tertinggi.
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ(QS:47:19)
====================================
Bagaimana pandangan Imam al-Ghazali berkenaan dengan hakikat tauhid?

Dalam kitab al-Ihya’, 
Imam al-Ghazali telah menghuraikan hakikat tauhid (Ibid. Jil. 4, hal. 212) 
dan telah mengemukakan pendapatnya dalam masalah ini. 

Beliau telah membahagikan tauhid kepada empat peringkat:

1. Mengucapkan “Lailahaillallah” dengan lidahnya, 
tetapi hatinya lalai daripada memahami maknanya. 
Ini adalah tauhid orang munafik.

2. Ia mempercayai makna lafaz seperti yang dipercayai oleh orang Islam. 
Ini adalah kepercayaan orang awam.

3. Menyaksikan yang demikian itu dengan cara kasyaf 
dengan perantaraan cahaya kebenaran. 
Ini adalah maqam orang yang hampir (muqarrabun), iaitu 
ia melihat perkara yang banyak itu adalah lahir daripada yang satu.

4. Ia tidak melihat yang wujud ini kecuali satu sahaja. 
Ini adalah penyaksian siddiqin 
yang dinamakan oleh ahli tasawwuf 
dengan fana dalam tauhid.

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa 
martabat yang keempat ini adalah yang paling tinggi, 
kerana 
orang itu tidak melihat dalam syuhudnya kecuali satu, 
ia tidak melihat semua yang wujud itu banyak 
bahkan ia adalah satu. 

Ini adalah martabat yang paling tinggi dalam tauhid.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar